nah xreti2 nak bayar!!!PTPTN

Kehadapan tuan2 puan yang xtau camne nk bayar PTPTN...sile tgk la yer


PANDUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MELALUI e-FES


1. Apakah e-FES


e-FES adalah kemudahan semakan penyata kira-kira akaun pinjaman pendidikan dan pembayaran secara online (internet) dengan melaksanakan pembayaran terus dari akaun peminjam di bank-bank yang terlibat dengan FPX ke akaun peminjam di PTPTN. Kemaskini penyata akan dibuat secara terus.



2. Bank yang menyediakan perkhidmatan e-FES


Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Hong Leong Bank
CIMB Bank (dahulu dikenali Bumiputera-Commerce Bank Berhad (BCBB)
Public Bank Berhad
Maybank


3. Bagaimana saya boleh mendapat faedah dari perkhidmatan e-FES ini?
    a. Lebih banyak bank bagi bayaran dalam talian.
    b. Membuat bayaran balik pinjaman pada masa nyata (real time).
    c. Memudahkan kerana anda boleh membuat pembayaran melalui Internet.
    d. Masa urusniaga yang tidak terbatas kepada waktu pejabat.
    e. Selamat; e-FES menggunakan pengesahan dan pensijilan bagi menjamin urus
    niaga adalah terjamin.
    f. Kecekapan operasi; e-FES menambah kecekapan melalui automasi.

4. Adakah caj dikenakan untuk bayaran-bayaran melalui e-FES?


Caj sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi akan dikenakan kepada peminjam
PTPTN jika melakukan bayaran balik pinjaman melalui e-FES.(nie yang gue mls nie..nk cas2 lagik..leceh la beb)


5. Apakah waktu operasi untuk e-FES?
Perkhidmatan e-FES bermula daripada 7:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am. Bagaimanapun, perkhidmatan e-FES juga bergantung kepada perkhidmatan perbankan internet bank-bank berkenaan.


6. Keperluan Pembayar
Pembayar harus mempunyai keperluan seperti berikut :
Akaun simpanan atau semasa dari mana-mana bank yang menawarkan
perkhidmatan FPX.FPX nie mcm online bank transfer la..
Mendaftar untuk perkhidmatan perbankan internet dari mana-mana bank
yang menyertai FPX.



nah bayar sekarang!!!http://epay.ptptn.gov.my/loan/ptptnlogin.jsp

2 comments:

Noreen Natasha said...

dah bayar ke belum cik kue pelita oi..hehe

kuepelita said...

mestila belum lg cik nona..heeheheeeheeee

@kuepelita's blog. Powered by Blogger.