Alhamdulillah..tak sangka dah
hampir setahun aku disini. Cepat sungguh masa berlalu. Dari Kuala Lumpur
berhijrah ke Johor Bahru. Siapa sangka ini takdir yang ditetapkan Allah. Dulu hampir
sebulan menangis bila terpaksa tinggal sorang-sorang kat sini. Yelah dah biasa
ada family dan kawan kan tup tup kena belajar untuk hidup sendiri. Sungguh
sedih beb. Tapi tak apa, sebab bila dah kerja dan tinggal sini aku dah set mind
untuk terus positif dan be happy dan alhamdulillah Allah permudahkan langkah
dang perjalananku.
Bila fikir balik,alangkah
seronoknya masa kerja diKL, kawan-kawan ramai.Adik beradik ramai kat sana.Dapat
main dan jumpa anak-anak saudara.Oh!indahnya dunia. Hujung minggu jalan-jalan & pusing-pusing Kl, emm best
kan. .Tapi kini dah tak mungkin
berlaku macam dulu.Tapi sebenarnya ada jugak part yang tak best. Yang tak best tu malas nak
cerita. Kita cerita yang happy-happy je ek, baru syok!hehe.
Bila fikir balik setiap yang
terjadi ada hikmahnya. Allah dah tetapkan segalanya, kita harus terima dan
jangan mengeluh. Redha dan terima dengan hati yang terbuka. Masing-masing ada
bahagian masing, so teruskan dengan semangat positif.Ok guys!!
Aku pun tak tahu sampai bila aku
disini dan bagaimana takdir aku selepas ini, cuma aku berdoakan ada sesuatu
yang lebih baik selepas ini.InshaALLAH.