Monday, October 7

Sepetang di Tanjung Piai



Assalamualaikum

Sementara idea datang untuk menulis ni baik saya kongsikan serba sedikit program jalan-jalan hujung minggu saya ni.Sebenarnya ini adalah kali kedua saya ke sini.Saya suka laut so brape kali pergi tempat yang sama pon saya tak kisah.Peace!

Lokasi: Tanjung Piai
Alamat tetap:  Mukim Serkat, Pontian, Johor

Sebelum itu,saya nak ceritalah sedikit sejarah berkenaan dengan tempat ini. Tahukah anda bahawa Tanjung Piai terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia dan oleh itu, ia adalah bahagian yang paling selatan di tanah besar Asia. Ia terletak di Mukim Serkat, kira-kira 90km dari bandar Johor Bahru. Pekan yang terdekat ke Tanjung Piai adalah Pekan Kukup.

Tanjung Piai adalah salah satu habitat paya bakau terbesar di dunia yang luas keseluruhan. Tanjung Piai adalah rumah bagi sekitar 20 jenis spesis tumbuhan bakau. Terdapat juga beberapa haiwan liar sana seperti monyet, ketam bakau dan pelbagai spesies burung. Tanjung Piai mempunyai taman negara iaitu Tanjung Piai Taman Negara Johor yang membolehkan pengunjung untuk melihat habitat tumbuh-tumbuhan bakau. Bayaran masuk untuk Taman Negara adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak dan warga emas.Terdapat platform yang dibina di taman agar pelawat boleh berjalan dan melihat habitat bakau dan fauna yang unik dalam keselesaan.(Anda nampak tak kat situ macam ayat copy n paste).

Perjalanan dari rumah  (Skudai) saya ke tempat ni mungkin dalam sejam lebih kot (lebih kurang la yer),lau bawak keta laju-laju cepat jer sampai,tapi kalau bawak kereta dengan kadar kelajuan ala-ala siput sedut macam saya memang menagis la nak sampai..(^_^).Ingat lagi pesan mak jangan bawak laju-laju sangat bahaya.Ada satu kata-kata “pandu laju padah menanti “(Kejut perut woo).

Kami sampai sana dalam jam 3 PM,sesampai je disana terus maman dulu sebab dah lapar sangat.Makan tengahari yang dikelilingi laut,memang syok taw.Tempat makan tu dinamakan Tanjung Piai resort dan kawasan disana sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan aktiviti family day atau apa-apa jua aktiviti secara berkumpulan.
Selepas makan kami terus menuju ke Taman Negara Tanjung Piai dan jalan-jalan melawat kawasan yang sangat indah dan terpesona mata memandang.










Friday, June 28

Tips untuk bakal Pustakawan

Assalamualaikum…

Saya percaya setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman semasa ditemuduga so saya sendiri ingin berkongsi pengalaman saya ditemuduga sebagai seorang pustakawan.Sebenarnya tahun ini saya bertuah kerana mendapat tiga panggilan temuduga di beberapa buah organisasi swasta dan kerajaan.

Sebenarnya tulisan pengalaman ini bukan untuk membangga diri tapi ia lebih kepada perkongsian maklumat dan saya sedar segala yang ada ini semua hanyalah pinjaman daripada Allah kepada saya.

FTMS kolej,Kuala Lumpur adalah kolej pertama untuk saya mencuba nasib.Kekosongan jawatan ini sebenarnya disebabkan oleh pustakawan asalnya iaitu Fifi yang juga kawan saya telah berjaya menempatkan diri antara pustakawan  UiTM. Soalan yang ditanya kebanyakan tentang perolehan dan pembelian bahan@acqusition.

Sejujurnya pengalaman tentang pembelian bahan memang tidak pernah saya lalui kerana saya bukan dalam bidang ini.Pembelian bahan selalunya di lakukan sendiri oleh pustakawan melalui pelbagai cara.Ada yang direct order melalui pembekal-pembekal buku dan ada juga yang melakukan pembelian sendiri di kedai-kedai buku terpilih,tak lupa juga yang membeli semasa berlangsungnya pesta buku seperti yang selalunya diadakan di PWTC pada setiaap tahun. Saya sendiri memang tak pernah lepaskan peluang berkunjung ke sana setiap tahun.

Berbalik pada cerita tadi,saya gagal dalam temuduga itu.Sebabnya tak cukup ilmu didada.So,nasihat saya bekalkan ilmu sebanyak mungkin dalam diri anda agar senang di kemudian hari.OK

Takpe kita cuba lagi k.Jangan risau rezeki Allah banyak dan Dia yang tentukan.
Selang beberapa lama lepas tu,saya di panggil lagi untuk ditemuduga.Alhamdulillah.
Kali ini lagi dapat pulak dekat kampung halaman UMK.Tempat yang sudah lama diimpikan.Tetapi macam tak dijangka saya,awa,lolin,bye and tengku na dapat interview sama- sama.Kawan baik dapat di temuduga bersama sama tentulah seronok kan.
Soalan yang di tanya tentunya banyak berkisar tentang library .Contohnya tanggungjawab kita sebagai pustakawan dan pengalaman kita sewaktu bekerja dulu.Saya memanglah sangat mengharap dapat sebab kampung halaman kita tapi apakan daya ia masih tidak berpihak pada saya.Panel penemuduga seramai 4 orang kalau tak silap yang di ketuai oleh ketua perpustakaan UMK.Anda patut tahu apa peranan kita sebagai pustakawan dan seeloknya kita patut tahu fungsi setiap bahagian di dalam perpustakaan.Ia sangat penting sebenarnya.

Perjuangan masih diteruskan lagi, kali ini saya berpeluang ditemuduga di Selatan tanah air kita iaitu Johor. Sebenarnya saya agak kelam kabut masa tu sebab masih terikat dengan projek di Brunei.Saya berkejar ke JB dan selang beberapa hari terus ke Brunei.Satu pengalaman yang sangat berharga buat saya.

pengalaman di interview oleh 5 orang panel sangat mendebarkan.Biasanya organisasi yang besar akan ada lebih dari seorang panel.

UTM Library dengar nama pun dah buat saya gementar.Soalan pertama mestilah tentang perkenalan diri.Masing-masing memperkenalkan diri dan kami lima orang juga dipanggil masuk serentak.

Antara soalan-soalannya:
1.     Kenapa pilih UTM Library?
Seterusnya salah seorang panel memegang sebuah buku karya vice chancellor UTM, Dato Seri Zaini Ujang.Buku itu bertajuk JIWA AKADEMIA.
2.     Apakahkah yang anda faham tentang jiwa Akademia-ggggrrullppp...mengelupur saya sebab tak pernah pun baca buku ini.Habislah kali dan saya hanya mampu menjawab apa yang terlintas di fikiran dan selebihnya hanya mampu berserah.

Begitulah pengalamanan saya semasa di temuduga..
Sebenarnya soalan-soalan untuk ditemuduga adalah bergantung pada panel itu sendiri dan saya yakin setiap panel ada soalan soalan mereka yang tersendiri.

Teruskanlah bersedia bila dipanggil untuk ditemuduga.Saya sendiri pun sering gagal bila di temuduga tapi kita jangan terus berputus asa.

Library swasta dan kerajaan banyak bezanya bila di temuduga.Seingat saya pernah diminta untuk membuat esei masa datang temuduga di salah sebuah private library.Apa yang diminta kita sedaya upaya tunaikan. 

Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya hanya Allah yang Maha Menentukan.
Buat sahahat-sahabat sekalian jangan putus asa dan jangan mengeluh.Rezeki Allah sentiasa ada tapi bagaimana,siapa dan bila hanya DIA yang Maha Mengetahui.

Jika kelapangan boleh baca blog baru saya: 

 https://norhafisahzakaria.wordpress.com/





Monday, June 17

Assalamulaikum....

Dalam hidup ini kita tak semestinya dapat apa yang kita impikan.Segalanya Allah dah tentukan.Tapi kita boleh cuba dapatkan dengan usaha dan doa yang berterusan.

Mungkin ada sedikit pengalaman yang ingin saya ceritakan perihal sorang kawan saya. Dia sebaya dengan saya iaitu 26 tahun.Kami sama-sama belajar diploma dan sampai sekarang pun masih lagi berkawan.
Saya ingat lagi selepas habis pengajian peringkat diploma,saya mengambil peluang untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah dan dia juga meneruskan pengajian peringakt ijazah tetapi agak lewat satu semester.Itupun kalau tak silap saya.
Apa yang dia selalu kongsi dengan saya adalah cita-citanya menjadi seorang guru,tetapi apakan daya cita-cita itu sering kali tidak kesampaian.Entahlah dimana silapnya mungkin permohonannya untuk ke UPSI seringkali gagal.

Dia terus juga menyambung pengajian di peringkat ijazah tetapi kos yang berbeza dan apa yang mendukacitakan saya pengajiannya tamat separuh jalan dan dia nekad untuk berhenti lantas pulang ke kampung.Saya sendiri tidak mengetahui sebab diatas tindakan nekadnya itu.
Seterusnya bila saya menamat pengajian ijazah dan dia sudah bekerja dan masih menetap di kampung.
Dan baru-baru ini saya dapat tahu yang dia menyambung balik pengajiannya di USM.Alhamdulillah kawan saya memang seorang yang tak pernah berputus asa.Saya amat gembira mendengarnya.
Mungkin jalan takdirnya tak sama dengan orang lain tapi dia tak pernah menyesali takdir ALLAH.Dimana ada kemahuan di situ ada jalannya.Insha ALLAH.

Dikesempatan ini saya doakan dia terus berusaha untuk menamatkan pengajiannya yang sering kali tertangguh dan saya juga doakan dia berjaya menjadi seorang guru suatu hari nanti.
Segala perangcangan Allah sangat indah untuk ditempuhi dan kita sebagai manusia biasa sering kali diuji dengan pelbagai dugaan.Kehidupan bukanlah semudah yang di sangka dan kawan saya tidak penah jemu untuk menuntut ilmu dan dijangka menamatkan pengajian pada 2016 memandang mode pengajian adalah PJJ.Kita sama-sama doakannya k.

Saya pernah melihat seorang pak cik yang menaiki bas dengan matanya buta dan paling menginsafkan adalah dia tiada sebelah kaki.Bayangkanlah apa yang dia rasa tentu hidup ini sukar untuknya.Kita yang masih ada kaki dan mata tetap megeluh.Allahuakbar,MAHA SUCI ALLAH.Saya melihat pak cik itu bersusah payah menaiki bas,bayangkanlah betapa sedih hati saya.
Segala kesusahan hanya die sahaja yang merasa dan kita hanya mampu memandang.Moga Allah sentiasa merahmatinya dan semoga dia sentiasa kuat untuk meneruskan hidup.


~apa yang kita miliki sekadar pinjaman daripada ALLAH

Sekian

Catatan sekadar pengalaman penulis