Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...
Perasaan membuak-buak nak
menulis pengalaman cabut gigi geraham bongsu ni. Trauma pun ada. Rasa macam
nak terberanak pun ada. Walaupun aku tak pernah beranak tapi ada orang cakap sakit kedua selepas beranak. Ada ke orang citer pasal cabut gigi ni happy? Haruslah tak kan.
Kat bawah ni sedikit penerangan:
CABUTAN GIGI GERAHAM BONGSU (ATAS)
Gigi geraham bongsu adalah gigi
molar ketiga (terakhir).
Manusia biasanya mempunyai 4 gigi
geraham bongsu, 2 di atas dan 2 di bawah,biasanya keluar antara umur 18-25
tahun.
Gigi geraham bongsu atas biasanya
tidak banyak masalah, (tapi dalam kes ni
aku masalah yang atas) tetapi gigi geraham bongsu bawah
biasanya tidak cukup tempat untuk keluar,iaitu terbenam atau keluar mencondong.
MASALAH GIGI GERAHAM BONGSU
-Sumbatan makanan berbau busuk
-Gusi yang meliputi gigi
bengkak; demam.
-Merosakan gigi di depan serta
tulang dan gusi sekitarnya
(Jika gigi di depan rosak teruk,
cabutan gigi depan tersebut (bukan geraham bongsu) mungkin diperlukan
- Gigi depan menjadi
berlubang,sensitif atau sakit
-Pipi dan leher bengkak,mulut
tidak boleh buka luas.
-Kesakitan mungkin merebak ke
leher,telinga,kepala malahan gigi berdekatan.
-Gigi mungkin melemahkan rahang
bawah,lebih mudah pecah apabila pembedahan atau terkena daya kuat.
-Ketumbuhan tidak normal
terjadi, menghakis tulang berdekatan.
KOS
Tertakluk kepada perubahan:
Kos gambar sinaran-X:
RM30(kecil)-RM85(besar). RM400-RM800 jika pembedahan diperlukan.
Kos ini termasuk ubat kebas
tetapi tidak termasuk gerudi guna-buang (disposable, >RM48), jika
diperlukan, yang hanya boleh dipakai sekali.
sumber: al-hafizaidi.blogspot.com |
Inilah rentetan perjalanan aku dengan gigi bongsuku yang tercinta:
12.07.2014
Masa ni aku dah rasa sakit pada
gigi belah atas, tapi aku tak sure gigi mana, kesakitan ni sebenarnya datang
kejap-kejap. Kadang sakit dan kekadang tak.
Tapi malam tu memang aku tak boleh nak tidur sebab sakit. So esok aku
nekad nak p jumpa doctor.
13.07.2014
Pagi ni aku minta kebenaran bos
nak keluar p jumpa doctor kejap, bos ak suggest suruh p Klinik Amim, tapi sebab
aku rasa nak check je so aku pergilah klinik gov je.
Bila doctor check, dia cakap gigi
geraham bongsu atas tu dah berlubang n patut buang je sebab gigi tu tak ada
function pun dan aku setuju. Dia bagi antiobiotik dan aku kena datang balik
selepas 4 or 5 hari.
18.17.2014
Tarikh ini merupakan tarikh yang
membuatkan aku trauma seumur hidup dengan doctor itu.Aku TAK NAK jumpa dia
lagi. Bayangkan doctor tu cuba nak buang gigi aku selama sejam setengah tapi
TAK BERJAYA. Ulang suara!!!TAK BERJAYA ok!! Masa tu hanya ALLAH yang tahu
perasaan aku. Masa tulah rasa nak mintak maaf kat semua orang. Manalah tahu kan aku ada buat salah ngn sape sape ke. Lau ada yang terbaca aku mintak maaf ye. Salam 0-0.
Ok, sambung. Sakit tu memang tak sangat sebab kena bius TAPI hujung bibir aku
luka sebab kena sental agaknya kuat sangat. Pastu dengan glove getah lagi tu
membuatkan hujung bibir aku melecet.Air mata mengalir selaju-lajunya. #Kerana
terpaksa aku relakan.Sadis taw. Apalah dosa aku diperlakukan sedemikian rupa.
Masa dia tengah nak cabut tu memang aku dengar serpihan gigi yang keluar.
Serpihan je, gigi yang sebenar-sebenarnya belum keluar lagi. Lepas die tak Berjaya
buang, ganti dengan doctor sorang lagi, emmm lagi la failed. Yang sengsaranya
AKU!!!ulang suara, AKU!!Doktor suruh selawat n baca doa.Memang aku baca dalam
hati sebab mulut dah tak cakap.Tapi tak Berjaya keluar jugak. Darah dan rasa
terpercik keluar. Aku sampai rasa nak muntah.Segala macam alat dia dah guna tapi tak keluar-keluar jugak. Yang paling seram aku tengok mcam playar. Macam-macam playar dia guna semua tak jalan. Aku dah menggigil-gigil.
Lepas tak boleh nak keluarkan tu,
dia cakaplah macam-macam bahasa gigi. Itulah, inilah, bla….bla….blaaaa.blaa….gigi awak akar kuat la.
Emmm…So bila dah tak boleh dia stop n
aku keluar. Dia suruh datang review..Memang taklah.Aku tak nak dah(cakap dalam
hati je..hehee)..
Apa yang aku rasalah, mb doctor tu
kurang mahir dan alatan tak mencukupi. Mungkin teknik nak buang tu tak betul sebab tu gigi tu tak nak keluar. emmm..Kalau bukan sebab itu aku mintak maaf.Balik
rumah tu memang bleeding lah.
20.07.2014
Tarikh ini merupakah tarikh yang
paling mengembirakan aku.Hehe.Setelah bertanya orang itu dan ini aku nekad p
Klinik Amim. Aku cakap kat dia apa yang doctor tu cakap pasal gigi aku ni. Dia
senyum je n “cakap takde papelah,jangan
risau.nanti doc buat betul-betul”.
Pastu dia tanya aku nak cabut ke
tak. Kalau nak, doctor tolong cabutkan sekarang. Terkejut aku. Nak cabut
sekarang?Maklumlah perasaan trauma tu masih berbekas lagi dalam diri ni.Hehe…Dia
cakap ok je takda pape..Jangan risau.Itu je ayat ulangan yang asyik keluar dari
mulut Dr. Amim.
Aku pun dengan berat hati
setuju.sekali lagi #kerana terpaksa aku relakan.
Dah siap bius, rasa gusi macam
membesar je..bius tu tak sakit tapi rasa macam masuk dalam je..ngilu kot. Ntahla
susah nak cakap. Baca bismilah, dan die buat apa ntah…Taraaaaaaaaaaaa..cabut….tak
sampai 2 minit tuan-tuan, puan-puan sekalian. Allahukbar..mengucap syukur aku.
Review:
Aku bukan nak sangat pandang
serong pada doctor gov tu tapi yelah bila dah jadi macam ni siapa yang puas
hati kan. Korang pikirlah sendiri, pengalaman, kepakaran, teknik, ilmu memang
sangat penting untuk merawat pesakit. Aku
sedar setiap manusia ilmunya memang terbatas dan masing-masing ada ilmu
masing-masing. Walaupun bibir aku dah melecet, luka macam kesam lebam tapi aku
maafkan je.Bulan puasa ini tak elok marah-marah. Lagipun sakit ini penghapus
dosa-dosa kecil.hehe..Cuma harap korang hati-hati la ye. Please jumpa doctor yang
berusia sikit, muda-muda ni pengalaman kurang tapi ada yang OK dan ada yang
kurang OK. Itu semua nasib masing-masing. Memang sekarang ni untuk dapatkan
service yang OK duit adalah segala-galanya, tapi bila aku google dan buat
sedikit research ada jugak hospital gov yang service tip top. So kena
pandai-pandai survey ye.
Doktor cakap ada 3 lagi gigi geraham bongsu tu. Sebelum sakit baik buang je. Sebab kalau simpan takut ada implikasi apa-apa nanti.
So aku angguk jelah. Gigi bongsu yang bawah tu lagi mahal taw kos nak buang. tengoklah camna.Memang nak buang tapi tunggu kumpul duit dulu. nasib baik UTM dapat claim RM500/tahun untuk pergigian.So tahun ni dah guna Rm500. Tunggu next year la plak ye kita cabut.Ongkos-ongkos.
Pesanan khidmat masyarakat sayangi gigi anda.Lepas ni aku nak g scaling gigi plak..kasi buang itu karang-karang yang tak berfaedah.
Kadang-kadang kita selalu banyak habiskan duit beli fon mahal-mahal kan, apa kata kali ni kita berhabis duit pulak untuk gigi. Yelah gigi ni ,gigi kita, so kena lah jaga leklok kan. Sebenarnya setiap 2 kali setahun kita wajib jumpa doktor. Demi gigi ni ku rela berkorban apa saja janji gigiku sihat walafiat, lau sakit mak jugak yang susah.
Sekian,TK
2 comments:
as baca pun dah ngeri semoga jadi ..penagajaran untuk doktor & bakal2 doktor gigi kat gov hosp...nasib baik tak ape2, kalo tak mahunya kena saman doctor tu..
tula as...huhuhu..ngeri dah jmpe doktor tu...better jmpa doctor laki..kesan luke kat bibit pon ade lg ni..huhuhu
Post a Comment