Wednesday, April 2

Setahun

cantik kan rumah ni
Assalamualaikum...

Alhamdulillah..tak sangka dah hampir setahun aku disini. Cepat sungguh masa berlalu. Dari Kuala Lumpur berhijrah ke Johor Bahru. Siapa sangka ini takdir yang ditetapkan Allah. Dulu hampir sebulan menangis bila terpaksa tinggal sorang-sorang kat sini. Yelah dah biasa ada family dan kawan kan tup tup kena belajar untuk hidup sendiri. Sungguh sedih beb. Tapi tak apa, sebab bila dah kerja dan tinggal sini aku dah set mind untuk terus positif dan be happy dan alhamdulillah Allah permudahkan langkah dang perjalananku. 

Bila fikir balik,alangkah seronoknya masa kerja diKL, kawan-kawan ramai.Adik beradik ramai kat sana.Dapat main dan jumpa anak-anak saudara.Oh!indahnya dunia. Hujung minggu jalan-jalan & pusing-pusing Kl, emm best kan. .Tapi kini dah tak mungkin berlaku macam dulu.Tapi sebenarnya ada jugak part yang tak best. Yang tak best tu malas nak cerita. Kita cerita yang happy-happy je ek, baru syok!hehe.

Bila fikir balik setiap yang terjadi ada hikmahnya. Allah dah tetapkan segalanya, kita harus terima dan jangan mengeluh. Redha dan terima dengan hati yang terbuka. Masing-masing ada bahagian masing, so teruskan dengan semangat positif.Ok guys!!

Aku pun tak tahu sampai bila aku disini dan bagaimana takdir aku selepas ini, cuma aku berdoakan ada sesuatu yang lebih baik selepas ini.InshaALLAH.
Rasa nak berhijrah lagi.hehe

Surat lapor diri, walaupun hilang tapi alhamdulillah rezeki masih ada