Tuesday, January 10

Assalamualaikum..

Agak lama jugak tak baca novel nie,Mungkin masa tak mengizinkan saya untuk terus menghayati novel-novel.Rasanya saya bukan hantu novel sangat kot,Tapi masa muda remaja dulu agak sempat la menjadi hantu novel hinggakan sanggup habiskan novel sampai kol 5 pagi.

 So ikuti novel  nie

Sinopsis:

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-699-3
Halaman: ~480
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 15 Jul 2011


Review:

So,saya baru je habiskan sebuah novel setia hujung nyawa karya Fatin Nabila.Penulisannya agak santai dan mudah difahami so saya bagi 3* boleh..heheheh
Sememangnya dikalangan masyarakat kita sendiri terlalu ramai yang kahwin kerana terpaksa kan,so begitula jua dalam novel nie, zain dan lina berkahwin tanpa rela namun ia akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta.
Pengakhirannya biasa-biasa je so boleh la kita layan kan.So lau nak tau apa kesudahannya sila la baca yep..



ok..pesanan khidmat masyarakat

MEMBACA JAMBATAN ILMU

2 comments:

Emy Tak Kecik said...

kalo terpaksa kawen, baik x payah kawen...

kalo akak terpaksa tetap akak ON...hahhaha....

p/s:link kite balik ok...ada entry baru

kuepelita said...

haha..lau sya pun ON gak..cinta lepas kawen lg INDAH kot