Thursday, July 12

Say Alhamdulillah



Assalamualaikum...

Berapa kali  kita mengeluh dalam sehari?

1? 10? 100? atau STAT ERROR? Gaji lambat masuk mengeluh. Tunggu lif tak sampai sampai mengeluh. Tempat kerja jauh mengeluh. Kahwin lambat mengeluh. Kadang kadang tu mengeluh tu dah macam sebati dalam hidup kita. 

Pernah tak selama kita bekerja ini suara hati kita mengeluh mengenangkan bebanan yang terpikul atau mungkin mengeluh gaji yang diberikan tidak setimpal dengan kerja yang di lakukan.

Saya juga tidak terkecuali sebenarnya dan baru-baru ini saya ke Johor atas urusan kerja lalu semasa lunch hour kami singgah untuk makan di sebuah restoran di bandar JB,semasa meminta pesanan untuk makan,mata saya terpandang seorang wanita menyapu di restoran itu sambil mengendong anaknya yang masih kecil.Dia mungkin pekerja di restoran itu.

Sayu hati ini melihat betapa hebatnya seorang ibu bekerja semata-mata untuk menyara seorang anak biarpun terpaksa membawa anak itu ke tempat kerja,Kita boleh ke lakukan perkara itu jika perkara yang sama terjadi pada diri kita.SUBHANAALLAH.Maha Kuasa ALLAH.

Sesungguhnya wanita itu sungguh tabah tanpa sedikit pun mengeluh.Cuba kita bayangkan seorang wanita sambil menyapu, sambil mengendong anak dibadannya.Bebanan yang dipikul tanpa mengeluh sedikit pun.Demi sesuap nasi wanita itu terpaksa bekerja dengan keadaan sedemikian.Kita biarpun bekerja dalam keaadan selesa malah ada aircond lagi tapi masih lagi mengeluh..Ya ALLAH!!!Semoga kita semua dijauhkan dari sifat mengeluh lagi..

Dan itu kisah di Johor,Selepas balik dari Johor keesokkan hari selepas Isyak saya dan kawan saya terus menaiki bus untuk pulang ke kampung.Hajat dihati untuk melepas kan rindu kepada keluarga tercinta...ecehhh

So,kami selamat sampai biarpun driver bus bawak bus laju tak ingat anak bini..Takut!!

OK..Kita lupakan sekejap tentang pak cik driver itu..So,macam biasalah bila sampai je kat kampung kita,Tak sah kalau saya tidak merempit ke bandar Pasir Mas..Merempit seorang diri je..

So,sebelum itu saya singgah sekejap di Petronas..So,masa masuk dalam Petronas tu saya terpandang seorang pakcik sedang mop lantai dan saya rasa ada dia macam payah je nak mop lantai tu..dan ketika itu juga barulah saya perasan yang dia hanya ada sebelah tangan sahaja!!!

Seorang Pak cik yang kudung tangan kirinya begitu bersungguh-sungguh bekerja tanpa sedikit pun mengeluh dengan kekurangan dirinya.Dia tidak pernah menyesali apa yang terjadi,

Adakah kita betul-betul ‘layak’ untuk mengeluh sedangkan ada lagi orang yang masalah dia lagi besar dari kita, lagi payah dari kita. Apalah sangat kena marah dengan boss jarang-jarang sekali kalau nak dibandingkan dengan pak cik tadi  yang nak menyapu pun seksa sebab tak ada tangan sebelah. Lagi susah.  

Si buta semangat nak mendapatkan ‘cahaya’, kita yang celik terus mengomel nak dapatkan ‘cahaya’. Patut malu dengan diri sendiri.

Ya Allah, maafkanlah aku bila aku sering mengeluh. Maafkan aku yang masih sering lupa akan nikmatmu. Maafkan aku yg begitu dungu dengan segala kemurahan yg KAU tampakkan dalam kehidupan seharianku.

Sama-samalah kita perbaiki kesilapan ini dan semoga kita mengambil iktibar.




No comments: