Sentiasalah bersangka baik



Kepada semua,kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan.Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT.Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana dia mahu memberikan kita sesuatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.

Untuk renungan:

"Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."

-Petikan dari penulis Nazli Noor-

CINTA MEMANG HARUS MEMILIKI:Episod 1




Kekadang terlalu sukar untuk membuat keputusan.Bukan terlalu memilih tapi yelah sebagai manusia biasa kita memang tak dapat lari dari membuat pilihan.Baik atau buruk keputusan itu hanya Allah saja yang tahu.

Benar kata orang, kekadang terlalu jauh kita mencari cinta dan tanpa kita sedar cinta itu sebenarnya ada depan mata dan ketika itu mungkin kita buta untuk menilai perasaan seseorang kepada kita.
Saya melihat dari sudut yang positif,mungkin belum terlambat untuk mengejar si kumbang itu kembali.

Maafkan saya kerana buta menilai perasaan awak.Cinta awak terlalu ikhlas dan suci.

Saya terlalu mengikut perasaan..
 Menutup pintu hati untuk mencintai lelaki.
Bagi saya cinta hanya membebankan.
Tapi awak dah buktikan cinta awak.
Tapi saat saya menyedari segala kebaikan awak,
Saat itu hampir terlewat kerana awak membawa diri pergi jauh dari hidup saya…

Berilah peluang untuk saya mencintai awak.
Maafkan saya kerana buta menilai kebaikan awak selama ini.
Ya.Benar memang saya tidak pernah menyangka awak mencintai saya.
Selama ini saya memang hanya menganggap awak sebagai teman sekolah saya.Tak pernah lebih dari itu.

Saya nafikan cinta awak sedangkan saya tahu awak terlalu baik terhadap saya.
Hanya kemaafkan yang saya pinta.
Andai memang ada jodoh kita pasti bertemu lagi bila sampai masanya.
Kehilangan awak sungguh menyeksa jiwa dan perasaan saya.
Kembalilah awak!!!(jangalah jual mahal sangat)

CINTA MEMANG HARUS MEMILIKI!!!

"Petikan dari cerpen cinta memang harus memiliki Karya Cik Som Tam"

Salam Ramadhan untuk semua.







Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan semoga dengan kehadiran Ramadhan tahun ini lebih bermakna untuk kita disamping terus beribadat kepada Allah SWT.InshaAllah masih ada kesempatan untuk kita memperbetulkan kesilapan yang lalu.Syukur masih dipanjangkan umur sehingga hari ini.

Alhamdulillah masih diberi kekuatan oleh Allah menyempurnakan solat terawih di surau berdekatan.Syukur sebab rumah dekat dengan surau.Apa yang dapat saya perhatikan ramai jemaah yang datang menunaikan solat terawih dan paling ketara budak-budak sekolah menengah dah rendah.Sambil menungu solat isyak dan terawih sempat lagi mereka buat homework kat surau.Rajin budak-budak sekarang kan.Tapi ada jugak yang tak berapa nak rajin.Betul tak.Hehehe..Menunaikan ibadah sambil buat kerja sekolah..Bagus-bagus.


Ok..Sekian Selamat berbuka dan selamat bersahur =)

Say Alhamdulillah



Assalamualaikum...

Berapa kali  kita mengeluh dalam sehari?

1? 10? 100? atau STAT ERROR? Gaji lambat masuk mengeluh. Tunggu lif tak sampai sampai mengeluh. Tempat kerja jauh mengeluh. Kahwin lambat mengeluh. Kadang kadang tu mengeluh tu dah macam sebati dalam hidup kita. 

Pernah tak selama kita bekerja ini suara hati kita mengeluh mengenangkan bebanan yang terpikul atau mungkin mengeluh gaji yang diberikan tidak setimpal dengan kerja yang di lakukan.

Saya juga tidak terkecuali sebenarnya dan baru-baru ini saya ke Johor atas urusan kerja lalu semasa lunch hour kami singgah untuk makan di sebuah restoran di bandar JB,semasa meminta pesanan untuk makan,mata saya terpandang seorang wanita menyapu di restoran itu sambil mengendong anaknya yang masih kecil.Dia mungkin pekerja di restoran itu.

Sayu hati ini melihat betapa hebatnya seorang ibu bekerja semata-mata untuk menyara seorang anak biarpun terpaksa membawa anak itu ke tempat kerja,Kita boleh ke lakukan perkara itu jika perkara yang sama terjadi pada diri kita.SUBHANAALLAH.Maha Kuasa ALLAH.

Sesungguhnya wanita itu sungguh tabah tanpa sedikit pun mengeluh.Cuba kita bayangkan seorang wanita sambil menyapu, sambil mengendong anak dibadannya.Bebanan yang dipikul tanpa mengeluh sedikit pun.Demi sesuap nasi wanita itu terpaksa bekerja dengan keadaan sedemikian.Kita biarpun bekerja dalam keaadan selesa malah ada aircond lagi tapi masih lagi mengeluh..Ya ALLAH!!!Semoga kita semua dijauhkan dari sifat mengeluh lagi..

Dan itu kisah di Johor,Selepas balik dari Johor keesokkan hari selepas Isyak saya dan kawan saya terus menaiki bus untuk pulang ke kampung.Hajat dihati untuk melepas kan rindu kepada keluarga tercinta...ecehhh

So,kami selamat sampai biarpun driver bus bawak bus laju tak ingat anak bini..Takut!!

OK..Kita lupakan sekejap tentang pak cik driver itu..So,macam biasalah bila sampai je kat kampung kita,Tak sah kalau saya tidak merempit ke bandar Pasir Mas..Merempit seorang diri je..

So,sebelum itu saya singgah sekejap di Petronas..So,masa masuk dalam Petronas tu saya terpandang seorang pakcik sedang mop lantai dan saya rasa ada dia macam payah je nak mop lantai tu..dan ketika itu juga barulah saya perasan yang dia hanya ada sebelah tangan sahaja!!!

Seorang Pak cik yang kudung tangan kirinya begitu bersungguh-sungguh bekerja tanpa sedikit pun mengeluh dengan kekurangan dirinya.Dia tidak pernah menyesali apa yang terjadi,

Adakah kita betul-betul ‘layak’ untuk mengeluh sedangkan ada lagi orang yang masalah dia lagi besar dari kita, lagi payah dari kita. Apalah sangat kena marah dengan boss jarang-jarang sekali kalau nak dibandingkan dengan pak cik tadi  yang nak menyapu pun seksa sebab tak ada tangan sebelah. Lagi susah.  

Si buta semangat nak mendapatkan ‘cahaya’, kita yang celik terus mengomel nak dapatkan ‘cahaya’. Patut malu dengan diri sendiri.

Ya Allah, maafkanlah aku bila aku sering mengeluh. Maafkan aku yang masih sering lupa akan nikmatmu. Maafkan aku yg begitu dungu dengan segala kemurahan yg KAU tampakkan dalam kehidupan seharianku.

Sama-samalah kita perbaiki kesilapan ini dan semoga kita mengambil iktibar.




@kuepelita's blog. Powered by Blogger.