Tuesday, October 9

Tunjukkan aku Jalan Pulang

Terkadang dalam hidup nie memang banyak perkara yang lucu dah terjadi kan.

Sama lah cam gua.Syawal lepas my friend Lolin ada jemput ke rumahnya untuk makan-makan.So memang dia jemput betul-betul lah dengan kereta nya yang cute lagi comey tu..hehe.. Alkisahnya,adik Si Syen turut di jemput ke rumah Lolin,So kebetulan dia datang naik LRT dan nak dijadikan cerita Si Lolin nie suruh gua g ambil adik Syen kt LRT Setiawangsa dengan motor suaminya.

So dia memang bagi peta kat gua takut gua tersesat.Al maklumlah gua mana lah biasa dengan kawasan situ. So,pergilah gua menjemput adik Syen dengan berbekalkan peta si Lolin td. 

Vrommm vrommmmm…VROMMMMMMmmm…(bunyi ekzos motor).. 

Wah bestnya naik motor nie alkmaklumlah dah lama kan tak naik motor. Guest what???gua langsung tak tengok peta tau.Main bawak je motor tu.ahahahahhaa dan akhirnya sampailah gua kat LRT tu.Tapi yang gua heran bukan LRT Setiangwangsa tapi LRT jelatek.Huishhh camne ni boleh sampai sini.Salah LRT maaaaa… So nak tak nak terpaksalah suruh adik Si Syen patah balik ke LRT jelatek sebab gua memang dah tak tau nak p ke LRT Setiawangsa tu.Mmmmmmmm Kesian kan..Salah gua gak sebab tak tengok peta…(sowi yer dear) Bila adik Syen dah sampai kt LRT tu gua pun nak bawak balik p umah Lolin la DAN sekali lagi gua tak tengok peta.Actually kan gua memang tak pandai dan tak minat lah nak tengok-tengok peta ni.tak suka tawww.. 


So memang sekali lagi sesatlah..hahahahahaha Kali ni lagi best gua sesat.Sesat dan masuk DUKE terus..wakakakakakkaka Bila dah masuk highway nie paham-paham jelah kan..memang susah lah nak u-turn balik.So gua layankan je..Pastu merah keseluruhan muka dan kesian lagi kat adik Si Syen nie dah la datang jauh-jauh dari Kelana Jaya terus gua heret dia ke lembah kesesatan nia.Kesian kan. Sebenarnya gua tak kisah sesat sebab best woo ronda-ronda KL naik motor nie.Gua pun memang minat motor,kalau nak bawak kereta gua gayat beb. Tapi hari tu kalau gua jumpa En.Polis memang masak ar,sebab: 

1. Gua tak bawak lessen 

2. Roadtax motor tinggal kt rumah 

Cukup lengkap kan kesalahan gua.Orang lain memang tak leh challenge ar..wakakakakakaa Sesat punya sesat dan akhirnya gua nampak Sign board ke Ampang. Macam Happy je tengok Ampang,terus gua pecut dan akhir gua sampai Rumah gua sendiri kat Taman Cempaka..hahahahahhahaah.. Daripada nak pergi rumah Lolin, balik-balik sampai rumah sendiri..hauhauuuuuuuhuhuuu 

So berhenti Kat Petronas (belakang rumah gua) pekena Nescafe favorite gua. 

“Ipoh white Coffee” Sedap…(walaupun dalam hati gundah gulana dah bawak anak orang sesat) Muahhahhaaaaaaaaaa 

So Lolin bersama suaminya Saiful datang menyelamatkan kami daripada terus ke lembah kesesatan.. Beberapa minit kemudian,dorang datang angkut kami naik keta dan motor tadi suaminya bawak balik.ngeeeeee Malu beb sebab sesat jauh sangat,sampai rumah sendiri kot..agagaggagagaga
Sebelum gua sesat..Bukan main pose lagi ek..hamek kau sesat...

Moral of the story:Jangan khayal masa bawak moto andddddd please fokus masa orang duk xplain.FAHAM!!!

*perasan tak banyak sangat "SO" dalam citer gua nie..

Monday, October 8

Cinta Pi Ramlee

Thanks to: 

http://www.youtube.com/watch?v=FHGxjZ-nxrQ&feature=related http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2012/10/5-tahun-pemergian-seniman-agung.html

Assalamulaikum..

Siapa yang tak kenal Seniman Negara Tan Sri Datuk Amar Dr. PRamlee, (March 22, 1929 – May 29, 1973).



Sebut je nama dia pasti ramai yang mengetahui.So nak dijadikan cerita,my opismate duk tengok kat youtube biography tentang Pi Ramlee di Playlist dari rakaman History Channel. Pada mulanya dia tak terlintas nak tengok rakaman ni tapi takdir tertengok juga sejarah tentang Pi Ramlee ni.Saya rasa rakaman ni memang sesuai untuk kita tengok sebab banyak yang dapat kita pelajari.

Suka duka kehidupan seorang Seniaman yang di agungkan selepas kematiannya. Di sebalik suka terdapat duka yang ditangungnya.Kalau nak tengok boleh click sini

Dokumentari ini mengisahkan kisah Pi Ramlee dari kecil sampai la beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1973. Memang bila dihayati saya rasa sedih sangat,melihat perjuangannya yang tak pernah mengenal erti putus asa. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuat kita ketawa sehingga hari ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan. 

Lihat juga bagaimana 'berjayanya' P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. Saat meningal dunia yang kehidupan beliau sungguh daif sehingga terpaksa makan nasi berlauk kicap je.Padahal beliau sungguh terkenal. 


Dalam dokementari ni juga ada dicerita pasal isteri-isteri beliau. 

1.Junaidah Daeng Harris (1950–1954, died 1998) 
2.Noorizan Mohd. Noor (1955–1961, died 1992) 
3.Saloma (died 1983) 

Before this,saya hanya tahu Saloma je isteri beliau tapi selepas tengok dokumentari tu baru saya tahu yang beliau ada isteri sebelum Saloma.

Sepanjang hayatnya P. Ramlee tidak pernah mengawini 'anak dara', isterinya ketiga-tiganya janda. Dengan isterinya yang pertama JUNAIDAH perkahwinannya hanya kekal 4 tahun. Mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 1949, dan bercerai di tahun 1953.

Pada tahun 1954, P. Ramlee menikah pula dengan NORIZAN janda Almarhum Sultan dis ebuah negeri di Malaysia, suatu pernikahan yang paling menggemparkan, tetapi perkahwinan keduanya mengalami perceraian pada tahun 1961. 

Dan akhirnya Di tahun 1961 juga P. Ramlee telah menikah dengan Saloma yang ketika itu nama Saloma sedang top, sedang mengharum! 

Tapi rasanya dalam dokumentari ni banyak berkisar tentang kisah bekas isteri kedua Noorizan yang diceritakan.Bekas Isteri 1 dan ke 2 tak banyak pun.Nape yer??

Maybe sebab Norizan paling cantik kot..ngeee 

Sanggup kan seorang permaisuri meningalkan istana untuk berkahwin dengan Pi Ramlee.Sanggup meninggalkan pangkat sebagai permaisuri.Wahhh dasyat kan.Kalau korang sanggup???ada berani buatla..wakakaka

Oke..oke.. Dalam dokumentari tu saya dapat rasa yang Pi Ramlee betul-betul cinta kan Norizan. Kalau tak percaya cuba tengok betul2 dokumentari tu selepas beliau kahwin je ngn Norizan terus namanya meletup-letup dan filemnya terus meletop ko..hebat kan.Wah kuasa cinta. Tapi sayangnya kebahagian bukan milik mereka.Perkahwinan hanya mampu bertahan selama 6 or 7 tahun je. Biasalah kan dah kahwin dengan artis so masa tu pula Pi Ramlee tengah BZ ngn Filem-filem dia so mb masa untuk bersama keluarga tu tak banyak.lebih-lebih lagi suami dia hero Malaya,mestilah ramai perempuan terpikat.Cemburu tu dah pasti. Untuk pengetahuan, Pi Ramlee nie seorang yang romantik tau,setiap isterinya ada lagu khas yang diciptakannya. 

Ketika bersama Norizan, P. Ramlee mencipta lagu Tidurlah Wahai Permaisuri. Norizan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 1992. Masa temubual dengan Norizan,Norizan ada cakap yang dia betul2 sayangkan Pi Ramlee hinggakan dia sanggup berkorban tinggalkan istana.Sedih tau. 

Pi Ramlee said “Norizan I tak mau ceraikan u.tapi kalau u nak bercerai gak I tak dapat nak buat apa-apa” Katanya Nyawa dia dalam badan Norizan. 

Tengok betapa sayangnya dia pada Norizan, tapi Norizan merasakan yang Pi Ramlee mengabaikannya dan terlalu pentingkan kerja.Dirinya rasa terabai dan tidak disayangi. Nak buat camne kan dah jodoh sampai situ je. Oke oke.. 

So sekarang kita story pasal Saloma ni plak.Beliau ni pon boleh tahan.Mencintai Pi Ramlee sangat-sangat.Dari Info yang saya dapat, beliau prnah berkahwin dengan AR Tompel,ala ayah kepada Adlin Aman Ramli tu.Tapi perkahwinan mereka juga tidak dapat bertahan lama dan dikurniakan seorang anak bernama Armali aman Ramli.

Blog nie la banyak citer pasal Saloma.Click sini http://lalala-lands.blogspot.com/2011/08/saloma-bini-ar-tompel.html .So kalau nak tahu lebih lagi boleh la click situ. So kalau nak tahu lebih tentang kisah isteri-isteri beliau sila la  Sini


OKe..untuk isteri pertama dia ni saya tak dapat banyak sangat info tapi apa yang saya tau anak Pi Ramlee yang yang bernama Nasir memang bersama isteri pertama dan anak ke dua mereka telah di bawa tinggal di Jakarta.

Sampai sini jelah cite saya yer..Nak tahu lebih lanjut lagi saya syorkan kome-kome sume tengok je dokumentari tu,pasti jadi cam kami..ok 

والله أعلم بالصواب


Pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri dan para sahabat semua:

So kita sebagai manusia biasa yang serba kekurangan ni janganlah terlampau menghukum seseorang tanpa sebab kan.kadangkala perasaan iri hati lah yang membuatkan seseorang itu hilang semangat untuk terus hidup.