Assalamualaikum n Salam ramadhan dari cik kue..
Alhamdulillah..Syukur pada YANG MAHA ESA kita dah 2 hari berpuasa..
Saya juga amat bersyukur sebab sempat bersahur bersama ayahanda dan bonda serta family TERSAYANG dikampung..Peluang bercuti 5hari dikampung adalah sesuatu yang sangat bermakna buat saya..Setahun beberapa kali je berpeluang balik..TUntutan masa kadang2 tak mengizinkan utk saya selalu pulang..
Kisah bercuti dikampung adalah sesuatu yang memang besh!!!
Tapi dalam dalam syok2 bercuti kita digemparkan dengan dua berita yang sangat mengejutkan orang ramai
pertama :Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz Meninggal Dunia
kedua :Hero Harimau Malaya (Khairul Fahmi) Putus Tunang
Tapi saya tak berminat pun nak menyentuh hal peribadi orang.Prinsip saya sangat mudah,biarlah segalanya menjadi urusan mereka dengan yang MAHA PENCIPTA..Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya..ALFATIHAH saya sedekah kepada Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz dan semoga ROHnya dicucuri rahmat .., Al-Fatihah.
Yang kes khairulFahmi & ELia putus tunang,ia adalah sesuatu yang sangat tak dijangka.Biasalah manusia hanya mampu merancang dan kepada ALLah jua kita serahkan segalanya.
Sejujurnya saya selalu mengikuti perkembangan blog Elia (tunang khairulFAhmi) @http://jejariruncing.blogspot.com dan bagi saya Elia memang jujur dalam perhubungannya..Dan saya doakan semoga segala kerumitan hubungan mereka dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik dan berhemah..OK!!
Saya ada terbaca satu surat diruangan BIMBINGAN di kauselingRemaja di HArianMetro.Ia adalah seprti dibawah:
SAYA gadis berusia 23 tahun dan bekerja di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Saya pernah melalui zaman keindahan di alam percintaan, tetapi tidak berkekalan.
Entah kenapa saya rasa kecewa dengan percintaan. Ramai kawan-kawan menganggap saya mempunyai pakej yang cukup untuk mengejar cinta.
Tetapi pada saya itu semua hanya ‘bonus’ yang Allah anugerahkan.
Saya berasa takut untuk jatuh cinta kerana sering dikecewa dan dipermainkan.
itu adalah antara luahan yang diutarakan oleh seorang gadis yang benar2 keliru mengenai perasaannya.So kite same2 lihat jawapan dari Prof.Marya Datin Sapora Sipon.
JAWAPAN:
DR memahami perasaan takut adik untuk jatuh cinta lagi. Adik dilukai dan sering rasa kecewa serta dipermainkan cinta yang terselit pendustaan.
Ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan. Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Apa yang harus dibenci serta dihindari adalah kepalsuan cinta. Itu adalah jawapan kepada adik sama ada hilang perasaan cinta untuk selamanya.
Adik boleh membina semula semangat dalam percintaan supaya diri dan perasaan tidak terpenjara serta terasing. Cerita sedih cinta adik adalah kenangan masa lalu. Kini adik perlu mencari satu dimensi kehidupan baru. Membezakan antara masa sekarang dan masa lalu amat penting.
Keadaan itu dapat memberi adik peluang dan ruang untuk bergerak ke hadapan, tidak hidup dalam dunia semalam.
Orang yang bijaksana tidak sesekali duduk merapati kegagalannya, tetapi dengan lapang hati mencari jalan untuk memulihkan kembali kerugian dialami.
Maafkan individu yang pernah menghancurkan hati adik. Ia boleh membuatkan adik bangkit semula daripada kekecewaan. Mulakan kehidupan dengan harapan dan usaha adik bertemu lelaki berhati mulia.
Belajar untuk membuka diri dan runtuhkan dinding ketakutan bercinta. Perasaan takut disebabkan adik membina dinding untuk jatuh cinta lagi.
Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka hanya membangunkan dinding bukannya jambatan kasih sayang. Bercinta adalah satu risiko. Ambil risiko dan jangan takut untuk jatuh cinta lagi. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai. Itu adalah keistimewaan kehidupan.
Apabila adik membina hubungan emosi dengan seseorang, berterusan membuka hati dan berkongsi pendapat serta perasaan.
Lebih baik jika adik dan siapa pun insan bertuah itu dapat berkongsi cerita berkaitan matlamat, nilai diri serta keutamaan dalam kehidupan. Cuba elakkan persengketaan.
Bina kepercayaan kerana antara syarat utama dalam setiap perhubungan yang berjaya. Peluang untuk ditipu sememangnya ada, tetapi ia berkurangan jika adik mempercayai dan menghargai diri sendiri. Ini bermakna adik mempercayai diri untuk membuat penghakiman terbaik.
Bersifat jujur dan optimistik dalam perhubungan. Dr percaya, dengan pakej adik selain daripada ‘bonus’, ia banyak membantu dalam mencari jejaka ikhlas dalam perhubungan.
Bentuk keyakinan diri. Ketakutan adik untuk ditolak dan keperluan diterima timbul kerana adik kekurangan keyakinan dan merasa rendah diri.
Percayalah bahawa adik adalah insan yang bernilai dan berhak untuk menyayangi serta disayangi.
Gantikan ungkapan dan pemikiran negatif dengan kenyataan positif diri. Bina imej mental diri sebagai seorang yang berkeyakinan, bersifat asertif dan berdikari. Penting juga untuk bertingkah laku atas keyakinan diri ini.
Dr melihat kekuatan diri adik apabila tidak melakukan sesuatu yang di luar kewarasan dan membuat keputusan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di IPTA. Imam Ghazali menjelaskan ‘menuntut ilmu adalah takwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulangi-ulang ilmu adalah zikir dan mencari ilmu adalah jihad.’
Seterusnya, adik ingin mengetahui sama ada perasaan cinta itu datang apabila adik sudah menemui cinta sebenar. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Apabila percintaan adik tidak berkekalan, mungkin Tuhan menginginkan adik bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Adik harus mengerti dan berterima kasih atas kurniaan itu.
Itu adalah jawapan bagi segala kegusaran dihati gadis tersebut.Dan apa yang paling menarik didalam jawapan Dr adalah kata-katanya mengenai Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci?
Ya benar sekali kata Dr..Cinta adalah kurniaan Ilahi dan kita tak seharus membencinya dan kita sepatutnya menghindari serta menjauhi DARI kepalsuan cinta. Bagi saya kata-kata dan nasihat Dr sangat bernas sekali dan patut kita contohi bersama.
No comments:
Post a Comment