Fir Man masih
berdiri di situ. Masih mengharapkan aku menerima ajakan untuk keluar makan
esok.
“Jomlah balik. Saya betul-betul penat ni”. Ucapku lembut.
Ok, katanya
terpaksa.
Kami sama-sama
menuju ke keretanya. Sebuah Alza berwarna tomata.
Selalunya kalau
umur masih bawah 30 tahun, jarang kita tengok mereka beli kereta Alza tapi Man
ada Alza, bila di tanya kenapa tak beli kereta orang muda, jawabnya mudah.
Senang kalau ada anak ramai nanti. Senang nak angkut. Hmm betul jugak.
Aku hanya ada
sebuah kereta Myvi. Jantung hidupku. Bagiku dialah segalanya. Lantas aku
namakan dia Bella. Nama panjangnya Bella Swan. Bila kawan-kawan tanya kenapa aku
namakan Bella, aku bagitau yang aku suka watak Bella Swan dalam Twilight, wah suka sangat tengok cerita
tu.
Aku masih ingat
tiga tahun yang lepas, Man ada kereta Perdana berwarna hitam. Bila kami dating dia selalu bawak kereta legend
tu. Seronok! Selalunya dia panggil kereta tu Edward. Siapa tak kenal Edward,
Hero dalam cerita Twilight jugak.
Macam-macam kisah kami dulu. Tapi itu semua dulu. Sekarang dah tak sama. Kereta
itu pun dah hilang. Macam hati aku yang hilang juga. Kena curi
katanya.Hmmm..kesian Edward. Tapi aku lagi kesian kena tinggal dengan tuan dia.
Itu semua dah berlalu. Sekarang aku hanya perlu focus apa ada di depan aku.
Hidup perlu diteruskan.
“Terima kasih sebab
temankan saya”.
“Sama-sama”. Ucapku
“Esok saya jemput
awak lagi. Assalamualaikum”. Katanya selamba
Tapi!Tak sempat aku
menghabiskan kata dia terus berlalu dengan keretanya.
Baru je turun
daripada keretanya, macam peleset dia hilang.Hmmm.
Besok?
Alamak!
Besok
aku dah janji nak keluar dengan Umar Al Farouk.
Macam mana ni. Hati aku mengeluh.
Arghhh..Lantaklah.
Lantas aku terus ke bilik air
membersihkan diri setelah seharian bekerja.
Terus menunaikan solat Isyak. Berdoa untuk
terus diberi kekuatan.
Jam dah menunjuk pukul 12 Malam. Aku
baru nak melelapkan mata, tapi fikiran masih bercelaru.
Mungkin yang datang
itu dugaan buat aku, sejauh mana aku berlari, bayang-bayang itu tetap
mengekoriku. Puas aku meratapi tetapi tiada siapa yang peduli. Soal hati memang
menyusahkan.
Fir Man cinta
pertama aku, bercinta sakan sampailah dia menghilangkan diri daripada hidup
aku. Sekarang datang balik. Ciss!!!Datang meraih cinta.Dia ingat senang setelah
apa yang dah dia buat pada aku selama ini. Aku mungkin dan maafkan dia tetapi
untuk terima dia kembali itu memang tak pernah aku fikirkan. Lagipun aku dah
ada Umar. Ya,Umar, memanglah kami tak pernah bercinta tapi hubungan kami agak
rapat.
Umar baik. Bisik
hatiku.
Samsung Note 1
berbunyi nyaring.
Aku meraba-raba.
Hmmm..dah 6.30 pagi… Lantas
terus ke Bilik air untuk bersiap menunaikan solat Subuh.
Usai menunaikan
solat subuh aku termenung lagi.
Aku dah 26 tahun
hidup. Alhamdulillah. Dikurniakan ibu bapa yang penyayang dan membesarkan aku
dengan baik. Kehilangan Fir Man dalam hidup memang mematangkan aku. Bersyukur
kerana aku masih ada ibu bapa yang masih menyayangi aku. Pekerjaanku sebagai seorang
pustakawan atau Librarian. Librarian ini memanglah tak seglemer engineer
ataupun doctor. Tetapi apa jua pekerjaan, aku tetap bersyukur, bukan senang beb
nak dapat kerja sekarang ni. Orang cakap kerja Librarian cop-cop buku, tapi
hello sedare! sekarang orang dah tak main cop-cop ni. Aku ada jugak
dengar-dengar orang cakap librarian ni skema. Entahlah betul ke tak,aku rasa
aku biasa-biasa je,tak skema pun.
Kita lupakan fasal
pekerjaan aku itu,nampak boringkan. Mungkin!
Tiba-tiba teringat Umar.
Selalunya pagi-pagi begini dia selalu hantar mesej.
Tik tik…Aplikasi
Line aku berbunyi.
Tu mesti Umar.
Cinta Si Minah Signal : Episod 1
Nota: Pekerjaan watak sama dengan penulis, namun cerita ini tiada kena mengena dengan penulis. Harap maklum ye.
2 comments:
Cepat sambung lagi kakak pustakawan..
hahahaa...nt i sambung...tp xtaw bile
Post a Comment