Cinta Si Minah Signal : Episod 1


 Cinta Si Minah Signal -Intro

"Saya dah lama maafkan awak,tolong jangan ganggu saya lagi."

Aku terus merayu dan dia seperti biasa tidak pernah mengendahkan perasaan aku.Kenapa bila aku dah jumpa kebahagian sendiri baru dia nak datang kembali dan cakap dia masih sayangkan aku.Kemana dia selama ini saat aku perlukan dia.

"Awak jangan tipu diri sendiri,awak masih sayangkan saya dan perasaan itu awak sendiri tak mampu nak kikis kan." Dia masih berusaha memujuk aku.

Aku merenung matanya.

"Awak benci saya tapi hati awak tak,sebab hati kita berkongsi satu perasaan yang sama".Bisiknya ditelingaku.

"Please,give me last change." Suaranya kembali merintih.

Kalau aku bagi dia peluang,mana aku nak letak si Umar Al Farouk tu.Nama kemain lagi ye umar. Hah,mana aku nak letak, kalau boleh simpan letak dalam poket dah lama aku buat.Huh.Benci aku dengan rayuan mamat janggut kambing ni.Dulu tak plak nak simpan janggut tu, sekarang tiba-tiba nampak macam alim. Macam jela tapi tapi alim ke idak aku tak tahu.Alah tadi dia cuba gak nak pegang tangan aku,fuh nasib baik sempat mengelak. Masih kuat lagi iman aku ni.

Penatlah nak fikir masalah ini. Rasa macam terbeban sangat.

"Saya nak balik,esok kerja." Ucapku perlahan.

"Ok,esok kita jumpa lagi ek,awak kena temankan saya makan boleh." Rayunya lagi.

"Tengoklah macam mana,susah nak cakap dengan orang yang keras hati ni,saya dah ada someone lah.Esok ada date dengan dia." Ujarku memang sengaja.



"Saya tak suka awak keluar dengan dia, awak hak saya.Tegasnya.

"Banyak cantik,sejak bila saya ni hak awak ha?

"Saya nampak ada cop nama saya dalam hati awak." Selamba badak dia bercakap.

"Amboi,mata awak pakai mata cap apa? Sampai boleh nampak camtu sekali."

Aku tak mampu nak tahan gelak.Dia boleh nampak ada cop nama dia.Dia memang lawak,tapi sometimes la. Nama pun dah lawak. 

Fir Man

Tapi aku hairan kenapa nama dia ada jarak antara Fir dengan Man.Nanti nak tanyalah sejarah nama dia tu.Hahahahaha..Dulu aku ingat ejaan nama dia sambung tapi rupanya tak.

Fir Man...Fir Man..

Nota: Teringin sangat nak menulis, hahaa..so amacam? teruk tak cerita saya ni. Comment la sikit u olss..Kalau ok saya nak proceed next episod, kalau TAK OK pon saya nak proceed gak..muahahahaaa.Layannnnzzz

Sambungan : Episod 2

Sukan staff antara universiti Malaysia 2013

Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita sikit pengalaman mengikuti SUKOM 2013 yang berlangsung di UKM 2-10 November lepas.Yang pasti ada suka dan duka sepanjang sukan ni berlangsung.
Tak dapat dinafikan dapat ramai kawan-kawan baru.Seronok berkongsi pengalaman dengan mereka.Tapi yang sedihnya kami kalah,oppss!

Sebenarnya saya wakil futsal UTM.Pandai ke main?Entahlah pandai ke tak.
Sepanjang di sana kami menginap di Kolej Keris Mas UKM.Sempatlah rasa suasana belajar sebab kami duk kolej student.Not bad lah kan.

Sebenarnya tak rancang pun masuk futsal ni tapi niat nak try kan,so layankan aje.Ini aktiviti sukan yang pertama saya sertai semenjak masuk UTM.

Balik je dari UKM pada hari Jumaat then hari sabtu saya kena kerja sebab dah memang dalam jadual nama saya.

Kerja di Desk PSP@Perunding sokongan penyelidikan.Ini adalah tugasan pertama saya semenjak kerja di sini.Untuk makluman setiap pustakawan wajib Di PSP mengikut jadual giliran.Kerjanya menjawab segala pertanyaan pengguna terutama pelajar-pelajar.Saya memanglah nervous sebab first time beb!!!Next entry saya story pengalaman saya k.




"Jodoh itu rahsia Allah"


Berkali-kali aku memujuk hati "Jodoh itu rahsia Allah."
Tetapi frasa itu seakan-akan tidak diendahkan oleh segelintir manusia.Terus bertanya tanpa rasa bersalah.

Sabarlah kalian yang senasib denganku.
Duka bukan untuk selamanya
Akan ada bahagia untuk kita

Lain orang lain masalah kan.
Ya,kita memang akan sering diduga
Sabarlah.



Futsal antara jabatan

Assalamualaikum...
Alkisahnya telah berlangsung satu kejohanan sukan antara jabatan, daku sengaja melibatkan diri dalam futsal antara jabatan.Saje main untuk suka suka.O(∩_∩)O
Futsal ni berlangsung dalam masa dua hari.Yang paling best kami PSZ dapat pingat gangsa.kikikii
Seronok gak dapat main main ni.Hilang tension n hilang boring saya.

Takda training apa apa terus je main,memang kaki rasa sakit lepas main futsal ni.Nak jalan pun rasa lenguh lenguh,rasakan.

Padan muka hang!
Tapi tak kisah la sakit ke janji,janji daku happy.
Muahahhhaa

Sepetang di Tanjung Piai



Assalamualaikum

Sementara idea datang untuk menulis ni baik saya kongsikan serba sedikit program jalan-jalan hujung minggu saya ni.Sebenarnya ini adalah kali kedua saya ke sini.Saya suka laut so brape kali pergi tempat yang sama pon saya tak kisah.Peace!

Lokasi: Tanjung Piai
Alamat tetap:  Mukim Serkat, Pontian, Johor

Sebelum itu,saya nak ceritalah sedikit sejarah berkenaan dengan tempat ini. Tahukah anda bahawa Tanjung Piai terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia dan oleh itu, ia adalah bahagian yang paling selatan di tanah besar Asia. Ia terletak di Mukim Serkat, kira-kira 90km dari bandar Johor Bahru. Pekan yang terdekat ke Tanjung Piai adalah Pekan Kukup.

Tanjung Piai adalah salah satu habitat paya bakau terbesar di dunia yang luas keseluruhan. Tanjung Piai adalah rumah bagi sekitar 20 jenis spesis tumbuhan bakau. Terdapat juga beberapa haiwan liar sana seperti monyet, ketam bakau dan pelbagai spesies burung. Tanjung Piai mempunyai taman negara iaitu Tanjung Piai Taman Negara Johor yang membolehkan pengunjung untuk melihat habitat tumbuh-tumbuhan bakau. Bayaran masuk untuk Taman Negara adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak dan warga emas.Terdapat platform yang dibina di taman agar pelawat boleh berjalan dan melihat habitat bakau dan fauna yang unik dalam keselesaan.(Anda nampak tak kat situ macam ayat copy n paste).

Perjalanan dari rumah  (Skudai) saya ke tempat ni mungkin dalam sejam lebih kot (lebih kurang la yer),lau bawak keta laju-laju cepat jer sampai,tapi kalau bawak kereta dengan kadar kelajuan ala-ala siput sedut macam saya memang menagis la nak sampai..(^_^).Ingat lagi pesan mak jangan bawak laju-laju sangat bahaya.Ada satu kata-kata “pandu laju padah menanti “(Kejut perut woo).

Kami sampai sana dalam jam 3 PM,sesampai je disana terus maman dulu sebab dah lapar sangat.Makan tengahari yang dikelilingi laut,memang syok taw.Tempat makan tu dinamakan Tanjung Piai resort dan kawasan disana sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan aktiviti family day atau apa-apa jua aktiviti secara berkumpulan.
Selepas makan kami terus menuju ke Taman Negara Tanjung Piai dan jalan-jalan melawat kawasan yang sangat indah dan terpesona mata memandang.










Tips untuk bakal Pustakawan

Assalamualaikum…
 
Saya percaya setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman semasa di temuduga so saya sendiri ingin berkongsi pengalaman saya di temuduga sebagai seorang pustakawan.Sebenarnya tahun ini saya bertuah kerana mendapat tiga panggilan temuduga di beberapa buah organisasi swasta dan kerajaan.Alhamdulillah.
Sebenarnya tulisan pengalaman ini bukan untuk membangga diri tapi ia lebih kepada perkongsian maklumat dan saya sedar segala yang ada ini semua hanyalah pinjaman daripada Allah kepada saya.
 
FTMS kolej,Kuala Lumpur adalah kolej pertama untuk saya mencuba nasib.Kekosongan jawatan ini sebenarnya disebabkan oleh pustakawan asalnya iaitu Fifi yang juga kawan saya telah berjaya menempatkan diri antara pustakawan  UiTM.Soalan yang ditanya kebanyakan tentang perolehan dan pembelian bahan@acqusition.

Sejujurnya pengalaman tentang pembelian bahan memang tidak pernah saya lalui kerana saya bukan dalam bidang ini.Pembelian bahan selalunya di lakukan sendiri oleh pustakawan melalui pelbagai cara.Ada yang direct order melalui pembekal-pembekal buku dan ada juga yang melakukan pembelian sendiri di kedai-kedai buku terpilih,tak lupa juga yang membeli semasa berlangsungnya pesta buku seperti yang selalunya diadakan di PWTC setiaap tahun.Saya sendiri memang tak pernah lepaskan peluang berkunjung ke sana setiap tahun.
 
Berbalik pada cerita tadi,saya gagal dalam temuduga itu.Sebabnya tak cukup ilmu didada.So,nasihat saya bekalkan ilmu sebanyak mungkin dalam diri anda agar senang di kemudian hari.OK
 
Takpe kita cuba lagi k.Jangan risau rezeki Allah banyak dan Dia yang tentukan.
Selang beberapa lama lepas tu,saya di panggil lagi untuk ditemuduga.Alhamdulillah.
Kali ini lagi dapat plak dekat kampung halaman UMK.Tempat yang sudah lama diimpikan.Tetapi macam tak dijangka saya,awa,lolin,bye and tengku na dapat interview sama- sama.Kawan baik dapat di temuduga bersama sama tentulah seronok kan
Soalan yang di tanya tentunya banyak berkisar tentang library .Contohnya tanggungjawab kita sebagai pustakawan dan pengalaman kita sewaktu bekerja dulu.Saya memangla sangat mengharap dapat sebab kampung halaman kita tapi apakan daya ia masih tidak berpihak pada saya.Panel penemuduga seramai 4 orang kalau tak silap yang di ketuai oleh ketua perpustakaan UMK.Anda patut tahu apa peranan kita sebagai pustakawan dan seeloknya kita patut tahu fungsi setiap bahagian di dalam perpustakaan.Ia sangat penting sebenarnya.
 
Perjuangan masih diteruskan lagi kali ini saya berpeluang di temuduga di Selatan tanah air kita iaitu Johor.Sebenarnya saya agak kelam kabut masa tu sebab masih terikat dengan LMS di Brunei.Saya berkejar ke JB dan selang beberapa hari terus ke Brunei.Satu pengalaman yang sangat berharga buat saya.

pengalaman di interview oleh 5 orang panel sangat mendebarkan.Biasanya organisasi yang besar akan ada lima panel.
UTM Library dengar nama pun dah buat saya gementar.Soalan pertama mestilah tentang perkenalan diri.Masing-masing memperkenalkan diri dan kami lima orang juga dipanggil masuk serentak.
Antara soalan-soalannya:

1.Kenapa pilih UTM Library?
Seterusnya salah seorang menunjukkan sebuah buku karya vice chancellor UTM, Dato Seri Zaini Ujang.Buku itu bertajuk JIWA AKADEMIA.
 
2.Apakahkah yang anda faham tentanng jiwa Akademia-ggggrrullppp...mengelupur saya sebab tak pernah pun baca buku ini..Habislah kali dan saya hanya mampu lantas jawab apa yang terlintas di fikiran dan selebihnya hanya mampu berserah.
 
Begitulah pengalamanan saya semasa di temuduga..
Sebenarnya soalan-soalan untuk ditemuduga adalah bergantung pada panel itu sendiri dan saya yakin setiap panel ada soalan soalan mereka yang tersendiri.
 
Teruskanlah bersedia bila dipanggil untuk ditemuduga.Saya sendiri pun sering gagal bila di temuduga tapi kita jangan terus berputus asa.
 
Library swasta dan kerajaan banyak bezanya bila di temuduga.Seingat saya pernah diminta untuk membuat esei masa datang temuduga di salah sebuah private library.Apa yang diminta kita sedaya upaya tunaikan. 
 
Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya hanya Allah yang Maha Menentukan.
Buat sahahat-sahabat sekalian jangan putus asa dan jangan mengeluh.Rezeki Allah sentiasa ada tapi bagaimana,siapa dan bila hanya DIA yang Maha Mengetahui.
Untuk bertanya tentang atau berkongsi pendapat boleh emailkan ke nrhafisahzakaria@gmail.com
 
Insha Allah jika kelapangan saya pasti membalas email anda!Anda juga di alu alukan untuk bertanya tentang LMS (Library Management System) untuk sistem SirsiDynix.
 
 

Assalamulaikum....

Dalam hidup ini kita tak semestinya dapat apa yang kita impikan.Segalanya Allah dah tentukan.Tapi kita boleh cuba dapatkan dengan usaha dan doa yang berterusan.

Mungkin ada sedikit pengalaman yang ingin saya ceritakan perihal sorang kawan saya. Dia sebaya dengan saya iaitu 26 tahun.Kami sama-sama belajar diploma dan sampai sekarang pun masih lagi berkawan.
Saya ingat lagi selepas habis pengajian peringkat diploma,saya mengambil peluang untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah dan dia juga meneruskan pengajian peringakt ijazah tetapi agak lewat satu semester.Itupun kalau tak silap saya.
Apa yang dia selalu kongsi dengan saya adalah cita-citanya menjadi seorang guru,tetapi apakan daya cita-cita itu sering kali tidak kesampaian.Entahlah dimana silapnya mungkin permohonannya untuk ke UPSI seringkali gagal.

Dia terus juga menyambung pengajian di peringkat ijazah tetapi kos yang berbeza dan apa yang mendukacitakan saya pengajiannya tamat separuh jalan dan dia nekad untuk berhenti lantas pulang ke kampung.Saya sendiri tidak mengetahui sebab diatas tindakan nekadnya itu.
Seterusnya bila saya menamat pengajian ijazah dan dia sudah bekerja dan masih menetap di kampung.
Dan baru-baru ini saya dapat tahu yang dia menyambung balik pengajiannya di USM.Alhamdulillah kawan saya memang seorang yang tak pernah berputus asa.Saya amat gembira mendengarnya.
Mungkin jalan takdirnya tak sama dengan orang lain tapi dia tak pernah menyesali takdir ALLAH.Dimana ada kemahuan di situ ada jalannya.Insha ALLAH.

Dikesempatan ini saya doakan dia terus berusaha untuk menamatkan pengajiannya yang sering kali tertangguh dan saya juga doakan dia berjaya menjadi seorang guru suatu hari nanti.
Segala perangcangan Allah sangat indah untuk ditempuhi dan kita sebagai manusia biasa sering kali diuji dengan pelbagai dugaan.Kehidupan bukanlah semudah yang di sangka dan kawan saya tidak penah jemu untuk menuntut ilmu dan dijangka menamatkan pengajian pada 2016 memandang mode pengajian adalah PJJ.Kita sama-sama doakannya k.

Saya pernah melihat seorang pak cik yang menaiki bas dengan matanya buta dan paling menginsafkan adalah dia tiada sebelah kaki.Bayangkanlah apa yang dia rasa tentu hidup ini sukar untuknya.Kita yang masih ada kaki dan mata tetap megeluh.Allahuakbar,MAHA SUCI ALLAH.Saya melihat pak cik itu bersusah payah menaiki bas,bayangkanlah betapa sedih hati saya.
Segala kesusahan hanya die sahaja yang merasa dan kita hanya mampu memandang.Moga Allah sentiasa merahmatinya dan semoga dia sentiasa kuat untuk meneruskan hidup.


~apa yang kita miliki sekadar pinjaman daripada ALLAH

Sekian

Catatan sekadar pengalaman penulis

Langkah ep.2

Assalamualaikum...

Langkah ini masih diteruskan lagi untuk hari hari seterusnya.Saya masih lagi dalam proses penyesuaian diri,almaklumlah berada di tempat baru kan.Sebulan di sini hati dah rasa nak kembali ke KL.   Emmm..  

Hari pertama di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) saya diperkenalkan dengan semua staff di sini. Sebelum saya itu saya diperkenalkan dengan Timbalan Pustakawan.Beliau banyak memberi nasihat kepada saya.INSHA ALLAH saya akan kerja seikhlas mungkin.Banyak ilmu yang saya perlu belajar lagi.Saya mungkin agak ketinggalan berbanding kawan kawan librarian yang sama batch di bidang perpustakaan setelah hampir 2 tahun berkerja dengan sistem perpustakaan (LMS).Mereka selepas graduated terus bekerja dalam bidang perpustakaan tapi saya sebaliknya.Tapi tak apa,semua itu pengalaman bagi kita.Saya seronok mendalami sistem SirsiDynix.

Berbalik pada sesi perkenalan diri,saya dibawa bertemu dengan ketua ketua jabatan dan senior-senior librarian dan semua staff di PSZ.Nak ingat semua nama staff tu memang ambil masa la jugak.Huhuu

Sebelum saya terlupa,saya memikul tanggungjawab sebagai Pustakawan a.k.a Librarian dan saya ditugaskan di Bahagian Pemprosesan Teknikal.   Saya harap dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.Aminn  

Dan entry seterusnya saya akan ceritakan pengalaman ditemuduga.

Stay Tuned guys

Langkah ep.1

Assalamualaikum...

Rasanya agak lama saya tidak menulis di blog ini,mungkin keadaan tidak mengizinkan saya.Jujur terlalu banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup saya sehingga saya sendiri terpaksa akur dengan keadan itu.

Saya tak tahu nak nak mulakan dari mana kisah hidup ini.Tapi apa yang ingin saya sampaikan adalah saya terpaksa belajar semula dari bawah.Hidup seorang diri di bumi asing ini amat sukar bagi saya.Sunyi dan hampir putus asa.Tapi hati saya kuat mengatakan ada hikmah disebalik takdir Allah ini.Jauh daripada keluarga dah sahabat handai.

JOHOR...

Disini saya selepas hampir beberapa tahun di Kuala Lumpur. Mungkin keadaan tak sama tapi saya tetap sama.Insha Allah..Tapi berubah ke arah kebaikan tak salah kan..  

FORMIS NETWORK SERVICES...

My previous company... Berat hati saya nak tinggalkan rakan-rakan seperjuangan disana.Terutama senior senior saya Sha n Linda.Saya tak mampu nak tipu sampai sekarang saya masih rindu mereka,rindu suasana kerja kat sana..Mungkin kalau mereka baca catatan ini mereka hanya tersenyum.Tapi saya menangis..Saya minta maaf..bukan saya tak gembira kerja di sana..sikit pun bukan.Tapi saya nak dapatkan pengalaman hidup,pengalaman kerja,mengenali manusia dengan pelbagai ragam mereka.Bukan duit yang saya cari,bukan pangkat yang saya kejar,bukan nama yang saya perlukan tapi izinkan saya mencari diri sendiri.Kehidupan di sana banyak mengajar saya...Penghijrahan ini saya yang impikan..Mungkin suatu hari nanti Allah izinkan saya mencari ilmu luar daripada Malaysia plak..Insha Allah..
Kadang kadang Saya cemburu tengok bangsa asing datang Malaysia mencari ilmu,mereka boleh dan kita pun pasti boleh..One day maybe.

Kisah ini masih panjang dan saya akan terus bercerita jika diizinkan Allah.

PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH,UTM SKUDAI

Saya terkejut dan tak menyangka akan berada di sini,datang interview sekadar hanya mencuba nasib dan mencari pengalaman temuduga di sebuah perpustakaan akademik.Siapa sangka surat panggilan berjaya temuduga tidak sampai ke tangan saya,setelah mendapat panggilan telefon seminggu selepas itu baru saya tahu yang saya diminta lapor diri sebulan dari tarikh surat terima.

Kelam kabut mencari surat tapi still tak jumpa.Akhirnya jiran rumah sewa saya dulu telefon dan bagitau surat saya ada dengan dia.Syukur Alhamdulillah.

Akibat pindah randah alamat minta kerja pun dah huru hara.Nasihat saya gunalah alamat tetap macam alamat rumah parents or rumah kat kampung yang memang still valid k.Kalau tak jadilah anda semua macam saya.He he he.. Terima kasih jiran saya Kak Zura n Kak Khairiyah.  

Kisah perjalanan ini akan diteruskan lagi...Stay tuned n Peace yoo

Let’s flashback, let’s back drive

Assalamualaikum...

Terkadang diri ini lalai.Kite lupa untuk bersyukur atas apa jua kurniaan ALLAH.
Terkadang diri ini jua lalai kepadaMU.
Ampunkan HambuMU ini YA ALLAH..



video

Jom kita sama-sama hayati lagu ini.
You down and out
You just can’t come
You wanna shout 
you lost all hope
On your knees, begging please 
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there 
Whoever you are, because he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah 
You forget to say Subhanallah
Raise your hands 
Alhamdulillah

Let’s flashback, let’s back drive
Towards a time like yours and mine 
The story of the three 
Who'll long to be 
To who be free of their misery

To the one floor he opens the door
Gave him empty of his bounty

Then you forget to say thank you Allah 
You forget to say InsyaAllah 
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah 

Can’t you see His promise to you 
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah 
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah 
You forget to say InsyaAllah 
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillah 

Get down and out
You just can’t go 
you wanna shout 
you lost all hope
On your knees 
begging please
You turn and pray 
to find your way

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/12/lirik-lagu-dont-forget-allah-farid.html#ixzz2OFYJ40hp


Seketika di Bandar Seri Begawan



Assalamulaikum...


Sekian lama menyepikan diri.Ketandusan idea untuk menulis membuatkan saya diam seribu bahasa.Mungkin terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga membataskan diri saya untuk terus menulis di blog yang serba tak sempurna ini.Maafkan saya.

Sebenarnya saya sekarang kami sedang sibuk dengan Library Management System (LMS) di Brunei.Masih dalam proses lagi so saya tak boleh nak bercerita sangat.Cume apa yang saya nak ceritakan keadaan disana tak sama dengan Malaysia.

Perpustakaan di Malaysia jauh berbeza dengan Brunei.Ada lah jugak cabaran bila kita berkerjasama dengan orang disana.Mungkin dari segi bahasa percakapan dah berbeza.Tapi alhamdulillah kita anggap itu bukan masalah yang besar untuk kita terus bekerja.Orang-orang Brunei sangat baik pada pandangan saya.He he he

Layanan mereka sangat memuaskan hati.Makanan mereka boleh la kan.Tapi banyak sangatlah,penuh satu pinggan.Beras mereka sangat best,almaklumlah guna beras wangi.



Saya kongsikan sedikit gambar untuk kenang-kenangan:

Safely arrived @Brunei International Airport



DBP Library

Masjid Omar Ali Saifuddin-Masjid sempena nama Ayahanda Sultan Brunei

Saya @Kg Air Begawan


Saya lupa nama makanan ni. 

Masjid Hassanal Bolkiah








My favourite Teh Tarik






Tea Tarik Special from Bandar Seri Begawan


Pengalaman berada disana memang sangat berharga,InshaALLAH saya akan kenang sampai bila-bila walaupun nanti saya sudah tak bersama kalian...





@kuepelita's blog. Powered by Blogger.