Showing posts with label Cinta Si Minah Signal. Show all posts
Showing posts with label Cinta Si Minah Signal. Show all posts

Monday, March 23

Cinta Si Minah Signal : Episod 2



 
Fir Man masih berdiri di situ. Masih mengharapkan aku menerima ajakan untuk keluar makan esok.

“Jomlah balik. Saya betul-betul penat ni”. Ucapku lembut.

Ok, katanya terpaksa.

Kami sama-sama menuju ke keretanya. Sebuah Alza berwarna tomata.

Selalunya kalau umur masih bawah 30 tahun, jarang kita tengok mereka beli kereta Alza tapi Man ada Alza, bila di tanya kenapa tak beli kereta orang muda, jawabnya mudah. Senang kalau ada anak ramai nanti. Senang nak angkut. Hmm betul jugak.

Aku hanya ada sebuah kereta Myvi. Jantung hidupku. Bagiku dialah segalanya. Lantas aku namakan dia Bella. Nama panjangnya Bella Swan. Bila kawan-kawan tanya kenapa aku namakan Bella, aku bagitau yang aku suka watak Bella Swan dalam Twilight, wah suka sangat tengok cerita tu.

Aku masih ingat tiga tahun yang lepas, Man ada kereta Perdana berwarna hitam. Bila kami dating dia selalu bawak kereta legend tu. Seronok! Selalunya dia panggil kereta tu Edward. Siapa tak kenal Edward, Hero dalam cerita Twilight jugak. Macam-macam kisah kami dulu. Tapi itu semua dulu. Sekarang dah tak sama. Kereta itu pun dah hilang. Macam hati aku yang hilang juga. Kena curi katanya.Hmmm..kesian Edward. Tapi aku lagi kesian kena tinggal dengan tuan dia. Itu semua dah berlalu. Sekarang aku hanya perlu focus apa ada di depan aku. Hidup perlu diteruskan.

“Terima kasih sebab temankan saya”.

“Sama-sama”. Ucapku

“Esok saya jemput awak lagi. Assalamualaikum”. Katanya selamba

Tapi!Tak sempat aku menghabiskan kata dia terus berlalu dengan keretanya.
Baru je turun daripada keretanya, macam peleset dia hilang.Hmmm.

Besok?
Alamak!
Besok aku dah janji nak keluar dengan Umar Al Farouk.
Macam mana ni. Hati aku mengeluh.

Arghhh..Lantaklah.
Lantas aku terus ke bilik air membersihkan diri setelah seharian bekerja.
Terus menunaikan solat Isyak. Berdoa untuk terus diberi kekuatan.


Jam dah menunjuk pukul 12 Malam. Aku baru nak melelapkan mata, tapi fikiran masih bercelaru.

Mungkin yang datang itu dugaan buat aku, sejauh mana aku berlari, bayang-bayang  itu tetap mengekoriku. Puas aku meratapi tetapi tiada siapa yang peduli. Soal hati memang menyusahkan.

Fir Man cinta pertama aku, bercinta sakan sampailah dia menghilangkan diri daripada hidup aku. Sekarang datang balik. Ciss!!!Datang meraih cinta.Dia ingat senang setelah apa yang dah dia buat pada aku selama ini. Aku mungkin dan maafkan dia tetapi untuk terima dia kembali itu memang tak pernah aku fikirkan. Lagipun aku dah ada Umar. Ya,Umar, memanglah kami tak pernah bercinta tapi hubungan kami agak rapat.
Umar baik. Bisik hatiku.



Samsung Note 1 berbunyi nyaring.

Aku meraba-raba.

Hmmm..dah 6.30 pagi… Lantas terus ke Bilik air untuk bersiap menunaikan solat Subuh.
Usai menunaikan solat subuh aku termenung lagi.

Aku dah 26 tahun hidup. Alhamdulillah. Dikurniakan ibu bapa yang penyayang dan membesarkan aku dengan baik. Kehilangan Fir Man dalam hidup memang mematangkan aku. Bersyukur kerana aku masih ada ibu bapa yang masih menyayangi aku. Pekerjaanku sebagai seorang pustakawan atau Librarian.  Librarian ini memanglah tak seglemer engineer ataupun doctor. Tetapi apa jua pekerjaan, aku tetap bersyukur, bukan senang beb nak dapat kerja sekarang ni. Orang cakap kerja Librarian cop-cop buku, tapi hello sedare! sekarang orang dah tak main cop-cop ni. Aku ada jugak dengar-dengar orang cakap librarian ni skema. Entahlah betul ke tak,aku rasa aku biasa-biasa je,tak skema pun.

Kita lupakan fasal pekerjaan aku itu,nampak boringkan. Mungkin!
Tiba-tiba teringat Umar. Selalunya pagi-pagi begini dia selalu hantar mesej.
Tik tik…Aplikasi Line aku berbunyi.
Tu mesti Umar.


Cinta Si Minah Signal : Episod 1

Nota: Pekerjaan watak sama dengan penulis, namun cerita ini tiada kena mengena dengan penulis. Harap maklum ye.

Friday, December 20

Cinta Si Minah Signal : Episod 1


 Cinta Si Minah Signal -Intro

"Saya dah lama maafkan awak,tolong jangan ganggu saya lagi."

Aku terus merayu dan dia seperti biasa tidak pernah mengendahkan perasaan aku.Kenapa bila aku dah jumpa kebahagian sendiri baru dia nak datang kembali dan cakap dia masih sayangkan aku.Kemana dia selama ini saat aku perlukan dia.

"Awak jangan tipu diri sendiri,awak masih sayangkan saya dan perasaan itu awak sendiri tak mampu nak kikis kan." Dia masih berusaha memujuk aku.

Aku merenung matanya.

"Awak benci saya tapi hati awak tak,sebab hati kita berkongsi satu perasaan yang sama".Bisiknya ditelingaku.

"Please,give me last change." Suaranya kembali merintih.

Kalau aku bagi dia peluang,mana aku nak letak si Umar Al Farouk tu.Nama kemain lagi ye umar. Hah,mana aku nak letak, kalau boleh simpan letak dalam poket dah lama aku buat.Huh.Benci aku dengan rayuan mamat janggut kambing ni.Dulu tak plak nak simpan janggut tu, sekarang tiba-tiba nampak macam alim. Macam jela tapi tapi alim ke idak aku tak tahu.Alah tadi dia cuba gak nak pegang tangan aku,fuh nasib baik sempat mengelak. Masih kuat lagi iman aku ni.

Penatlah nak fikir masalah ini. Rasa macam terbeban sangat.

"Saya nak balik,esok kerja." Ucapku perlahan.

"Ok,esok kita jumpa lagi ek,awak kena temankan saya makan boleh." Rayunya lagi.

"Tengoklah macam mana,susah nak cakap dengan orang yang keras hati ni,saya dah ada someone lah.Esok ada date dengan dia." Ujarku memang sengaja.



"Saya tak suka awak keluar dengan dia, awak hak saya.Tegasnya.

"Banyak cantik,sejak bila saya ni hak awak ha?

"Saya nampak ada cop nama saya dalam hati awak." Selamba badak dia bercakap.

"Amboi,mata awak pakai mata cap apa? Sampai boleh nampak camtu sekali."

Aku tak mampu nak tahan gelak.Dia boleh nampak ada cop nama dia.Dia memang lawak,tapi sometimes la. Nama pun dah lawak. 

Fir Man

Tapi aku hairan kenapa nama dia ada jarak antara Fir dengan Man.Nanti nak tanyalah sejarah nama dia tu.Hahahahaha..Dulu aku ingat ejaan nama dia sambung tapi rupanya tak.

Fir Man...Fir Man..

Nota: Teringin sangat nak menulis, hahaa..so amacam? teruk tak cerita saya ni. Comment la sikit u olss..Kalau ok saya nak proceed next episod, kalau TAK OK pon saya nak proceed gak..muahahahaaa.Layannnnzzz

Sambungan : Episod 2