Untuk sahabat sekalian..........

Ku persembahkan kepada semua sahabatku yang telah banyak mengajarkan erti kehidupan.Dalam dunia ini,kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.Tetapi dalam kita bersendiri,kita beruntung kerana memiliki seorang sahabat yang memahami kita

Sesungguhnya hampir separuh daripada kejayaan yang kita miliki adalah hasil perit jerih perjuangan sejak awal perkenalan.Walau sebanyak mana dan sedikit mana pun jasa ,aku tatap mengenangnya lantaran telah sekian lama bersama merasai susah senang kehidupan.

Ingatlah bahawa persahabatan itu walau sedingin mana sekali pun,ia bukanlah mudah untuk menerima permusuhan kerana jalan perjalinan telah mengorbankan wang ringgit,pengalaman dan pengetahuan malahan segala-galanya.

Sebagai mana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, maka begitu jua ia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Kita Cuma mengambil kita tentang harapan dan perasaan kita.

Suka duka adalah lumrah persahabatan.Tidaklah kita merasakan hidup ini begitu indah melainkan setelah kita menemuikan dan membezakan nilai kebahagian setelah benar-benar merasai dalam keperitan

0 comments:

@kuepelita's blog. Powered by Blogger.