Wednesday, June 11

Kisah sebuah perjalanan




Sumber google


Aku sedar perjalanan kita semua tak sama dan masing-masing ada cerita mereka sendiri. Apa pun jua perjalanan hidup, hanya kita yang merasa, orang lain hanya memandang dan mungkin memberi pendapat namun keputusan tetap di tangan kita.

Kadang-kadang perjalanan hidup kita tak seperti yang dirancang, akan ada halangan yang menduga. Tapi siapa kita nak menghalang qada dan qadar Allah. Mungkin akan ada yang merintih, meraung menjerit kesedihan tapi aku percaya perjalanan akan tetap diteruskan seperti biasa.

Ini bukan hanya kisah perjalanan aku tapi mungkin juga kamu.

Kadang-kadang ada yang menyokong tapi awas ada juga yang meruntuhkan semangat kita tapi itu biasa,sebab manusia memang begitu.

Kisah sebuah perjalanan memang akan ada episod derita tapi percayalah penghujungnya mungkin kebahagian menanti. Sabar bukan merintih.Ingat pesan aku.

Kerna takkan ada derita selamanya.


By kuepelita

Wednesday, April 2

Setahun

cantik kan rumah ni
Assalamualaikum...

Alhamdulillah..tak sangka dah hampir setahun aku disini. Cepat sungguh masa berlalu. Dari Kuala Lumpur berhijrah ke Johor Bahru. Siapa sangka ini takdir yang ditetapkan Allah. Dulu hampir sebulan menangis bila terpaksa tinggal sorang-sorang kat sini. Yelah dah biasa ada family dan kawan kan tup tup kena belajar untuk hidup sendiri. Sungguh sedih beb. Tapi tak apa, sebab bila dah kerja dan tinggal sini aku dah set mind untuk terus positif dan be happy dan alhamdulillah Allah permudahkan langkah dang perjalananku. 

Bila fikir balik,alangkah seronoknya masa kerja diKL, kawan-kawan ramai.Adik beradik ramai kat sana.Dapat main dan jumpa anak-anak saudara.Oh!indahnya dunia. Hujung minggu jalan-jalan & pusing-pusing Kl, emm best kan. .Tapi kini dah tak mungkin berlaku macam dulu.Tapi sebenarnya ada jugak part yang tak best. Yang tak best tu malas nak cerita. Kita cerita yang happy-happy je ek, baru syok!hehe.

Bila fikir balik setiap yang terjadi ada hikmahnya. Allah dah tetapkan segalanya, kita harus terima dan jangan mengeluh. Redha dan terima dengan hati yang terbuka. Masing-masing ada bahagian masing, so teruskan dengan semangat positif.Ok guys!!

Aku pun tak tahu sampai bila aku disini dan bagaimana takdir aku selepas ini, cuma aku berdoakan ada sesuatu yang lebih baik selepas ini.InshaALLAH.
Rasa nak berhijrah lagi.hehe

Surat lapor diri, walaupun hilang tapi alhamdulillah rezeki masih ada

Monday, March 31

Doaku..

Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim Bismillah

Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah

Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah

Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah

Bismillah, Bismillah, Bismillah



Yaa Robbiy sudilah pandang kami

Terangi jalan gelap ini

Jangan biarkan aku terus sendiri

Mencari mendaki dan berduri



Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy

Hadirlah dalam kehidupan kematian kami

Coba dan uji kan kulalui

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rokhim 

Friday, December 20

Cinta Si Minah Signal : Episod 1


 Cinta Si Minah Signal -Intro

"Saya dah lama maafkan awak,tolong jangan ganggu saya lagi."

Aku terus merayu dan dia seperti biasa tidak pernah mengendahkan perasaan aku.Kenapa bila aku dah jumpa kebahagian sendiri baru dia nak datang kembali dan cakap dia masih sayangkan aku.Kemana dia selama ini saat aku perlukan dia.

"Awak jangan tipu diri sendiri,awak masih sayangkan saya dan perasaan itu awak sendiri tak mampu nak kikis kan." Dia masih berusaha memujuk aku.

Aku merenung matanya.

"Awak benci saya tapi hati awak tak,sebab hati kita berkongsi satu perasaan yang sama".Bisiknya ditelingaku.

"Please,give me last change." Suaranya kembali merintih.

Kalau aku bagi dia peluang,mana aku nak letak si Umar Al Farouk tu.Nama kemain lagi ye umar. Hah,mana aku nak letak, kalau boleh simpan letak dalam poket dah lama aku buat.Huh.Benci aku dengan rayuan mamat janggut kambing ni.Dulu tak plak nak simpan janggut tu, sekarang tiba-tiba nampak macam alim. Macam jela tapi tapi alim ke idak aku tak tahu.Alah tadi dia cuba gak nak pegang tangan aku,fuh nasib baik sempat mengelak. Masih kuat lagi iman aku ni.

Penatlah nak fikir masalah ini. Rasa macam terbeban sangat.

"Saya nak balik,esok kerja." Ucapku perlahan.

"Ok,esok kita jumpa lagi ek,awak kena temankan saya makan boleh." Rayunya lagi.

"Tengoklah macam mana,susah nak cakap dengan orang yang keras hati ni,saya dah ada someone lah.Esok ada date dengan dia." Ujarku memang sengaja.



"Saya tak suka awak keluar dengan dia, awak hak saya.Tegasnya.

"Banyak cantik,sejak bila saya ni hak awak ha?

"Saya nampak ada cop nama saya dalam hati awak." Selamba badak dia bercakap.

"Amboi,mata awak pakai mata cap apa? Sampai boleh nampak camtu sekali."

Aku tak mampu nak tahan gelak.Dia boleh nampak ada cop nama dia.Dia memang lawak,tapi sometimes la. Nama pun dah lawak. 

Fir Man

Tapi aku hairan kenapa nama dia ada jarak antara Fir dengan Man.Nanti nak tanyalah sejarah nama dia tu.Hahahahaha..Dulu aku ingat ejaan nama dia sambung tapi rupanya tak.

Fir Man...Fir Man..

Nota: Teringin sangat nak menulis, hahaa..so amacam? teruk tak cerita saya ni. Comment la sikit u olss..Kalau ok saya nak proceed next episod, kalau TAK OK pon saya nak proceed gak..muahahahaaa.Layannnnzzz

Sambungan : Episod 2

Thursday, November 14

Sukan staff antara universiti Malaysia 2013

Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita sikit pengalaman mengikuti SUKOM 2013 yang berlangsung di UKM 2-10 November lepas.Yang pasti ada suka dan duka sepanjang sukan ni berlangsung.
Tak dapat dinafikan dapat ramai kawan-kawan baru.Seronok berkongsi pengalaman dengan mereka.Tapi yang sedihnya kami kalah,oppss!

Sebenarnya saya wakil futsal UTM.Pandai ke main?Entahlah pandai ke tak.
Sepanjang di sana kami menginap di Kolej Keris Mas UKM.Sempatlah rasa suasana belajar sebab kami duk kolej student.Not bad lah kan.

Sebenarnya tak rancang pun masuk futsal ni tapi niat nak try kan,so layankan aje.Ini aktiviti sukan yang pertama saya sertai semenjak masuk UTM.

Balik je dari UKM pada hari Jumaat then hari sabtu saya kena kerja sebab dah memang dalam jadual nama saya.

Kerja di Desk PSP@Perunding sokongan penyelidikan.Ini adalah tugasan pertama saya semenjak kerja di sini.Untuk makluman setiap pustakawan wajib Di PSP mengikut jadual giliran.Kerjanya menjawab segala pertanyaan pengguna terutama pelajar-pelajar.Saya memanglah nervous sebab first time beb!!!Next entry saya story pengalaman saya k.




Wednesday, November 13

"Jodoh itu rahsia Allah"


Berkali-kali aku memujuk hati "Jodoh itu rahsia Allah."
Tetapi frasa itu seakan-akan tidak diendahkan oleh segelintir manusia.Terus bertanya tanpa rasa bersalah.

Sabarlah kalian yang senasib denganku.
Duka bukan untuk selamanya
Akan ada bahagia untuk kita

Lain orang lain masalah kan.
Ya,kita memang akan sering diduga
Sabarlah.



Saturday, October 19

Futsal antara jabatan

Assalamualaikum...
Alkisahnya telah berlangsung satu kejohanan sukan antara jabatan, daku sengaja melibatkan diri dalam futsal antara jabatan.Saje main untuk suka suka.O(∩_∩)O
Futsal ni berlangsung dalam masa dua hari.Yang paling best kami PSZ dapat pingat gangsa.kikikii
Seronok gak dapat main main ni.Hilang tension n hilang boring saya.

Takda training apa apa terus je main,memang kaki rasa sakit lepas main futsal ni.Nak jalan pun rasa lenguh lenguh,rasakan.

Padan muka hang!
Tapi tak kisah la sakit ke janji,janji daku happy.
Muahahhhaa