CABUTAN GIGI GERAHAM BONGSU (ATAS)



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

Perasaan membuak-buak nak menulis pengalaman cabut gigi geraham bongsu ni. Trauma pun ada. Rasa macam nak terberanak pun ada. Walaupun aku tak pernah beranak tapi ada orang cakap sakit kedua selepas beranak. Ada ke orang citer pasal cabut gigi ni happy? Haruslah tak kan.

Kat bawah ni sedikit penerangan:

CABUTAN GIGI GERAHAM BONGSU (ATAS)

Gigi geraham bongsu adalah gigi molar ketiga (terakhir).
Manusia biasanya mempunyai 4 gigi geraham bongsu, 2 di atas dan 2 di bawah,biasanya keluar antara umur 18-25 tahun.

Gigi geraham bongsu atas biasanya tidak banyak masalah, (tapi dalam kes ni aku masalah yang atas) tetapi gigi geraham bongsu bawah biasanya tidak cukup tempat untuk keluar,iaitu terbenam atau keluar mencondong.

MASALAH GIGI GERAHAM BONGSU


-Sumbatan makanan berbau busuk
-Gusi yang meliputi gigi bengkak; demam.
-Merosakan gigi di depan serta tulang dan gusi sekitarnya
(Jika gigi di depan rosak teruk, cabutan gigi depan tersebut (bukan geraham bongsu) mungkin diperlukan
- Gigi depan menjadi berlubang,sensitif atau sakit
-Pipi dan leher bengkak,mulut tidak boleh buka luas.
-Kesakitan mungkin merebak ke leher,telinga,kepala malahan gigi berdekatan.
-Gigi mungkin melemahkan rahang bawah,lebih mudah pecah apabila pembedahan atau terkena daya kuat.
-Ketumbuhan tidak normal terjadi, menghakis tulang berdekatan.

KOS
Tertakluk kepada perubahan:
Kos gambar sinaran-X: RM30(kecil)-RM85(besar). RM400-RM800 jika pembedahan diperlukan.
Kos ini termasuk ubat kebas tetapi tidak termasuk gerudi guna-buang (disposable, >RM48), jika diperlukan, yang hanya boleh dipakai sekali.




sumber: al-hafizaidi.blogspot.com
gambar itu bukan gigi aku OK.hehe..Cuma nak tunjuk je gigi aku yang sakit tu kat belah kanan atas. tula die baby wisdom teeth.Comel kan baby.

Inilah rentetan perjalanan aku dengan gigi bongsuku yang tercinta:



12.07.2014
Masa ni aku dah rasa sakit pada gigi belah atas, tapi aku tak sure gigi mana, kesakitan ni sebenarnya datang kejap-kejap. Kadang sakit dan kekadang tak.  Tapi malam tu memang aku tak boleh nak tidur sebab sakit. So esok aku nekad nak p jumpa doctor.

13.07.2014
Pagi ni aku minta kebenaran bos nak keluar p jumpa doctor kejap, bos ak suggest suruh p Klinik Amim, tapi sebab aku rasa nak check je so aku pergilah klinik gov je.
Bila doctor check, dia cakap gigi geraham bongsu atas tu dah berlubang n patut buang je sebab gigi tu tak ada function pun dan aku setuju. Dia bagi antiobiotik dan aku kena datang balik selepas 4 or 5 hari.

18.17.2014
Tarikh ini merupakan tarikh yang membuatkan aku trauma seumur hidup dengan doctor itu.Aku TAK NAK jumpa dia lagi. Bayangkan doctor tu cuba nak buang gigi aku selama sejam setengah tapi TAK BERJAYA. Ulang suara!!!TAK BERJAYA ok!! Masa tu hanya ALLAH yang tahu perasaan aku. Masa tulah rasa nak mintak maaf kat semua orang. Manalah tahu kan aku ada buat salah ngn sape sape ke. Lau ada yang terbaca aku mintak maaf ye. Salam 0-0.

Ok, sambung. Sakit tu memang tak sangat sebab kena bius TAPI hujung bibir aku luka sebab kena sental agaknya kuat sangat. Pastu dengan glove getah lagi tu membuatkan hujung bibir aku melecet.Air mata mengalir selaju-lajunya. #Kerana terpaksa aku relakan.Sadis taw. Apalah dosa aku diperlakukan sedemikian rupa. Masa dia tengah nak cabut tu memang aku dengar serpihan gigi yang keluar. Serpihan je, gigi yang sebenar-sebenarnya belum keluar lagi. Lepas die tak Berjaya buang, ganti dengan doctor sorang lagi, emmm lagi la failed. Yang sengsaranya AKU!!!ulang suara, AKU!!Doktor suruh selawat n baca doa.Memang aku baca dalam hati sebab mulut dah tak cakap.Tapi tak Berjaya keluar jugak. Darah dan rasa terpercik keluar. Aku sampai rasa nak muntah.Segala macam alat dia dah guna tapi tak keluar-keluar jugak. Yang paling seram aku tengok mcam playar. Macam-macam playar dia guna semua tak jalan. Aku dah menggigil-gigil.
Lepas tak boleh nak keluarkan tu, dia cakaplah macam-macam bahasa gigi. Itulah, inilah, bla….bla….blaaaa.blaa….gigi awak akar kuat la.
Emmm…So bila dah tak boleh dia stop n aku keluar. Dia suruh datang review..Memang taklah.Aku tak nak dah(cakap dalam hati je..hehee)..
Apa yang aku rasalah, mb doctor tu kurang mahir dan alatan tak mencukupi. Mungkin teknik nak buang tu tak betul sebab tu gigi tu tak nak keluar. emmm..Kalau bukan sebab itu aku mintak maaf.Balik rumah tu memang bleeding lah.


20.07.2014
Tarikh ini merupakah tarikh yang paling mengembirakan aku.Hehe.Setelah bertanya orang itu dan ini aku nekad p Klinik Amim. Aku cakap kat dia apa yang doctor tu cakap pasal gigi aku ni. Dia senyum je n “cakap takde papelah,jangan risau.nanti doc buat betul-betul”.
Pastu dia tanya aku nak cabut ke tak. Kalau nak, doctor tolong cabutkan sekarang. Terkejut aku. Nak cabut sekarang?Maklumlah perasaan trauma tu masih berbekas lagi dalam diri ni.Hehe…Dia cakap ok je takda pape..Jangan risau.Itu je ayat ulangan yang asyik keluar dari mulut Dr. Amim.
Aku pun dengan berat hati setuju.sekali lagi #kerana terpaksa aku relakan.
Dah siap bius, rasa gusi macam membesar je..bius tu tak sakit tapi rasa macam masuk dalam je..ngilu kot. Ntahla susah nak cakap. Baca bismilah, dan die buat apa ntah…Taraaaaaaaaaaaa..cabut….tak sampai 2 minit tuan-tuan, puan-puan sekalian. Allahukbar..mengucap syukur aku.

Review:
Aku bukan nak sangat pandang serong pada doctor gov tu tapi yelah bila dah jadi macam ni siapa yang puas hati kan. Korang pikirlah sendiri, pengalaman, kepakaran, teknik, ilmu memang sangat penting untuk merawat pesakit.  Aku sedar setiap manusia ilmunya memang terbatas dan masing-masing ada ilmu masing-masing. Walaupun bibir aku dah melecet, luka macam kesam lebam tapi aku maafkan je.Bulan puasa ini tak elok marah-marah. Lagipun sakit ini penghapus dosa-dosa kecil.hehe..Cuma harap korang hati-hati la ye. Please jumpa doctor yang berusia sikit, muda-muda ni pengalaman kurang tapi ada yang OK dan ada yang kurang OK. Itu semua nasib masing-masing. Memang sekarang ni untuk dapatkan service yang OK duit adalah segala-galanya, tapi bila aku google dan buat sedikit research ada jugak hospital gov yang service tip top. So kena pandai-pandai survey ye.

Doktor cakap ada 3 lagi gigi geraham bongsu tu. Sebelum sakit baik buang je. Sebab kalau simpan takut ada implikasi apa-apa nanti.
So aku angguk jelah. Gigi bongsu yang bawah tu lagi mahal taw kos nak buang. tengoklah camna.Memang nak buang tapi tunggu kumpul duit dulu. nasib baik UTM dapat claim RM500/tahun untuk pergigian.So tahun ni dah guna Rm500. Tunggu next year la plak ye kita cabut.Ongkos-ongkos.

Pesanan khidmat masyarakat sayangi gigi anda.Lepas ni aku nak g scaling gigi plak..kasi buang itu karang-karang yang tak berfaedah.

Kadang-kadang kita selalu banyak habiskan duit beli fon mahal-mahal kan, apa kata kali ni kita berhabis duit pulak untuk gigi. Yelah gigi ni ,gigi kita, so kena lah jaga leklok kan. Sebenarnya setiap 2 kali setahun kita wajib jumpa doktor. Demi gigi ni ku rela berkorban apa saja janji gigiku sihat walafiat, lau sakit mak jugak yang susah.

Sekian,TK




 



Kacang Pool Haji

Assalamualaikum...

Petang tadi kami bertiga singgah kedai kacang pool haji dekat dengan bomba Larkin.

Setelah setahun di Jb ni, akhirnya aku dapat mencuba kacang pool ni. Rasa memang sedap apatah lagi di makan dengan roti. Siapa yang datang JB silakan mencuba makanan ini. INshaAllah sedap.

Oh, kami sesat mencari kedai ni, almaklumlah tak biasa sangat jalan di sini. Hehe. Layankan gambar di bawah ye. 

Puding triffle ala-ala kadar

Tersebutlah kisah suatu hari, bila opismate aku cakap nak makan trifle, dan tiba-tiba mulut ni meleleh nak makan jugak,almaklumlah dah lama sangat tak makan puding ni kan.

So, bahan-bahan untuk buat trifle ni tak susah. ANTARA bahan-bahannya adalah:

1. 1 tin susu cair
2. 4 sudu tepung kastard
3. 5 sudu gula (ikut selera korang)
4. 1 tin air biasa
5. Jely agar-agar
6. Buahan coktail
7. Kek Appolo (nak guna kek span pon boleh)
8. Esen vanila 4 sudu kecik

LAPISAN 1

Susunkan kek Appolo tu rapat-rapat bagi padat. Then ambil air coctail untuk lembabkan kek tersebut.

Kemudian, taburkan buahan coctail tadi atas kek appolo.

Panaskan susu cair, tepung kastard, gula, air biasa, esen vanila sehingga pekat dan mendidih. 
Lapiskan seLepas buahan coktail tadi dan lapisan terakhir adalah jely agar -agar (aku guna Nona). Korang boleh pilih nak warna apa. 
Ikut minat masing-masing..Macam aku suka warna sirap biasa je. 
Nampak merah. Nak guna perisa lain pun boleh. 
No hal lah.

Untuk nampak lebih menarik anda boleh letak buah kiwi atau buah strawbery diantara jely tu,macam aku terpaksa letak buah peach sebab ala kadar je kan.

Siap untuk dimakan. Jangan lupa letak dalam peti kasi sejuk sama dia.

Gunung Pulai

Lokasi : Gunung Pulai
Tarikh: 14.06.2014
Jam: 0800 Hrs

Sedikit Fakta tentang Gunung Pulai.

Terletak 15 km dari Pekan Nenas melalui Kg.Sawah dan 40 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Pulai terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Pulai , dengan ketinggian 700 meter dari aras laut. Gunung Pulai merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

__________________________________________________________________________

Kejadian kami ke sana memang tak dijangka. Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 0715 dan ke sana mengambil masa 30 - 40 minit. Aku dengan sal (housemate) sangat teruja untuk menjejaki gunung pulai. Kaki mula mendaki pada jam 0800 tapi saya nasihatkan kalau anda nak mula mendaki baik mula dari awal pagi lagi. Dalam perjalanan mendaki kami di sapa ramah oleh orang-orang sekeliling dengan ucapan "selamat pagi". Aku suka budaya macam ini. Kalaulah kita sentiasa amalkan, kan elok. Jalan punya jalan tapi tak sampai-sampai. Emmm...Sebenarnya saya tak tahu berapa jauh perjalanan ini sampailah saya bertanya pada seorang uncle. Dia cakap untuk sampai ke atas perjalanan lebih kurang 5- 6 KM.

Terdiam sekejap mendengarnya sebab kami dah berjalan sejauh 3KM. Keadaan jalan ada yang agak cerun dan memang tak rata.

Lepas itu kami teruskan juga perjalanan tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Habis basah beb!!!Dahla kami tak bawak payung,memang nasiblah.

Tiba-tiba lalu seorang uncle ni nyanyi-nyanyi kat kiteorang.."rain rain go away, please rain another day". Comel kan.

Nasib baik jumpa tempat berteduh bolehlah berteduh sekejap sambil borak-borak dengan uncle-uncle yang turut berhenti juga. Hujan lebat susah nak teruskan perjalanan. Kebanyakkan cina. Dorang memang ramai,orang melayu tak ramai sangat. Walaupun uncle uncle ni dah 50an (aku agaklah) tapi dia punya stamina tu memang tip top lah! Aku yang masih muda remaja (remaja ke?) ni kadang kadang rasa semput jugak la,lenguh-lenguh kaki tapi dorang steady.

Aku tengok ramai tak teruskan perjalanan sebab hujan lebat kot. Tapi aku dan sal tetap membara nak teruskan pendakian ini. Hehe. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak. After 30 minute rest, we decided nak teruskan juga pendakian walaupun hujan tak berhenti lagi. Kental tak kitorang.Ngee

Hujan pun hujan lah alang-alang dah basah kan. Masa nak naik tu kami terserempak dengan dua orang laki, dorang pon sama macam kitorang naik jugak walaupun hujan. Sempatla kami sembang-sembang ambil mendaki tu. 

Dorang banyak bagi kata kata semangat untuk kami untuk terus mendaki. Katanya dah tak jauh, tapi bila jalan tak sampai sampai jugak.Haish

Setelah berpenat lelah berjalan sejauh 5KM akhirnya kami sampai.Yuhuuuuuuuuu.Kat atas tu rupanya ada kem tentera dan kami tak dibenarkan ambil gambar.Huhu

Aku rasa aku dan sal berjalan selama 2 jam kot. Tu naik je adik-adik kakak-kakak, turun tak termasuk taw. Tapi kami tak sangka berjaya sampai kat atas gunung tu. HAPPY beb!!!

Next time,inshaAllah nak naik lagi sebab aku rasa banyak kalori aku terbakar. Haha. Tadi rata-rata yang naik memang dah biasa setiap minggu naik. Agaknya mereka ni memang suka exercise kan. Oh ya,hampir terlupa sepanjang perjalanan tu memang subhanaAllah cantik sangat. Tak sangka disini tersimpan sebuah hutan yang sangat indah. Hijau je. Bila hujan kami lagi cantik dan ada hikmahnya hujan turun. Kawasan kmpung situ pun memang cantik. Bersih je.

Setelah puas kat atas kami berempat, oppss datang berdua balik berempat (hehe) mengambil keputusan untuk turun,jalan agak licin dan sal dua kali jatuh, mungkin sebab kasut tak sesuai kot. Kalau anda nak naik dinasihatkan agar berhati hati lebih-lebih lagi kalau keadaan hujan seperti yang kami tempuhi. Setelah sejam setengah berjalan kami selamat sempai walaupun 2 orang laki tu dah tinggalkan kami sebab mereka jalan laju sangat. Kami tak terkejar tapi dorang tunggu kami kat gerai makan kat bawah.

Aku memang dah lapar sangat sebab tak sempat makan apa apa kat rumah. Kami order nasi lemak. Dorang dah habis makan masa kitorang sampai tu dan mintak izin nak balik dulu sebab kerja katanya. Ok jumpa lagi yer!!!

 Begitulah sedikit kisah aku dan gunung Pulai,sangat seronok naik atas sana. Walaupum tak banyak gambar sebab hujan tapi layankan aje gambar-gambar bawah tu.

Sedikit pesanan penaja:

1. Sediakan payung sebelum hujan (kalau tak basah kuyup macam aku)

2. Guna kasut yang bersesuaian (tapi aku tengok uncle2 steady je guna kaki ayam). So?

3. Minum pagi dulu bagi ada tenaga sikit (aku minum + makan vit. C. 

4. Daki di awal pagi.

5. Kalau ada baju hujan lagi senang.

6. Jangan minum air banyak sangat sebab nanti semput dan kat atas tak ada toilet ye..lau terasa nak buang air, semak samun je jadi toilet korang.

7. Bawak baju spare (kot-kot hujan senang nak salin, jangan jadi macam aku, bawak baju lebih tapi letak dalam beg then beg aku bawak naik atas, so bila hujan semua basah. Ngok ngek x
 
8. Sambil daki tu eloklah kita berzikir ke, istighfar ke..dapat pahala. lagi satu rasa lebih cepat sampai daripada korang borak-borak kosong. 

Sekian, terima kasih

by kuepelita

Entrance Gunung Pulai
Kawasan pendakian
 
Anggun tak cafe ni..




pemandangan kampung yang indah lagi permai, bawah gunung Pulai



Ni aku dah lupa samaada turun @ naik..
Seronok!!!

Bila dah sampai puncak di tulis STOP korang kena stop la ye..jangan naik lagi kat atas, nanti kena marah...ada erti?



Sumber fakta : http://www.forestry.gov.my/index.php?id=626&lang=my

Kisah sebuah perjalanan




Sumber google


Aku sedar perjalanan kita semua tak sama dan masing-masing ada cerita mereka sendiri. Apa pun jua perjalanan hidup, hanya kita yang merasa, orang lain hanya memandang dan mungkin memberi pendapat namun keputusan tetap di tangan kita.

Kadang-kadang perjalanan hidup kita tak seperti yang dirancang, akan ada halangan yang menduga. Tapi siapa kita nak menghalang qada dan qadar Allah. Mungkin akan ada yang merintih, meraung menjerit kesedihan tapi aku percaya perjalanan akan tetap diteruskan seperti biasa.

Ini bukan hanya kisah perjalanan aku tapi mungkin juga kamu.

Kadang-kadang ada yang menyokong tapi awas ada juga yang meruntuhkan semangat kita tapi itu biasa,sebab manusia memang begitu.

Kisah sebuah perjalanan memang akan ada episod derita tapi percayalah penghujungnya mungkin kebahagian menanti. Sabar bukan merintih.Ingat pesan aku.

Kerna takkan ada derita selamanya.


By kuepelita

Setahun

cantik kan rumah ni
Assalamualaikum...

Alhamdulillah..tak sangka dah hampir setahun aku disini. Cepat sungguh masa berlalu. Dari Kuala Lumpur berhijrah ke Johor Bahru. Siapa sangka ini takdir yang ditetapkan Allah. Dulu hampir sebulan menangis bila terpaksa tinggal sorang-sorang kat sini. Yelah dah biasa ada family dan kawan kan tup tup kena belajar untuk hidup sendiri. Sungguh sedih beb. Tapi tak apa, sebab bila dah kerja dan tinggal sini aku dah set mind untuk terus positif dan be happy dan alhamdulillah Allah permudahkan langkah dang perjalananku. 

Bila fikir balik,alangkah seronoknya masa kerja diKL, kawan-kawan ramai.Adik beradik ramai kat sana.Dapat main dan jumpa anak-anak saudara.Oh!indahnya dunia. Hujung minggu jalan-jalan & pusing-pusing Kl, emm best kan. .Tapi kini dah tak mungkin berlaku macam dulu.Tapi sebenarnya ada jugak part yang tak best. Yang tak best tu malas nak cerita. Kita cerita yang happy-happy je ek, baru syok!hehe.

Bila fikir balik setiap yang terjadi ada hikmahnya. Allah dah tetapkan segalanya, kita harus terima dan jangan mengeluh. Redha dan terima dengan hati yang terbuka. Masing-masing ada bahagian masing, so teruskan dengan semangat positif.Ok guys!!

Aku pun tak tahu sampai bila aku disini dan bagaimana takdir aku selepas ini, cuma aku berdoakan ada sesuatu yang lebih baik selepas ini.InshaALLAH.
Rasa nak berhijrah lagi.hehe

Surat lapor diri, walaupun hilang tapi alhamdulillah rezeki masih ada

@kuepelita's blog. Powered by Blogger.