Saturday, January 17

Sekadar memahami maksud tersirat....

Assalamualaikum..

Saya ada terbaca satu akbar ruangan luahan..penulis nie ada memetik kata-kata dari motivator terkenal dr hm tuah iskandar..kata-kata ini amat mendalam bagi saya dan ia cukup bermakna…



Wahai hati yang sedang merindui,apabila kita mencintai seseorang sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai,apabila kita telah menyayangi seseorang seseorang sesungguhnya kita telah pun membenarkan diri untuk dibenci…apabila kita terlalu merindui seseorang kita telah pun bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa namum itulah hakikat hidup,pengajaran yang perlu dilalui bila kasih tak berbalas…ada masanya kita tak perlu lagi menoleh ke belakang andainya sejarah silam hanya melukakan hati namun ada ketikanya kita perlu mengingati biar pun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui…

Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu depan mata,ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang xmungkin kita miliki,kerana selaluinya hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadang kala tak disangka..

Kadangkala apa yang kita inginkan tak akan sama dengan apa yang kita harapkan,adakalanya apa yang kita harapkan tak akan sama dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi,harapan hanyalah kemahuan yang cube kita gapai,sedangkan segala-galanya belum tentu untuk dijadikan realiti…

Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan…bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup,member kita kekuatan dan makna sesebuah perhubungan….



Tangan menari
17 dec 08/wed

No comments: