Monday, March 26

Maafkan saya Pelangi


Kalau aku pernah berjanji kemudian mungkir.Maafkanlah.


Kalau aku bukan kawan susah senang. Menyusahkan orang. Maafkanlah.

Kalau aku bukan siapa-siapa dikalangan kalian. Maafkanlah.

Pelangi sangat cantik di luar sana,tapi aku tidak pandai menghargainya..

Maafkan aku Pelangi..
Maafkan aku..




Tuesday, March 20

Ketenangan Hidup Sebenar Yang Dicari ~ Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

Ramai orang mengaitkan ketenangan hidup dgn faktor harta dgn faktor kekayaan. Walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bkn segalanya. Betapa ramai orang yg berada dlm rumah yg besar, tidur diatas katil yg empuk, tetapi lenanya tidak nyenyak, bahkan ada yg tidur di pondok buruk, kadang² dia lebih lena dari kita. Lihatlah, bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatNya...
 

Friday, March 16

Siti Munirah Punya Cerita (^__^)

Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk semua pembaca...

Harap semua sihat hendaknya..Alhamdulillah..saya pun sihat

Sebelum jari-jari saya menari dengan lebih laju lagi apa kata kita senyum dulu ekk..



Ok..Dah senyum semua..

So,alkisahnya minggu lepas saya dan gengs Cik Kiah yang terdiri daripada yewa,yeni,yezi dan yepi telah ke rumah Siti kerana beliau akan bertunang...Siti ni kawan kami semasa di UiTM,Machang lagi hingga sekarang still berhubung lagi.Kiranya kami ni gengs kamceng gak la..ehehheeh..

Saya dengan beliau pula satu bilik masa buat Diploma dulu.3 Tahun juga lah kami belajar bersama.
Saya masih ingat lagi satu kisah lawak tentang beliau,kalau cakap fon sampai tertidur-tidur hingga kan fon tu boleh terjatuh dari atas sebab katil beliau kat atas saya kat bawah,almaklumlah katil bertingkat-tingkat kan..Pernah sekali saya dengar si pemanggil duk Helo-Helo tapi dia dah ZZZZzzzzzz tanpa sedar,aduyai siti..siti..

Berbalik tentang majlis beliau tadi...

So seperti apa yang telah dirancang maka bergerak la kami menuju ke rumahnya di Seksyen 27,Shah Alam.
Kami hanya merancang Allah jua yang menentukan,hujan turun dengan begitu lebat sekali dan perjalanan kami amat sukar la jugak.

Lebih-lebih lagi menaiki kenderaan yang saya rompak seperti ini.

 

Hujan begitu lebat hingga menyukarkan perjalanan tapi dengan izin Allah kami selamat sampai ke rumah CT walaupun tersesat di Bumi Shah Alam.


Alhamdulillah semua telah berlangsung dengan selamat dan siti pun telah selamat menjadi tunangan orang.

Wah,semakin ramai yer teman gue menjadi tunangan orang.Alhamdulillah...











Nota:Tahniah kepada semua kawan-kawan yang telah bertunang mahupun berkahwin.
Ku doakan kalian bahagia dunia akhirat...(^__^)

Thursday, March 15

Seandainya...


Seandainya dia bisa berkata-kata...pasti ungkapan itu bisa dituturkan...
 

Kala dugaan itu datang, apakah kita cukup bersedia?



Mungkin kita sering terfikir..Apa kesudahanya hidup kita nanti?Saya pun tiada jawapan untuk soalan itu.Namun sebagai HambaNYA hanya DOA yang mampu kita tadahkan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Benar ungkapan Hidup ini bagaikan roda. Sekarang berada di atas dan akan sampai masa berada di bawah. Kerana kehidupan ini satu perjalanan yang singkat, untuk menuju satu alam kehidupan yang lebih panjang dan tiada pengakhiran. Sekarang didunia, akan sampai masa berada di akhirat. Dalam masa yang singkat didunia ini, kita dapat melihat keadilan demi keadilan yang Allah tunjukkan.

Hidup perlukan kesabaran yang tinggi.Saya mungkin sama dengan manusia yang lain mengeluh mengenang sesuatu yang belum dapat kita memiliki.

Bilamana sesuatu benda yang kita hajati tidak kesampaian maka mulalah hati ini merintih.

Saya perlukan jawapan untuk beberapa persoalan,lalu Allah takdirkan saya berjumpa dengan sebuah buku BILA ALLAH MENDUGA KITA..YA!!!Banyak persoalan saya terjawab dalam buku ini.

Buku ini hanya mengandungi tiga  bab sahaja, iaitu  ‘Berprasangka Baiklah Pada Tuhanmu’, ‘Iman Terhadap Takdir’ dan ‘Agar Anda Selalu Menang dan Bahagia’. Di dalam setiap bab ada subbahagian yang merupakan tajuk-tajuk kecil yang saling berturutan dan berkaitan, menyoroti setiap topik dengan santun dan tidak gopoh-gapah, dibumbui pelbagai kisah dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah apa yang kita sering hadapi pada masa kini. Di sinilah kesederhanaan itu bagi saya bertukar menjadi istimewa, kerana selitan kisah semasa membawa kedekatan masalah kepada kita, dan tidak meninggalkan kita terawang-awang mengenai peristiwa ratusan tahun lampau semata-mata. Dengan jelas, aplikasi ilmu sudah dinampakkan kepada kita secara bersahaja.

Hati saya cukup tersentuh dengan salah satu kisah dalam buku ini dimana seorang pak cik yang hanya bekerja sebagai tukang sapu  dan bekerja seawal 2.30 pagi lagi.

Dalam hati saya berdetik,awalnya pakcik itu bekerja.Saya mengutuk diri saya sendiri sebab saya sering mengeluh datang kerja awal balik lewat lepas itu tempat kerja jauh..Saya memang tidak bersyukur dengan kurniaan Allah..Astafirullahazim.. kesalnya saya..

Berbalik pada kisah pakcik tadi...

Jika sewal pagi lagi pakcik itu bekerja dan cuba kita fikir balik pukul berapa lagi pak cik terpaksa bangun untuk keluar bekerja?

"Pakcik tidur selepas isyak,sekitar jam 09.00 malam," Pakcik itu memulakan cerita.

"Kemudian bangun semula seawal jam 01.00 pagi dan pakcik sempat qiamullail,setelah itu baru pakcik bersiap untuk menyapu jalan.Sebelum itu jika ada makanan di rumah,pakcik akan makan dulu dan kalau tiada makanan pakcik akan bersarapan teh panas sahaja.Selesai menyapu dan ke tempat pembuangan sampah,jam 04.00 pagi .Alhamdulillah,masih sempat solat subuh berjemaah di masjid.Selesai solat pakcik akan membantu isteri pakcik membuat adunan tepung goreng dan sebelah petang pakcik akan membantu isteri menjual di sekolah.Alhamdulillah pakcik masih sihat dan tidak pernah sakit walaupun pekerjaan pakcik mengangkut sampah.Mungkin kerana sering cergas dan bergerak menyapu setiap hari."


Kisah pakcik merupakan satu pengajaran untuk kita semua,adakah kita dapati pakcik itu mengeluh dengan keadaannya?Cuba perhatikan baik-baik berapa kali dia mengucupkan alhamdulillah,walaupun keadaannya begitu susah namun dia masih lagi bersyukur.


Saya berpesan pada diri saya sendiri dan pembaca sekalian agar kita dapat menjauhi sifat mengeluh,mungkin sukar untuk kita menjauhi sifat mengeluh namun kita boleh cuba mulai sekarang.InshaALLAH..

Saya petik sedikit kata-kata dalam buku ini....

Kala dugaan itu datang, apakah kita cukup bersedia?- Tuan Syed Alwi Alatas

Allah telah mentakdirkannya,dan apa yang dikendakinya pasti terjadi- Tuan Syed Alwi Alatas



Nota: Semoga perkongsian penulisan ini dapat dikongsi bersama..inshaALLAH..

Wednesday, March 14

Diam itu lebih BAIK

 Diam lebih baik dari menuturkan segalanya...
Biar Allah yang menentukan segalanya mengikut KetentuanNYA...


Thursday, March 8

Pustakawan anda BoleH!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perpustakaan adalah sebuah institusi yang menyalurkan maklumat kepada pengguna jadi tidak hairan mengapa pustakawan begitu berminat mengunakan sistem yang canggih manggih untuk kemudahan mereka dan pengguna-penguna yang lain.

Cuba kita lihat di Malaysia sahaja pelbagai jenis sistem yang digunakan untuk membantu pustakawan dalam memudahkan kerja mereka.

Saya cuba senaraikan beberapa sistem yang agak popular di Malaysia antaranya Symphony SirsiDynix,Virtua,ILMU,ANGKASA dan bermacam-macam lagi.

Anda pilih lah mana-mana sistem pun tapi jika anda tidak tahu mengunakan ia adalah sesuatu yang amat sia-sia.
Pengguna sistem perpustakaan memang penting dan amat diperlukan kerana ia memang memudahkan urusan kita.

Tapi apa yang saya lihat adalah sebaliknya...

Sesetengah pustakawan tidak cuba mengunakan sistem yang telah dibeli dengan sebaiknya.Sistem ini dibeli dengan harga yang amat mahal tapi sayangnya mereka tidak cuba menerokai kecanggihan sistem ini.

Maafkan saya,mungin tidak semua yang begitu dan mungkin hanya segelintir.

Bagi saya apa jua sistem yang kita pakai sama ada canggih atau tidak jika kita tidak pandai mengunakannya ia seumpana sesuatu yang sia-sia.

Saya harap apa jua sistem yang kita pakai cubalah berdikari dan belajar mengunakannya,jika tidak faham nota ada bukan.

Oklah..kat bawah ini saya senaraikan beberapa perpustakaan akademik  yang mengunakan sistem tapi mungkin ada sesetengahnya dan menukar sistem baru.

Anda sebagai pustakawan dan anda mampu melakukan.Selamat maju jaya!!!








Tuesday, March 6

Ujian Bukan Sekadar Menguji

Assalamulaikum...

Saya ingin berkongsi artikel yang cukup hebat penulisannya....

Selalu orang cakap hidup bagaikan roda. Tak selalunya kita di atas. Mungkin esok lusa kita di bawah. Tapi adakah itu alasan untuk kita terus mengalah?

Cuba fikirkan kembali ketika kita masih muda, mungkin semasa kita kanak-kanak? Bukankah hidup ini mudah dan seronok bagi kita? Semuanya adalah mungkin, boleh saja dilakukan jika ada kemahuan.
Tapi dalam kita membesar, perkara-perkara yang dahulunya mudah belaka telah menjadi susah lagi menyusahkan. Kenapa ya?
Mungkinkah kita telah dewasa dan mengetahui bahawa betapa susahnya untuk merealisasikan sesebuah perkara?

Ujian untuk Menguji.
Ujian dan dugaan yang menimpa, bukanlah sesuatu yang dapat kita ketahui sebelumnya ianya berlaku.
Allah taala menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya boleh terima. Maka sabar dan senyumlah. Lain orang lain ujiannya.
Allah taala takkan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu. Maka jika kita terpilih untuk melalui ujian itu tempuhlah dengan penuh redha dan tawaduk.

"Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya." (Hadis riwayat Muslim)

Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai kita gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita, lebih baik daripada perancangan manusia untuk diri sendiri.

Namun, kita hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, kita terpaksa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga kita mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.

Sesungguhnya, jalan menuju syurga itu adalah dengan kesabaran. Sebab itu, Nabi telah bersabda : "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."



Ya Allah, bila membacanya entah mengapa hati rasa berbunga-bunga. Para sahabat sahabiah dulu, mereka sangat risau bila diri diuji. Mungkin ada yang mahu diuji dan ada yang takut bila diuji.
Namun dengan segenggam kepercayaan bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya sesuatu yang hamba-Nya tidak mampu pikul. Dan ya, kehidupan sememangnya mengajar erti redha, sabar, tawakal, berharap pergantungan sepenuhnya kepada Allah dan bermacam-macam lagi.
Banyak saja cara Allah nak didik kita. Nak tarbiyyah kita. Semoga Allah akan terus mendidik kita ketika iman masih menebal. Mudahan perasaan cinta kita kepada sang Khaliq akan semakin bertambah.

 Artikel dipetik daripada:http://muslimdoktor.blogspot.com




22.2.12

Assalamulaikum semua =)


Alhamdulillah pada 22.2.12 yang lalu saya selamat menerima seorang lagi anak saudara yang ke-10..
Yeay yeay!!!
Tapi kelahiran baby kali ini memang gempak r..
Kakak saya bersalin kat office dia dekat BMW Credit,dekat Jalan Semantan tu.
Alkisahnya tak sempat-sempat nak ke hospital..tup tup terus bersalin..

Kuasa ALLAH,Alhamdulillah kakak saya dan baby selamat.
Dan yang jadi mak bidannya adalah officemate dia.
Baby girl 3.2kg…comey sesangat..heheheheh
Kakak cakap dia rasa sakit pastu air ketuban pecah n kepala baby keluar masa duk atas kerusi..So apa lagi memang terus la ke Meeting room dan lahirkan baby kat situ..
So apa lagi memang call 999 la..Kali ni 999 memang amat berguna..Sampaikan 3 buah ambulans datang sekaligus nak selamatkan baby dan maknya…
Baby kali ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri..Lahir di office mak dia plak tu kt BMW..Rasa nak namakan dia sempena nama BMW jer..atau pun kite letak je Bahirah Maisara Wahida (BMW).ahahahhahaa
So ini adalah baby girl yang ke-2 dalam keluarga HJ ZAkARIA..
Semoga baby ini menjadi seorang anak yang solehah dan dapat membahagiakan kedua ibu bapanya.
Amin..


Ini dia Aisyah Naurah Mohd Akib


panas2 lagi baru keluar kt opis..aahahaha

pp labuh
pas keje terus p tgk baby..excited cikcu..