Friday, May 6

and a new life begins…

Assalamualaikum

Semua masih terlalu baru untuk kami...

Kehidupan baru sebagai suami isteri baru sahaja bermula. Seperti pasangan lain, kami mengharapkan hubungan ini kekal sampai Jannah, Insha Allah.
5 tahun yang lalu kami bermula sebagai kawan biasa, saya pun tak sedar sebenarnya kami berkawan agak lama juga tapi tulah jodoh tiada siapa menjangka. 

Semuanya milik Allah.

Bersyukur sangat dikurniakan seorang suami yang sangat sabar. 5 tahun bersabar dengan kerenah saya. Pada mulanya saya menjangka dia bukan jodoh saya tapi siapa kita nak menolak takdir dari Allah. Syukur Alhamdulillah Allah bukak hati saya. Kalau ketika itu saya menolak pasti saya akan menyesal pada ketika ini. Love you husband. Indahnya bercinta selepas nikah. Ya, itu yang saya rasa. 

Sejujurkan kami adalah dari sekolah menengah yang sama, cuma berlainan kelas. Saya kerap jugaklah ke kelas dia sebab ramai kawan-kawan kat kelas tu, cuma tak pernah bertegur sapa dengan suami,just pandang-pandang je.

Husband pulak cakap dia selalu pandang saya (entah betul ke tak....hihi). Dia perasan yang saya selalu lipat lengan baju. (Memang pun, saya suka lipat lengan baju, baru nampak ganas..hahaha).

Tak sangka dia ingat cara saya berpakaian. Dia ingat saya naik skuter. 

Itu kisah dulu...

2011

Kami ditakdirkan jumpa balik sebab kawan baik saya ajak dia keluar lepak-lepak sama.

Saya pun tak sangka dia join sekali, so masa jumpa tu, kami berdua diam je,almaklumlah tak pernah cakap (saya ni kan pemalu orangnya..hihi).

Sampai situ je kisah kami jumpa, tak ada apa yang jadi sampailah akhir-akhir semester degree saya, dia add saya di FB. Maka dengan itu bermulalah kami sebagai kawan. Kawan je tak bercinta pun.   

Walaupun kami berkawan tapi macam-macam dugaan jugaklah yang datang, semua tu pun berpunca dari saya..huhu 

Yang saya ingat lepas je kami jumpa ramai-ramai tu, suami ajak dating berdua je, tapi saya bagi syarat, kalau nak jumpa saya datang rumah sewa saya tolong repair lampu yang rosak dulu, lepas tu baru kita kuar dating....hihi...dia datang, itu la 1st dating kami. datang repair lampu dulu baru kami keluar tengok movie...comel tak kami..kiki 

Walaupun dah lama berkawan, kami mula serius tahun lepas (2015). 

Apa yang membuatkan saya serius? 

Kisahnya bermula apabila saya menyedari hidup saya rasa kosong...walaupun hari-hari sibuk dengan tugas harian, tapi rasa ada something yang tak lengkap. Memang si dia selalu message and call tapi jarang sangat saya reply dah jawab call. Entah kenapa dengan diri saya ni.Pelik kan.

Ada suatu ketika tu, saya rasa apa lagi yang saya nak? Allah dah bagi segala-galanya, keluarga yang baik....kawan-kawan sekeliling yang baik, pekerjaan yang bagus (masa itu saya dah dapat dapat jawatan tetap)...dan yang paling penting...ada seseorang menanti saya dalam tempoh yang agak lama. Dia selalu bersabar dengan saya, layan saya baik-baik, tak pernah sekali pun dia marah saya...yang selalu saya dengar hanyalah ucapan maaf walaupun kesalahan tu datang dari saya.  

Ya, Allah...apa lagi yang saya mahu.
Adakah saya manusia yang tidak tahu bersyukur....air mata mengalir laju tanpa saya sedari.
Berdosanya saya pada si dia yang telah lama bersabar dengan saya.

Allah berikan saya peluang untuk memperbaiki segalanya.

2016 - 8 Februari

Alhamdulillah kami sah sebagai suami isteri. Syukur padaMU YA ALLAH
Malam selepas akad nikah, saya salami tangan suami....saya minta ampun dan maaf atas segala kesalahan yang saya lakukan pada dia selama ini. Sebelum kahwin,memang saya pasang niat nak mintak ampun dan maaf pada suami. 

Terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai isteri. Matanya sayu melihat saya. Kami berpandangan menahan sebak.


"Alhamdulillah, Allah makbulkan doa abg untuk jadikan syg isteri abg yang sah...lama abg tunggu saat ni...akhirnya segalanya terbalas"...ucapnya lembut sambil mengucup lembut dahi saya.

Sejauh mana kita berlari, percayalah jodoh itu sentiasa dekat menghampiri kita....   

DAN sekarang, saya takkan berlari lagi...saya akan sentiasa ada disisi suami yang saya kasihi...selamanya...hingga akhir hayat saya   

Kepada sahabat-sahabat yang masih mencari si pemilik cinta hati, saya doakan agar Allah permudahkan urusan kalian...Insha Allah 

Kesempurnaan yang sebenar adalah apabila dua pasangan yang ditakdirkan bersama melengkapi satu sama lain.

Gambar ni masa kami mula-mula dating dulu...5 tahun yang lepas...comel sangat husband ni..hihi

Ikhlas,

Wife #manisleting
 
6.5.2016

 

Thursday, February 25

Alhamdulillah... i'm married! Terima kasih Husband!

    


Some love stories never end... They transcend time and last longer than just a lifetime!



Assalamualaikum and Hi all, 

Baru berkesempatan upload gambar kahwin kat blog ni, macam mimpi dah kawen..hehehe..Alhamdulillah praise to Allah, everything berjalan dengan lancar..Syukur Ya Allah.

Untuk majlis kahwin ni, niat kami, we want to keep it as simple as we can and Alhamdulillah Allah permudahkan. Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan ayah mentua kerana bersusah payah untuk kami, tak lupa juga kepada adik beradik (abe, Kak Fini, Kak Na, Kak Ja, Kak Mira, Lee, Gie) dan kak ipar (Kak Noni) saya, abang-abang ipar ( Abg Akib,Abg Halim, Abg Mie, Abg Fikram) yang bertungkus lumus untuk majlis ini. Special Thanks to my sis Kak Mira and Abg Akib for the special menu to pengantin makan (Makan beradab untuk pengantin).

Insha Allah di lain entry saya akan review semua kerja kahwin ni. Insha Allah.

pssstt...gambar baju tu pakai masa akad nikah kitorang buat gambar outdoor..

Friday, December 25

The Librarian

Salam.

Saje nak kongsi gambar masa persidangan pustakawan UTM 2015 minggu lepas.
Setiap tahun wajib akan adakan PERSIDANGAN.
Cari dimana saya?hihi..Sebelah saya tu Timbalan Ketua Pustakawan daripada Perpustakaan UTMKL.

So,inilah kami pustakawan disini. Pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun disini.

Bertuah rasanya berada dikalangan mereka yang hebat-hebat in this industry. Insha Allah akan dapatkan seberapa banyak ilmu dari mereka para senior.

Perasan tak, librarian perempuan lebih ramai daripada lelaki. Realiti sekarang

p/s: jaja kalo ko baca ni, next year kita bergambar sebelah2 ye.. :)



Saturday, September 5

Sekadar berkongsi luahan hati



Sekadar berkongsi luahan hati

Baru-baru ini tengok ada kekosongan jawatan di Perpustakaan UMK. Dulu saya pernah sekali dapat interview kat sana tetapi GAGAL. Hihihi..Biasalah tu kan.

Bila nampak je iklan tu rasa dihati nak try mohon, tapi bila fikir-fikir balik banyak benda lagi tak settle kat sini, rasa tu hilang macam tu aje. 

Siapa yang tak nak kan kalau dapat kerja di negeri kelahiran kita bak kata pepatah melayu Hujan Emas di negeri orang Hujan batu dinegeri sendiri. Oh sedih!

Niat untuk mohon jawatan tu  hilang bagaikan pasir dipantai yang dihembus ombak (wah gitu).

Lagi-lagi saya kat sini baru 2 tahun lebih. Baru lagi.Emmm
Tak apelah kan. Kita selesai apa yang patut dulu. Belajar pun tak habis lagi ni. Banyak sem  lagi nak kena hadap. Orang ambil bidang yang dah biasa ambil, kita nak tukar bidang.Hihihi..Rasakan!

But, it’s ok! I take as challenge.

Satu hal yang saya belajar, and im sure uols pun tahu, setiap benda yang kita hadapi semuanya sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Dia telah tentukan mana yang terbaik untuk kita.

Bila Allah tidak beri apa yang kita mahu, sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada kita apa yang kita perlu, lebih daripada yang kita mahu, kerana hanya Dia yang Maha Tahu.

Saya selesa disini, kawan-kawan sekerja ok. Suasana kerja memang sangat OK! 

Pohon-pohon hijau merimbun, langit nan cerah! (sempat lagi).
Dan yang penting memang tak HADAP JEM.
Sepatutnya saya lebih bersyukur atas segala nikmatNYA.
Alhamdulillah atas segalanya.




Tapi satu hal yang menyedihakan hati, saya jauh dari keluarga.
Emmm..

Jauh dari mak ayah.

Kalau dekat hari-hari boleh tengok.
Tapi saya percaya satu hari nanti saya akan berada disana. 

Isha Allah, moga dipermudahkan.
Perjalanan ini masih jauh.


Ikhlas,

Norhafisah Zakaria
5 September 2015


Sunday, August 16

Terima kasih awak!



Terima kasih awak!

Aku ucapkan terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup aku.

Terima kasih sebab sentiasa ada masa susah dan senang.

Bertahun-tahun aku biarkan dia sendiri tanpa pernah bagi ruang untuk mendekati aku.

Aku lari bila dia dekat.

Aku menyampah bila dia luah cinta.

Dia diam bila aku marah.

Tapi aku sedar dia adalah sebahagian hidup aku.

Mungkin doanya sentiasa ada untukku.

Sekuat mana aku lari, dia tidak pernah berhenti mengejar!

Sehingga aku penat.

Aku cakap "awak jomlah kawen"

Dia balas "OK"

Settle

Sekian….