The Librarian

Salam.

Saje nak kongsi gambar masa persidangan pustakawan UTM 2015 minggu lepas.
Setiap tahun wajib akan adakan PERSIDANGAN.
Cari dimana saya?hihi..Sebelah saya tu Timbalan Ketua Pustakawan daripada Perpustakaan UTMKL.

So,inilah kami pustakawan disini. Pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun disini.

Bertuah rasanya berada dikalangan mereka yang hebat-hebat in this industry. Insha Allah akan dapatkan seberapa banyak ilmu dari mereka para senior.

Perasan tak, librarian perempuan lebih ramai daripada lelaki. Realiti sekarang

p/s: jaja kalo ko baca ni, next year kita bergambar sebelah2 ye.. :)



Sekadar berkongsi luahan hati



Sekadar berkongsi luahan hati

Baru-baru ini tengok ada kekosongan jawatan di Perpustakaan UMK. Dulu saya pernah sekali dapat interview kat sana tetapi GAGAL. Hihihi..Biasalah tu kan.

Bila nampak je iklan tu rasa dihati nak try mohon, tapi bila fikir-fikir balik banyak benda lagi tak settle kat sini, rasa tu hilang macam tu aje. 

Siapa yang tak nak kan kalau dapat kerja di negeri kelahiran kita bak kata pepatah melayu Hujan Emas di negeri orang Hujan batu dinegeri sendiri. Oh sedih!

Niat untuk mohon jawatan tu  hilang bagaikan pasir dipantai yang dihembus ombak (wah gitu).

Lagi-lagi saya kat sini baru 2 tahun lebih. Baru lagi.Emmm
Tak apelah kan. Kita selesai apa yang patut dulu. Belajar pun tak habis lagi ni. Banyak sem  lagi nak kena hadap. Orang ambil bidang yang dah biasa ambil, kita nak tukar bidang.Hihihi..Rasakan!

But, it’s ok! I take as challenge.

Satu hal yang saya belajar, and im sure uols pun tahu, setiap benda yang kita hadapi semuanya sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Dia telah tentukan mana yang terbaik untuk kita.

Bila Allah tidak beri apa yang kita mahu, sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada kita apa yang kita perlu, lebih daripada yang kita mahu, kerana hanya Dia yang Maha Tahu.

Saya selesa disini, kawan-kawan sekerja ok. Suasana kerja memang sangat OK! 

Pohon-pohon hijau merimbun, langit nan cerah! (sempat lagi).
Dan yang penting memang tak HADAP JEM.
Sepatutnya saya lebih bersyukur atas segala nikmatNYA.
Alhamdulillah atas segalanya.




Tapi satu hal yang menyedihakan hati, saya jauh dari keluarga.
Emmm..

Jauh dari mak ayah.

Kalau dekat hari-hari boleh tengok.
Tapi saya percaya satu hari nanti saya akan berada disana. 

Isha Allah, moga dipermudahkan.
Perjalanan ini masih jauh.


Ikhlas,

Norhafisah Zakaria
5 September 2015


Terima kasih awak!



Terima kasih awak!

Aku ucapkan terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup aku.

Terima kasih sebab sentiasa ada masa susah dan senang.

Bertahun-tahun aku biarkan dia sendiri tanpa pernah bagi ruang untuk mendekati aku.

Aku lari bila dia dekat.

Aku menyampah bila dia luah cinta.

Dia diam bila aku marah.

Tapi aku sedar dia adalah sebahagian hidup aku.

Mungkin doanya sentiasa ada untukku.

Sekuat mana aku lari, dia tidak pernah berhenti mengejar!

Sehingga aku penat.

Aku cakap "awak jomlah kawen"

Dia balas "OK"

Settle

Sekian….

Bertukar

Blog ini akan berubah-ubah wajah dalam beberapa hari ni.Harap maklum..kekeke

Video Raya lah pulak :)





Raya 2015 Perpustakaan Raja Zarith Sofiah

Wahhh..kitorang dah raya..hihi.
Kalau tak silap aku ni tahun ke-3 aku beraya sebagai warga UTM. Tiada kata yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana Allah kurniakan rezeki di sini. Harapan agar tahun-tahun selepas ini kita akan terus bahagia dan sentiasa bersyukur.
#syukurSelalu.


Bersama boss dan rakan-rakan di bahagian Automasi


Warga Perpustakaan Raja Zarith Sofiah

Video Technology Production

Salam Ramadhan

Siapa yang berminat nak tahu details pasal video boleh link ke sini-->Blog baru saya

Blog ini di wujudkan untuk memenuhi keperluan subjek dalam kursus pengajian saya. Platform adalam WORDPRESS.

 

Alhamdulillah untuk segala nikmat dari-NYA

Pemasyhuran PRZS
Persidangkan Pustakawan UTM
Alhamdulillah, dua tahun dah rupanya aku kat sini..Semoga diberikan kekuatan untuk terus menabur bakti.


-Library is my soul-

Hati-hati Bila berbicara



Kita mesti ada kawan-kawan lama. kawan sekolah ke kawan kerja ke. kawan lepak? kawan gaduh?
Bila berbelas tahun tak jumpa tiba-tiba jumpa, elakkan bertanya soalan peribadi secara terus seperti:

-Dah kahwin? belum? kenapa? memilih?
@
-Dah kahwin? dah? anak berapa? hah... belum ada anak? kooo merancang kotttttt. Tak yahlah nak rancang-rancang. kenapa? tak usaha ke? tak cuba cara begitu? tak cuba cara begini?
Kenapa? sebab walau soalan itu nampak biasa pada kita, tapi amat menusuk hati kepada kawan-kawan yang mungkin sedang diuji dengan situasi begini. kadang-kadang soalan begini boleh buat mereka fobia nak jumpa kawan-kawan lama.

Bila dah jumpa, silaturahim terjalin semula, soalan-soalan yang tidak kita luahkan tu akan terjawab dengan sendirinya tanpa perlu mengguris hati. Mungkin kawan-kawan akan bercerita tanpa perlu kita bertanya. Betul tak?
Sumber : FB Hanni Ramsul
@kuepelita's blog. Powered by Blogger.