Sekadar berkongsi luahan hati



Sekadar berkongsi luahan hati

Baru-baru ini tengok ada kekosongan jawatan di Perpustakaan UMK. Dulu saya pernah sekali dapat interview kat sana tetapi GAGAL. Hihihi..Biasalah tu kan.

Bila nampak je iklan tu rasa dihati nak try mohon, tapi bila fikir-fikir balik banyak benda lagi tak settle kat sini, rasa tu hilang macam tu aje. 

Siapa yang tak nak kan kalau dapat kerja di negeri kelahiran kita bak kata pepatah melayu Hujan Emas di negeri orang Hujan batu dinegeri sendiri. Oh sedih!

Niat untuk mohon jawatan tu  hilang bagaikan pasir dipantai yang dihembus ombak (wah gitu).

Lagi-lagi saya kat sini baru 2 tahun lebih. Baru lagi.Emmm
Tak apelah kan. Kita selesai apa yang patut dulu. Belajar pun tak habis lagi ni. Banyak sem  lagi nak kena hadap. Orang ambil bidang yang dah biasa ambil, kita nak tukar bidang.Hihihi..Rasakan!

But, it’s ok! I take as challenge.

Satu hal yang saya belajar, and im sure uols pun tahu, setiap benda yang kita hadapi semuanya sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Dia telah tentukan mana yang terbaik untuk kita.

Bila Allah tidak beri apa yang kita mahu, sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada kita apa yang kita perlu, lebih daripada yang kita mahu, kerana hanya Dia yang Maha Tahu.

Saya selesa disini, kawan-kawan sekerja ok. Suasana kerja memang sangat OK! 

Pohon-pohon hijau merimbun, langit nan cerah! (sempat lagi).
Dan yang penting memang tak HADAP JEM.
Sepatutnya saya lebih bersyukur atas segala nikmatNYA.
Alhamdulillah atas segalanya.




Tapi satu hal yang menyedihakan hati, saya jauh dari keluarga.
Emmm..

Jauh dari mak ayah.

Kalau dekat hari-hari boleh tengok.
Tapi saya percaya satu hari nanti saya akan berada disana. 

Isha Allah, moga dipermudahkan.
Perjalanan ini masih jauh.


Ikhlas,

Norhafisah Zakaria
5 September 2015


@kuepelita's blog. Powered by Blogger.