Impian menjadi surirumah (^__^)

Salam Jumaat...

Kebetulan pagi tadi saya singgah sekejap rumah kakak saya yang memang tak berapa nak jauh dari rumah sewa saya,sebenarnya kami berdua tinggal satu taman cuma yang bezanya kakak saya blok C dan saya pulak blok D..Jalan tak sampai 5 minit dah sampai..Senang tinggal dekat sebab kalau ada apa-apa masalah mudah nak minta tolong.

Sampai je depan pintu saya terdengar anak saudara perempuan saya menagis-nagis,so dalam hati apa hal pulak nagis pagi-pagi ni kan.

Rupa-rupa nagis sebab tak nak pergi sekolah.Alya baru berumur 5 tahun,so tahun ni dia dah mula sekolah.Entah kenapa la tak nak pergi sekolah dan bila di tanya tak nak pulak cakap.

So,tiba-tiba teringat la kisah saya dulu masa mula-mula masuk sekolah tadika.Bersemangat nak sekolah memang kuat lah sampaikan tadika bukak pukul 8 dan saya pukul 7 dah terpacak kat depan pintu tadika tu.Datang awal pun bukan tadika bukak pun tapi semangat punya pasal memang sanggup la tunggu sampai orang datang.

Tapi paling saya ingat,masa saya tadika tu mak ayah saya berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan masa tu umur saya baru 6 tahun dan adik umur dalam 3 Tahun.Kecik-kecik dah kena tinggal.Terpaksa la saya bangun pagi sendiri.Sedih tau bila ingat mak tak dapat nak siapkan saya ke sekolah tapi masa itu saya seolah-olah faham pemergian mak ayah ke Mekah adalah untuk kebaikan dan pahala di akhirat.

Kita lupakan kisah saya tu ye,sebenarnya saya nak bercerita tentang Alya tadi, kecil-kecil lagi dah kena hantar ke rumah pengasuh sebab mak ayah bekerja.Kalau lah seorang ibu dapat menjaga sendiri anak-anak tentu indah kan.Melihat anak-anak bersekolah dan membesar depan mata kita.Tapi kebanyakan ibu-ibu di bandar ni banyak hantar anak-anak ke rumah pengasuh atau tempat penjagaan kanak-kanak.Saya sendiri pernah memasang impian untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dengan harap dapat melihat anak-anak membesar di depan mata.(oppss..kahwin pun belum dah ada impian nak jadi surirumah).Tak salahkan..




Budak tak nak p Sekolah

Sekurang-kurangnya anak-anak terjaga dengan selamat bila ada depan mata,jadi surirumah sepenuh masa ni kita dapat hantar anak-anak ke sekolah so mungkin mereka tak nagis sangat kalau kita ada depan mata.

Saya teringat kata-kata seorang jiran saya.Dia seorang surirumah sepenuh masa dan sanggup berhenti kerja demi anak-anak.

"Sah,tak semestinya yang jadi surirumah seorang yang tak berpelajaran dan tak semestinya yang berkerjaya mempunyai pelajaran yang tinggi"kak zura mengatur kata-kata.

Ya,memang saya akui kata-kata kak zura.Sekarang ramai yang jadi surirumah rata-ratanya mereka yang berpendidikan tinggi.Seperti kak Zura yang berkelulusan UPM dalam bidang IT.

Sebagai ibu mestilah mereka memilih untuk mendidik anak-anak memjadi seorang yang berguna dan segala ilmu yang mereka ada haruslah dicurahkan kepada anak-anak.

So saya pun sekarang memasang impian menjadi surirumah..hehehheee

Pesanan khidmat masyarakat:
Harap Alya dah tak nagis pasni kan...

3 comments:

Miss Red said...

saya pun..nak...jadi ibu dan housewife berjaya..(^_^)

kuepelita said...

InshaAllah same2 kite nanti.(^_^)

Noreen Natasha said...

saya pon..heeee :)

@kuepelita's blog. Powered by Blogger.