Thursday, March 15

Kala dugaan itu datang, apakah kita cukup bersedia?



Mungkin kita sering terfikir..Apa kesudahanya hidup kita nanti?Saya pun tiada jawapan untuk soalan itu.Namun sebagai HambaNYA hanya DOA yang mampu kita tadahkan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Benar ungkapan Hidup ini bagaikan roda. Sekarang berada di atas dan akan sampai masa berada di bawah. Kerana kehidupan ini satu perjalanan yang singkat, untuk menuju satu alam kehidupan yang lebih panjang dan tiada pengakhiran. Sekarang didunia, akan sampai masa berada di akhirat. Dalam masa yang singkat didunia ini, kita dapat melihat keadilan demi keadilan yang Allah tunjukkan.

Hidup perlukan kesabaran yang tinggi.Saya mungkin sama dengan manusia yang lain mengeluh mengenang sesuatu yang belum dapat kita memiliki.

Bilamana sesuatu benda yang kita hajati tidak kesampaian maka mulalah hati ini merintih.

Saya perlukan jawapan untuk beberapa persoalan,lalu Allah takdirkan saya berjumpa dengan sebuah buku BILA ALLAH MENDUGA KITA..YA!!!Banyak persoalan saya terjawab dalam buku ini.

Buku ini hanya mengandungi tiga  bab sahaja, iaitu  ‘Berprasangka Baiklah Pada Tuhanmu’, ‘Iman Terhadap Takdir’ dan ‘Agar Anda Selalu Menang dan Bahagia’. Di dalam setiap bab ada subbahagian yang merupakan tajuk-tajuk kecil yang saling berturutan dan berkaitan, menyoroti setiap topik dengan santun dan tidak gopoh-gapah, dibumbui pelbagai kisah dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah apa yang kita sering hadapi pada masa kini. Di sinilah kesederhanaan itu bagi saya bertukar menjadi istimewa, kerana selitan kisah semasa membawa kedekatan masalah kepada kita, dan tidak meninggalkan kita terawang-awang mengenai peristiwa ratusan tahun lampau semata-mata. Dengan jelas, aplikasi ilmu sudah dinampakkan kepada kita secara bersahaja.

Hati saya cukup tersentuh dengan salah satu kisah dalam buku ini dimana seorang pak cik yang hanya bekerja sebagai tukang sapu  dan bekerja seawal 2.30 pagi lagi.

Dalam hati saya berdetik,awalnya pakcik itu bekerja.Saya mengutuk diri saya sendiri sebab saya sering mengeluh datang kerja awal balik lewat lepas itu tempat kerja jauh..Saya memang tidak bersyukur dengan kurniaan Allah..Astafirullahazim.. kesalnya saya..

Berbalik pada kisah pakcik tadi...

Jika sewal pagi lagi pakcik itu bekerja dan cuba kita fikir balik pukul berapa lagi pak cik terpaksa bangun untuk keluar bekerja?

"Pakcik tidur selepas isyak,sekitar jam 09.00 malam," Pakcik itu memulakan cerita.

"Kemudian bangun semula seawal jam 01.00 pagi dan pakcik sempat qiamullail,setelah itu baru pakcik bersiap untuk menyapu jalan.Sebelum itu jika ada makanan di rumah,pakcik akan makan dulu dan kalau tiada makanan pakcik akan bersarapan teh panas sahaja.Selesai menyapu dan ke tempat pembuangan sampah,jam 04.00 pagi .Alhamdulillah,masih sempat solat subuh berjemaah di masjid.Selesai solat pakcik akan membantu isteri pakcik membuat adunan tepung goreng dan sebelah petang pakcik akan membantu isteri menjual di sekolah.Alhamdulillah pakcik masih sihat dan tidak pernah sakit walaupun pekerjaan pakcik mengangkut sampah.Mungkin kerana sering cergas dan bergerak menyapu setiap hari."


Kisah pakcik merupakan satu pengajaran untuk kita semua,adakah kita dapati pakcik itu mengeluh dengan keadaannya?Cuba perhatikan baik-baik berapa kali dia mengucupkan alhamdulillah,walaupun keadaannya begitu susah namun dia masih lagi bersyukur.


Saya berpesan pada diri saya sendiri dan pembaca sekalian agar kita dapat menjauhi sifat mengeluh,mungkin sukar untuk kita menjauhi sifat mengeluh namun kita boleh cuba mulai sekarang.InshaALLAH..

Saya petik sedikit kata-kata dalam buku ini....

Kala dugaan itu datang, apakah kita cukup bersedia?- Tuan Syed Alwi Alatas

Allah telah mentakdirkannya,dan apa yang dikendakinya pasti terjadi- Tuan Syed Alwi Alatas



Nota: Semoga perkongsian penulisan ini dapat dikongsi bersama..inshaALLAH..

No comments: