Bersyukurlah kamu..

Assalamualaikum Malaysia ..

Pagi tadi masa duk menungu bus nak datang office tetiba ade sorang mak cik ni tegur saya.
-
-
-
-

"Dik nak kemana?"..Tanya Mak cik

"saya nak ke Taman Tun makcik.Office kat sana".Jawab saya

"Oowh,mak cik nak ke seksyen 16 tapi tunggu bus bukan main lama lagi kan.ermm".Keluh Mak cik kagi.

"Tula pasal,bus nie pon kadang-kadang tak tentu gak datang bila tapi terpaksa la tunggu jgak." Aku pun mengeluh jugak.

So,kami menunggu hampir setengah jam jugak bus tu dan sambil makcik bercerita.
Mak cik dung dang dung dang duk bercerita kisah hidup dia.Hidup kat KL yang hanya bergaji RM400.Terkejut jugak saya dengar.Dengan gaji hanya RM400 mane cukup kan nak menampung hidup kat Kotaraya besar camni..Uhuk.. Tapi itulah realiti yang terpaksa mak cik hadapi.

Sedih jugak mendengar cerita Mak cik tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggungnya.Dengan RM400 die menyara keluarga dia.Gaji dah RM400 tambang bus RM50.Balance dah tinggal berapa.Cuba sedara sedari bayangkan.

Bila mendengar cerita yang sedemikian saya rasa bersyukur sangat.Sebab saya ada kerja dan gaji yang cukup untuk menampung kehidupan saya di sini (KL).

So,saya menasihati diri saya sendiri agar selalu bersyukur dengan kelebihan yang dikurniakan Allah.Dulu kadang-kadang saya mengeluh jugak sebab gaji tak sehebat orang lain,tapi kini saya sedar ada lagi insan yang bergaji murah dari saya.Jika nak dibandingkan dia lebih perit melalui liku-liku hidup ini.

Dulu asyik nak cuba kerja lain agar dapat gaji yang lebih besar dan sekarang saya sedar Allah mahukan saya jadi orang yang lebih bersyukur.


Bersyukur pada apa yang kamu ada Norhafisah Zakaria........
Allah menjanjikan yang terbaik untuk kamu JIKA kamu lebih bersyukur..

0 comments:

@kuepelita's blog. Powered by Blogger.