Buah Zuriat @ Hawa

Assalamualaikum..

Anda pernah dengar tak kewujudan buah Hawa dan mungkin lebih di kenali sebagai buah zuriat.Ia adalah salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Buah ini tidak terdapat di Malaysia dan ianya hanya ada di negara Arab.

Saya sebenarnya tidak tahu pun kewujudan buah ini tetapi setelah diperkenal oleh kawan saya pun tahu la,so saya nak kongsi dengan anda semua.

Saya bagi gambaran sikit rupa bentuk buah ini.

Kulitnya memang amat keras..

Kawan saya sekarang tengah berikhtiar untuk mendapatkan anak secepat mungkin so dia siap tempah lagi buah ini dari Mekah.

Harganya RM58 satu set.(saya tak berapa ingat 1 set tu berapa biji)

So,semalam kami berusaha la nak membukaknya.
MasyaAllah memang mencabar sekali.
Buah ini ada 3 lapisan,so setiap lapisan kulit memang amat keras sekali.Kami mengunakan seluruh kuasa ultromen untuk membukanya dan akhirnya usaha kami berbaloi..Dan saya memang begitu semangat sekali menunjukkan kekuatan..heheheeheh


Tadaaa.......

lapisan ke-2

Macam buah kelapa tapi dia kecil je

Seterusnya misi masih diteruskan untuk membuka lapisan yang ke-3 dan akhirnya


Alhamdulilah isi dah keluarkan dan dah siap potong untuk direbus..  orang kata rebus sekurang-kurangnya 1/2 jam.. hasilnya air rebusan dah jadi macam air teh.
 

Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa..

2 comments:

Anonymous said...

credit untuk kawan awak tu....harap supaya dia dpt razaki baby...Insyaallah...

lolin said...

credit untuk awak...sbb menolong kawan awak tu...

@kuepelita's blog. Powered by Blogger.