Saturday, August 20

Cinta yang sempurna

Assalamualaikum dan selamat pagi sedare semua..

Tengah borak-borak dengan my opismate tiba-tiba terkeluar lah topic nikah kahwin..Topic ini memang best kan untuk diborakkan..betul tak??
Topic pagi tadi adalah best ke kahwin muda??

Mestila besh kan sebab dapat bersama-sama sehidup semati (kalau ditakdirkan la) dengan yang tersayang...
Tapi kan ramai muda mudi sekarang kahwin muda sebab tak tahan gelora nafsu..Tapi ada betulnya kan..


So,aku pun try la tanye opismate aku nie,dia dah kawen dan anak sorang...

"u kawen awal tak?"soal aku

"Tak awal sangat pun dalam 27 tahun..Sebenarnya kahwin ini besar tanggungjawab tau..Lebih-lebih lagi lelaki yang bergelar suami.Banyak yang dia kena tahu." Tuturnya perlahan-lahan.

"Betul tu,I setuju sangat dengan u..Tapi sekarang  kan budak-budak muda asal kenal je terus nak kahwin kan.Tak sempat nak kenal hati budi dah ajak kahwin." Tambah aku lagi.

"Sebelum kahwin tu selidik la dulu siapa kekasih kita,penting tau semua tu..jangan terus terima je.Make sure jugak yang u dan pasangan u dah ready dari segi mental dan fizikal bila dah nak kahwin nanti dan yang paling penting cuba bersikap matang dan jangan bersikap macam budak-budak.pastikan ur bakal suami tu keje dah tetap bukan apa nanti untuk masa depan u jugak,cuba u tgk masalah rumah tangga sekarang banyak yang musnah sebab duit la" Panjang lebar dia menasihati aku.

"Sesetengah pasangan ni asyik nak cepat-cepat kahwin je,tapi dari segi perangai masih lagi kebudak-budakan lagi.I try ambil contoh kawan i la k,dia umur 25Tahun dah kahwin.Masa nak kahwin tu siap buat personal loan 40 ribu..Satu angka yang banyak kan pastu siap tukar kereta lagi..Pakai keta mewah jugak.Dengan gaji yang tak seberapa,tambahan pula baru kahwin memang pokai gila la..pas kahwin, 3 bulan temenung panjang sebab fikir banyak duit habis.Kita nak kahwin kena la bijak berbelanja kan.Dapat pulak bini yang suka buat keputusan melulu,beli pulak set rumah beribu-ribu ringgit..Memang bertambah-tambah la pokai." Tokoknya lagi.

"Maknanya laki bini sama-sama boros la"teka aku 

"Ya.Bukan setakat borus tapi asyik bergaduh je.Sebab perangai tak matang la jadi camtu.I nak nasihat kan u,lau nak kahwin kena banyak plan tau,tak kisahla plan budget ke apa ke,asalkan ada plan..Bukan main hentam je bila nak kahwin.Satu lagi perangai kena la matang sebab kita menuju ke alam perkahwinan." Terus dia menasihati aku.

"Betul apa yang u cakapkan tu,InshaAllah i cuba ikut nasihat u.Tapi kan orang cakap perempuan baik untuk lelaki yang baik kan dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat rasa betul tak kata-kata tu?"Soal aku.

"Sebenarnya tak semestinya jugak.Kalau kita dapat yang tak baik pun kita bole sama-sama nasihat antara satu sama lain kan. 

Ada kena mengena ke entry ni dengan gambar diatas


Cinta yang sempurna adalah saling melengkapi antara sempurna dan yang tak sempurna.


"Owh..faham-faham?" Jawab aku lagi
So sebagai kesimpulannya
"Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya.."

No comments: