Sunday, August 16

Terima kasih awak!



Terima kasih awak!

Aku ucapkan terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup aku.

Terima kasih sebab sentiasa ada masa susah dan senang.

Bertahun-tahun aku biarkan dia sendiri tanpa pernah bagi ruang untuk mendekati aku.

Aku lari bila dia dekat.

Aku menyampah bila dia luah cinta.

Dia diam bila aku marah.

Tapi aku sedar dia adalah sebahagian hidup aku.

Mungkin doanya sentiasa ada untukku.

Sekuat mana aku lari, dia tidak pernah berhenti mengejar!

Sehingga aku penat.

Aku cakap "awak jomlah kawen"

Dia balas "OK"

Settle

Sekian….

Monday, July 27

Bertukar

Blog ini akan berubah-ubah wajah dalam beberapa hari ni.Harap maklum..kekeke

Wednesday, July 8

Raya 2015 Perpustakaan Raja Zarith Sofiah

Wahhh..kitorang dah raya..hihi.
Kalau tak silap aku ni tahun ke-3 aku beraya sebagai warga UTM. Tiada kata yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana Allah kurniakan rezeki di sini. Harapan agar tahun-tahun selepas ini kita akan terus bahagia dan sentiasa bersyukur.
#syukurSelalu.


Bersama boss dan rakan-rakan di bahagian Automasi


Warga Perpustakaan Raja Zarith Sofiah

Sunday, June 21

Video Technology Production

Salam Ramadhan

Siapa yang berminat nak tahu details pasal video boleh link ke sini-->Blog baru saya

Blog ini di wujudkan untuk memenuhi keperluan subjek dalam kursus pengajian saya. Platform adalam WORDPRESS.

 

Monday, May 11

Alhamdulillah untuk segala nikmat dari-NYA

Pemasyhuran PRZS
Persidangkan Pustakawan UTM
Alhamdulillah, dua tahun dah rupanya aku kat sini..Semoga diberikan kekuatan untuk terus menabur bakti.


-Library is my soul-

Tuesday, March 24

Hati-hati Bila berbicara



Kita mesti ada kawan-kawan lama. kawan sekolah ke kawan kerja ke. kawan lepak? kawan gaduh?
Bila berbelas tahun tak jumpa tiba-tiba jumpa, elakkan bertanya soalan peribadi secara terus seperti:

-Dah kahwin? belum? kenapa? memilih?
@
-Dah kahwin? dah? anak berapa? hah... belum ada anak? kooo merancang kotttttt. Tak yahlah nak rancang-rancang. kenapa? tak usaha ke? tak cuba cara begitu? tak cuba cara begini?
Kenapa? sebab walau soalan itu nampak biasa pada kita, tapi amat menusuk hati kepada kawan-kawan yang mungkin sedang diuji dengan situasi begini. kadang-kadang soalan begini boleh buat mereka fobia nak jumpa kawan-kawan lama.

Bila dah jumpa, silaturahim terjalin semula, soalan-soalan yang tidak kita luahkan tu akan terjawab dengan sendirinya tanpa perlu mengguris hati. Mungkin kawan-kawan akan bercerita tanpa perlu kita bertanya. Betul tak?
Sumber : FB Hanni Ramsul