Assalamualaikum…
Saya percaya setiap orang
mempunyai pelbagai pengalaman semasa ditemuduga so saya sendiri ingin berkongsi
pengalaman saya ditemuduga sebagai seorang pustakawan.Sebenarnya tahun ini saya
bertuah kerana mendapat tiga panggilan temuduga di beberapa buah organisasi
swasta dan kerajaan.
Sebenarnya tulisan pengalaman ini
bukan untuk membangga diri tapi ia lebih kepada perkongsian maklumat dan saya
sedar segala yang ada ini semua hanyalah pinjaman daripada Allah kepada saya.
FTMS kolej,Kuala Lumpur adalah
kolej pertama untuk saya mencuba nasib.Kekosongan jawatan ini sebenarnya
disebabkan oleh pustakawan asalnya iaitu Fifi yang juga kawan saya telah
berjaya menempatkan diri antara pustakawan UiTM. Soalan yang ditanya
kebanyakan tentang perolehan dan pembelian bahan@acqusition.
Sejujurnya pengalaman tentang pembelian bahan memang tidak pernah saya lalui kerana saya bukan dalam bidang ini.Pembelian bahan selalunya di lakukan sendiri oleh pustakawan melalui pelbagai cara.Ada yang direct order melalui pembekal-pembekal buku dan ada juga yang melakukan pembelian sendiri di kedai-kedai buku terpilih,tak lupa juga yang membeli semasa berlangsungnya pesta buku seperti yang selalunya diadakan di PWTC pada setiaap tahun. Saya sendiri memang tak pernah lepaskan peluang berkunjung ke sana setiap tahun.
Berbalik pada cerita tadi,saya
gagal dalam temuduga itu.Sebabnya tak cukup ilmu didada.So,nasihat saya
bekalkan ilmu sebanyak mungkin dalam diri anda agar senang di kemudian hari.OK
Takpe kita cuba lagi k.Jangan
risau rezeki Allah banyak dan Dia yang tentukan.
Selang beberapa lama lepas
tu,saya di panggil lagi untuk ditemuduga.Alhamdulillah.
Kali ini lagi dapat pulak dekat
kampung halaman UMK.Tempat yang sudah lama diimpikan.Tetapi macam tak dijangka
saya,awa,lolin,bye and tengku na dapat interview sama- sama.Kawan baik dapat di
temuduga bersama sama tentulah seronok kan.
Soalan yang di tanya tentunya
banyak berkisar tentang library .Contohnya tanggungjawab kita sebagai
pustakawan dan pengalaman kita sewaktu bekerja dulu.Saya memanglah sangat
mengharap dapat sebab kampung halaman kita tapi apakan daya ia masih tidak
berpihak pada saya.Panel penemuduga seramai 4 orang kalau tak silap yang di
ketuai oleh ketua perpustakaan UMK.Anda patut tahu apa peranan kita sebagai
pustakawan dan seeloknya kita patut tahu fungsi setiap bahagian di dalam
perpustakaan.Ia sangat penting sebenarnya.
Perjuangan masih diteruskan lagi,
kali ini saya berpeluang ditemuduga di Selatan tanah air kita iaitu Johor. Sebenarnya
saya agak kelam kabut masa tu sebab masih terikat dengan projek di Brunei.Saya
berkejar ke JB dan selang beberapa hari terus ke Brunei.Satu pengalaman yang
sangat berharga buat saya.
pengalaman di interview oleh 5
orang panel sangat mendebarkan.Biasanya organisasi yang besar akan ada lebih
dari seorang panel.
UTM Library dengar nama pun dah
buat saya gementar.Soalan pertama mestilah tentang perkenalan
diri.Masing-masing memperkenalkan diri dan kami lima orang juga dipanggil masuk
serentak.
Antara soalan-soalannya:
1. Kenapa pilih
UTM Library?
Seterusnya
salah seorang panel memegang sebuah buku karya vice chancellor UTM, Dato Seri
Zaini Ujang.Buku itu bertajuk JIWA AKADEMIA.
2. Apakahkah
yang anda faham tentang jiwa Akademia-ggggrrullppp...mengelupur saya sebab tak
pernah pun baca buku ini.Habislah kali dan saya hanya mampu menjawab apa yang
terlintas di fikiran dan selebihnya hanya mampu berserah.
Begitulah pengalamanan saya
semasa di temuduga..
Sebenarnya soalan-soalan untuk
ditemuduga adalah bergantung pada panel itu sendiri dan saya yakin setiap panel
ada soalan soalan mereka yang tersendiri.
Teruskanlah bersedia bila
dipanggil untuk ditemuduga.Saya sendiri pun sering gagal bila di temuduga tapi
kita jangan terus berputus asa.
Library swasta dan kerajaan
banyak bezanya bila di temuduga.Seingat saya pernah diminta untuk membuat esei
masa datang temuduga di salah sebuah private library.Apa yang diminta kita
sedaya upaya tunaikan.
Kita hanya mampu berusaha dan
selebihnya hanya Allah yang Maha Menentukan.
Buat sahahat-sahabat sekalian
jangan putus asa dan jangan mengeluh.Rezeki Allah sentiasa ada tapi
bagaimana,siapa dan bila hanya DIA yang Maha Mengetahui.
4 comments:
sangat tak sangka awk menulis dengan baik sekali....terus rasa dapat menyelami dalam diri awk ekekekke
ishh nk gak rasa merantau..tapi entah bila :)
thanks akak..dpt menyelami sy ek..haahahahaa..sy rsa sy xkuat fizikal & mental duk sorang2 kt sini..sedey :(
Good luck dear..: Thank you four your sharing..:)
saya berminat mengenai sistem LMS tu.. Macam mana nak katalog buku?
Post a Comment