Siti Munirah Punya Cerita (^__^)

Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk semua pembaca...

Harap semua sihat hendaknya..Alhamdulillah..saya pun sihat

Sebelum jari-jari saya menari dengan lebih laju lagi apa kata kita senyum dulu ekk..



Ok..Dah senyum semua..

So,alkisahnya minggu lepas saya dan gengs Cik Kiah yang terdiri daripada yewa,yeni,yezi dan yepi telah ke rumah Siti kerana beliau akan bertunang...Siti ni kawan kami semasa di UiTM,Machang lagi hingga sekarang still berhubung lagi.Kiranya kami ni gengs kamceng gak la..ehehheeh..

Saya dengan beliau pula satu bilik masa buat Diploma dulu.3 Tahun juga lah kami belajar bersama.
Saya masih ingat lagi satu kisah lawak tentang beliau,kalau cakap fon sampai tertidur-tidur hingga kan fon tu boleh terjatuh dari atas sebab katil beliau kat atas saya kat bawah,almaklumlah katil bertingkat-tingkat kan..Pernah sekali saya dengar si pemanggil duk Helo-Helo tapi dia dah ZZZZzzzzzz tanpa sedar,aduyai siti..siti..

Berbalik tentang majlis beliau tadi...

So seperti apa yang telah dirancang maka bergerak la kami menuju ke rumahnya di Seksyen 27,Shah Alam.
Kami hanya merancang Allah jua yang menentukan,hujan turun dengan begitu lebat sekali dan perjalanan kami amat sukar la jugak.

Lebih-lebih lagi menaiki kenderaan yang saya rompak seperti ini.

 

Hujan begitu lebat hingga menyukarkan perjalanan tapi dengan izin Allah kami selamat sampai ke rumah CT walaupun tersesat di Bumi Shah Alam.


Alhamdulillah semua telah berlangsung dengan selamat dan siti pun telah selamat menjadi tunangan orang.

Wah,semakin ramai yer teman gue menjadi tunangan orang.Alhamdulillah...











Nota:Tahniah kepada semua kawan-kawan yang telah bertunang mahupun berkahwin.
Ku doakan kalian bahagia dunia akhirat...(^__^)

2 comments:

Lu'Lu said...

siti tu tak jadi yeti ke? kau pulak, yesah..hahaha..geng yeya boboi la ni,..

Norhafisah Hj Zakaria@NZ said...

sy yesah lah...haahahah..sy peminat tegar yaya..omel sgt..

@kuepelita's blog. Powered by Blogger.