Syukur Alhamdulillah masih diberi ruang dan waktu untuk bernafas dibumi Allah yang sementara ini.Sedarkah kita setiap perbuatan kita akan diperhatikan oleh yang MAHA MELIHAT..Benarlah kata org dunia ini menghayalkan,so sebagai manusia kita kena kuat untuk menghadapi semua itu.
Seperti biasa saya keluar rumah untuk ke tempat kerja jam 7.30 AM..Waktu macam ini memang ramailah org berpusu-pusu ke tempat kerja.So dari rumah ke LRT takda la jauh sgt 5minit jalan kaki pun dah sampai.Memang senang tinggal area sini.Cukup lengkap dengan pengangkutan awam.
Setiap hari,melalui kawasan itu 6/10 indah cempaka ada satu perkara yang saya sering perhatikan,Seorang pakcik dengan dibantu anak kecil membuka gerai menjual nasi lemak dan kueh muih..
Anak kecil itu kalau melalui pemerhatian saya dan melalui susuk tubuhnya mungkin baru berusia 5 tahun.Diusianya yang sekecil itu sudah mampu menolong si Ayah mencari rezeki.Saya sungguh kagum dengan sikapnya itu.Kadang-kadang terdetik dihati sejuk perut ibu mengandungan dia.Alhamdulillah moga-moga saya juga akan dikurnia anak baik seperti itu.InshaALLAh.
Ada ketikanya saya lihat si kecil itu terkedek-kedek mengangkat barang-barang utk diletakkan digerainya.Dia memang sangat rajin kan..Bertuah si ibu dan ayah memiliki anak seperti si kecil itu.
So,apa yang dapat saya rumuskan hidup itu pelbagai ragam.Apa yang kita lihat patutlah dijadikan pedoman.
Sekian
cik kuepelita
Gambar hiasan semata-mata |
No comments:
Post a Comment