Monday, October 31

Tugasan yang perlu diselesaikan

Assalamualaikum n haiii uolsss..

Dah hampir sebulan lebih kot saya tak update pape kat blog nii..Almaklumlah terBz sikit ngn tugasan kerja yang melambak-lambak ni..Sebenarnya beberapa minggu lepas sayakena pergi ke beberapa tempat tapi dalam KL jer..Ada beberapa site yang memerlukan saya ke sana..Rasanya hampir 8 atau 9 buah tempat kot..Antaranya Pantai dalam,Gombak,Jelatek,Cheras dan beberapa tempat lagi..Penat memang tersangat la penat tapi tak pe yang penting kite dapat pengalaman kan..kann..

Sebenarnya apa yang saya inginkan adalah pengalaman,sebab bagi saya hanya pengalaman yang akan mematangkan kita.Tak kira lah apa jua yang kita lakukan.Okeh!!!

Antaranya yang saya ingat:

1.      Perpustakaan Kuala Lumpur
2.      Perpustakaan Kanak-kanak(KL)
3.      Perpustakaan Sri Sabah
4.      Perpustakaan Sri Pantai
5.      Perpustakaan Gombak Setia
6.      Perpustakaan Jelatek
7.      Perpustakaan Bandar Tun Razak
8.      Perpustakaan Desa Tun Razak
9.      Perpustakaan taman tun dr ismail


Pengalaman berhadapan dengan staff-staff mereka adalah perkara paling berharga untuk saya.Banyak yang telah saya pelajari.Banyak ilmu yang dikongsi bersama.Jutaan terima kasih kerana kerjasama anda semua dari saya.

LMS atau lebuh dikenali sebagai Library Management System adalah sesuatu yang sangat penting untuk setiap library.Peluang untuk mengajar mereka tentang SirsiDynix Symphony adalah perkara yang mencabar untuk saya.Sesungguhnya ia amat mencabar minda saya untuk terus menerokai Symphony.Bagi saya masih banyak lagi yang perlu saya terokai tentang system ini.

Saya harap terus diberi peluang untuk belajar dan terus belajar tentang system ini.Mungkin jika diberi peluang, saya juga boleh belajar tentang sistem-sistem yang diguna pakai di Malaysia.Saya pernah diberi pendedahan tentang sistem ILMU ketika belajar di UITM dulu.Tapi tidak banyak yang saya sempat terokai,Almaklumlah masa tu masih belajar lagi kan.

Proses pembelajaran saya tidak pernah berakhir.InshaAllah saya akan terus menerokai alam perpustakaan dan teknologi.Mereka umpama adik beradik dan tidak dapat dipisahkan.

Pustakawan pula sering dikaitkan dengan sesorang yang menjaga buku-buku diperpustakaan, ia adalah begitu sinonim antara pustakawan dan buku.Saya masih ingat lagi seorang kawan pernah bertanyakan saya tentang hal ni.

___________________________________________________________________

Kawan:Sah nanti habis belajar awak kerja ape ek..?
Saya:Librarian,sebab belajar kos ni.nape?
Kawan:Saje je tanya,erm librarian tu yang keje cop-cop buku ek..yang kat kaunter tu ke..???
Saya:Aik,belajar tinggi-tinggi tak kan cop buku je kot.

Kadang-kadang orang akan tersalah anggap tentang position kite yang sebenarnya,walaupun saya bukanlah seorang librarian sekarang tapi jiwa librarian masih menebal di hati dan jiwa saya. 

Sudah tiba masanya kita membuka mata masyarakat disekeliling betapa besarnya peranan librarian dan bukar sekadar mengecop buku semata-mata okeh..


Monday, October 10

Dia ingin sendirian..

Biarkan dia sendirian...
Dia merayu..
Dia ingin lupakan segalanya..
Tolong biarkan dia sendirian melayan perasaan...
Si gadis terus merayu dan terus merayu..
Bila semua ini akan berakhir..dia inginkan kepastian...
Dia tak perlukan lelaki itu lagi..tolong pergi dari hidupnya.



Sunday, October 9

Mungkin belum tiba masanya lagi...bisik gadis itu.

Mungkin belum tiba masanya lagi...bisik gadis itu.
Dia bahagia melihat orang sekelilingnya bahagia..Tapi dia sedar kebahagian untuk dirinya sendiri belum tiba lagi.

Bila tiba masanya nanti dia akan menghargai lelaki itu.
Sekarang biarlah dia pendam apa yang ada dihatinya...
Hanya Allah yang mengetahui segalanya..Apa yang terjadi adalah suratan untuknya..
kamu gadis yang kuat dan kamu mampu harungi..pesan hatinya sendiri

Semoga Allah hilangkan kekusutan yang melanda hatinya...


hilangkan kekosongan...
hilangkan keasingan...hilangkanlah segalanya dan dia tak ingin lara lagi...

Semudah cukup hatinya dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus dia harus menanti
saat indah setelah dikau pergi
ingin dia hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padaMu dia meminta
Si gadis pasrah



Monday, October 3

Door gift from my BOS...(^_^)

Assalamualaikum dan camat pagi all,

hari ni i dapat door gift from my boss..she baru return back from Australia..


thanks BOS..

comel tak coala saya..