Saturday, October 19

Futsal antara jabatan

Assalamualaikum...
Alkisahnya telah berlangsung satu kejohanan sukan antara jabatan, daku sengaja melibatkan diri dalam futsal antara jabatan.Saje main untuk suka suka.O(∩_∩)O
Futsal ni berlangsung dalam masa dua hari.Yang paling best kami PSZ dapat pingat gangsa.kikikii
Seronok gak dapat main main ni.Hilang tension n hilang boring saya.

Takda training apa apa terus je main,memang kaki rasa sakit lepas main futsal ni.Nak jalan pun rasa lenguh lenguh,rasakan.

Padan muka hang!
Tapi tak kisah la sakit ke janji,janji daku happy.
Muahahhhaa

Monday, October 7

Sepetang di Tanjung Piai



Assalamualaikum

Sementara idea datang untuk menulis ni baik saya kongsikan serba sedikit program jalan-jalan hujung minggu saya ni.Sebenarnya ini adalah kali kedua saya ke sini.Saya suka laut so brape kali pergi tempat yang sama pon saya tak kisah.Peace!

Lokasi: Tanjung Piai
Alamat tetap:  Mukim Serkat, Pontian, Johor

Sebelum itu,saya nak ceritalah sedikit sejarah berkenaan dengan tempat ini. Tahukah anda bahawa Tanjung Piai terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia dan oleh itu, ia adalah bahagian yang paling selatan di tanah besar Asia. Ia terletak di Mukim Serkat, kira-kira 90km dari bandar Johor Bahru. Pekan yang terdekat ke Tanjung Piai adalah Pekan Kukup.

Tanjung Piai adalah salah satu habitat paya bakau terbesar di dunia yang luas keseluruhan. Tanjung Piai adalah rumah bagi sekitar 20 jenis spesis tumbuhan bakau. Terdapat juga beberapa haiwan liar sana seperti monyet, ketam bakau dan pelbagai spesies burung. Tanjung Piai mempunyai taman negara iaitu Tanjung Piai Taman Negara Johor yang membolehkan pengunjung untuk melihat habitat tumbuh-tumbuhan bakau. Bayaran masuk untuk Taman Negara adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak dan warga emas.Terdapat platform yang dibina di taman agar pelawat boleh berjalan dan melihat habitat bakau dan fauna yang unik dalam keselesaan.(Anda nampak tak kat situ macam ayat copy n paste).

Perjalanan dari rumah  (Skudai) saya ke tempat ni mungkin dalam sejam lebih kot (lebih kurang la yer),lau bawak keta laju-laju cepat jer sampai,tapi kalau bawak kereta dengan kadar kelajuan ala-ala siput sedut macam saya memang menagis la nak sampai..(^_^).Ingat lagi pesan mak jangan bawak laju-laju sangat bahaya.Ada satu kata-kata “pandu laju padah menanti “(Kejut perut woo).

Kami sampai sana dalam jam 3 PM,sesampai je disana terus maman dulu sebab dah lapar sangat.Makan tengahari yang dikelilingi laut,memang syok taw.Tempat makan tu dinamakan Tanjung Piai resort dan kawasan disana sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan aktiviti family day atau apa-apa jua aktiviti secara berkumpulan.
Selepas makan kami terus menuju ke Taman Negara Tanjung Piai dan jalan-jalan melawat kawasan yang sangat indah dan terpesona mata memandang.