Friday, February 17

Dia seorang gadis yang cekal

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Alhamdulilah,segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam…

Assalamualaikum..

Cerita balik kampung saya...

Cuti panjang baru-baru ini saya balik kampung.Kita ingat lagi pesan seseorang,dia cakap selagi mak ayah ada kite kena luangkanlah masa kerap mana yang boleh untuk jenguk kedua-dua orang tua.So saya simpan semua ingatan sampai hari ini sebab masa raya cina hari dah balik pastu selang 2 minggu cuti Maulidur Rasul dan perayaan Thaipusam,so apa lagi selamat tinggal lah KL.

Beli tiket pun dah last minute,almaklumlah kita mmg suke buat kerja last minute ni.So tiket habis dan penyelesaian hanyalah bas tambahan je,kite memang dah pernah kena tipu dengan bas tambahan ni tapi still nak beli jugak,ada kita kisah kena tipu? Uhuk uhukk

So nak dijadikan cerita masa nak cari bas tambahan ni,rasanya macam nak sertai Amazing race.Mana taknya kena pergi setiap check point.Mula-mula depa cakap tunggu kat check point A,pastu dah sampai check point A dapat arahan kena p kat check point B lak dan last sekali sampai check point C baru dapat naik bas tu..Adoyai..macam tu sekali yer..Emm tak pe tak pe,syok apa camtu,Kite layan kan jer..Ye dop…

Bila dah dapat naik bas lega rasanya sebab apa?sebab dah tak kena tipu.
Okai,bas cantik macam bas sekolah.emmm cantik la sangat kan…Nak sedapkan hati kita cakap cantik la yer..Dapat balik pun kite dah bersyukur.

Dapat duk sebelah pompuan,lagi la rasa lega…fuhh..
Kalo sebelah lelaki bahaya..emmm takut beb!!!
So,agak malang la jugak sebab dapat seat yang dah condong,ingatkan boleh betulkan tapi tetap jugak condong.

Nasib..nasib…(tak baik tau mengeluh)…so sekali lagi saya layankan je la..control je badan seolah-olah boleh bersandar,padahal tak pon..

Gadis cekal: Awk ok ke.

Saya: Ermmm..ok2..takde pape.

Gadis cekal: Saya tau seat awk condong dan tak boleh sandarkan,meh saya betulkan.

Saya:Eh,takpela ok lagi ni.(degil jugak saya ye).

Gadis tu pun terus betulkan seat saya.

Saya: Eh,senangnya awk buat dan terus OK!

Gadis cekal: Tula,saya ingat dah tak bole tadi.

Saya: Thanks tau..ermmm awk nak balik mana?

Gadis cekal: Same-sama.Ermmm saya nak balik London.

Saya: La,samalah saya pun nak balik London gak,tak sangka kampung kita sama kan.

Gadis cekal: Tulah,satu kampung rupanya.Awk belajar lagi ke?

Saya: (Muka aku macam student lagi erk…dalam hati jela)..Saya baru je kerja kat Paris.

Gadis cekal: Owh..saya kerja kat Brisbane..

Borak punya borak sampai saya nak tidur pun dah tak jadi,badan penat sebab pas kerja tadi terus datang kat hentian Bas ni,mandi pun tak.aahahahaahaa..kantoiiii.

Gadis itu begitu peramah banyak yang saya dapat kongsi dengannya menjalani kehidupan walaupun dia kerap diuji oleh ALLAH S.W.T.

Beliau sorang anak yatim dan membesar dalam serba kekurangan.Ibunya hanya seorang pekerja kantin sekolah.Ayahnya meninggal semasa beliau kecil lagi dan ketika beliau masih tidak mengerti erti kehidupan yang sebenar.Ibunya begitu cekal membesar 9 orang anak dan sesuatu yang tidak disangka apabila adik beliau meninggal dunia akibat penyakit kencing manis yang dideritai semasa kecil lagi.

Beliau kehilangan seorang adik dan lepas itu doktor pula mengesahkan kakaknya mengidap Leukemia.

Allahuakbar…ibunya diduga dengan kakaknya.dan beliau sendiri mengidap penyakit Jantung tapi Alhamdulillah semakin berkurangan sekarang.

Ya Allah begitu hebat dugaan untuk mereka sekeluarga.Cuba bayangkan jika perkara yang sama terjadi pada kita,mampukah kita melaluinya.

Saya difahamkan kakaknya hanya bergantung kepada ubat-ubatan dan Alhamdulillah beliau masih berupaya meneruskan hidup sampai sekarang.Syukur alhamdullillah.

Beliau seorang yang cekal,segalanya diterima dengan hati yang terbuka.Saya bertuah dapat berkongsi cerita dengannya.

Dia juga bakal menamatkan zaman bujang pertengahan tahun ini dan ada lagi yang mengejutkan saya iaitu beliau pernah terkena buatan orang.

MasyaAllah,kejam sungguh manusia sehingga sanggup mengunakan ilmu hitam untuk tujuan kejahatan.Menurutnya dia menderita hampiri 2 tahun akibat sihir itu dan sekarang Alhamdulillah beliau semakin sihat.Tetapi beliau masih lagi bimbang selagi belum diijab Kabul manusia jahat itu bila-bila masa jer boleh menganggunya.

Melihat dia bercerita saya perasan dia menangis walau dalam bas dan keadaan gelap dan samar-samar tapi saya dapat lihat air mata itu mengalir sewaktu bercerita tentang pahitnya pengalaman hidup beliau.

Beliau seorang yang Tabah!!!

Menurutnya beliau sekeluarga terkena buatan orang sudah lama iaitu semenjak ayahnya masih hidup lagi.Syaitan yang bertopengkan manusia itu memang ingin melihat keluarganya hancur sehingga berjanji tiada seorang pun keturunannya akan hidup di dunia ini.

Semasa ayahnya meninggal dunia,ustaz yang datang melihat jenazah terkejut melihat rumah mereka,apa yang dilihat oleh ustaz dia sendiri tidak tahu,tapi menurut ustaz benda itu telah lama menghuni rumah mereka.

Selepas kejadian itu,mereka sekeluarga sudah tiddak tinggal dirumah itu lagi kerana pelbagai gangguan yang di alami.

Ibu beliau adalah insan yang paling sedih bila dugaan ini datang bertimpa-timpa.
Menjaga anak-anak yang sakit memang memeritkan beliau.
Dugaan datang lagi bila abangnya juga terkena buatan orang sehingga hampir-hampir menjadi kurang siuman.

Hati ibu mana yang tidak sedih bila anaknya menjadi yang demikian..

SubhanaAllah...

Si anak membenci ibunya sendiri sehingga tidak mengaku itu adalah ibunya..

Sampai begitu sekali anak itu disihir sehingga dipaksa membenci ibu sendiri...

Kejam engkau wahai manusia durjana!!!


Siapa kau sebenarnya?
Kenapa kau ingin melihat keluarga bahagia itu musnah!!!

_________________________________________________________________________


Nantikan sambungnya....




No comments: