Gunung Pulai

Lokasi : Gunung Pulai
Tarikh: 14.06.2014
Jam: 0800 Hrs

Sedikit Fakta tentang Gunung Pulai.

Terletak 15 km dari Pekan Nenas melalui Kg.Sawah dan 40 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Pulai terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Pulai , dengan ketinggian 700 meter dari aras laut. Gunung Pulai merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

__________________________________________________________________________

Kejadian kami ke sana memang tak dijangka. Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 0715 dan ke sana mengambil masa 30 - 40 minit. Aku dengan sal (housemate) sangat teruja untuk menjejaki gunung pulai. Kaki mula mendaki pada jam 0800 tapi saya nasihatkan kalau anda nak mula mendaki baik mula dari awal pagi lagi. Dalam perjalanan mendaki kami di sapa ramah oleh orang-orang sekeliling dengan ucapan "selamat pagi". Aku suka budaya macam ini. Kalaulah kita sentiasa amalkan, kan elok. Jalan punya jalan tapi tak sampai-sampai. Emmm...Sebenarnya saya tak tahu berapa jauh perjalanan ini sampailah saya bertanya pada seorang uncle. Dia cakap untuk sampai ke atas perjalanan lebih kurang 5- 6 KM.

Terdiam sekejap mendengarnya sebab kami dah berjalan sejauh 3KM. Keadaan jalan ada yang agak cerun dan memang tak rata.

Lepas itu kami teruskan juga perjalanan tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Habis basah beb!!!Dahla kami tak bawak payung,memang nasiblah.

Tiba-tiba lalu seorang uncle ni nyanyi-nyanyi kat kiteorang.."rain rain go away, please rain another day". Comel kan.

Nasib baik jumpa tempat berteduh bolehlah berteduh sekejap sambil borak-borak dengan uncle-uncle yang turut berhenti juga. Hujan lebat susah nak teruskan perjalanan. Kebanyakkan cina. Dorang memang ramai,orang melayu tak ramai sangat. Walaupun uncle uncle ni dah 50an (aku agaklah) tapi dia punya stamina tu memang tip top lah! Aku yang masih muda remaja (remaja ke?) ni kadang kadang rasa semput jugak la,lenguh-lenguh kaki tapi dorang steady.

Aku tengok ramai tak teruskan perjalanan sebab hujan lebat kot. Tapi aku dan sal tetap membara nak teruskan pendakian ini. Hehe. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak. After 30 minute rest, we decided nak teruskan juga pendakian walaupun hujan tak berhenti lagi. Kental tak kitorang.Ngee

Hujan pun hujan lah alang-alang dah basah kan. Masa nak naik tu kami terserempak dengan dua orang laki, dorang pon sama macam kitorang naik jugak walaupun hujan. Sempatla kami sembang-sembang ambil mendaki tu. 

Dorang banyak bagi kata kata semangat untuk kami untuk terus mendaki. Katanya dah tak jauh, tapi bila jalan tak sampai sampai jugak.Haish

Setelah berpenat lelah berjalan sejauh 5KM akhirnya kami sampai.Yuhuuuuuuuuu.Kat atas tu rupanya ada kem tentera dan kami tak dibenarkan ambil gambar.Huhu

Aku rasa aku dan sal berjalan selama 2 jam kot. Tu naik je adik-adik kakak-kakak, turun tak termasuk taw. Tapi kami tak sangka berjaya sampai kat atas gunung tu. HAPPY beb!!!

Next time,inshaAllah nak naik lagi sebab aku rasa banyak kalori aku terbakar. Haha. Tadi rata-rata yang naik memang dah biasa setiap minggu naik. Agaknya mereka ni memang suka exercise kan. Oh ya,hampir terlupa sepanjang perjalanan tu memang subhanaAllah cantik sangat. Tak sangka disini tersimpan sebuah hutan yang sangat indah. Hijau je. Bila hujan kami lagi cantik dan ada hikmahnya hujan turun. Kawasan kmpung situ pun memang cantik. Bersih je.

Setelah puas kat atas kami berempat, oppss datang berdua balik berempat (hehe) mengambil keputusan untuk turun,jalan agak licin dan sal dua kali jatuh, mungkin sebab kasut tak sesuai kot. Kalau anda nak naik dinasihatkan agar berhati hati lebih-lebih lagi kalau keadaan hujan seperti yang kami tempuhi. Setelah sejam setengah berjalan kami selamat sempai walaupun 2 orang laki tu dah tinggalkan kami sebab mereka jalan laju sangat. Kami tak terkejar tapi dorang tunggu kami kat gerai makan kat bawah.

Aku memang dah lapar sangat sebab tak sempat makan apa apa kat rumah. Kami order nasi lemak. Dorang dah habis makan masa kitorang sampai tu dan mintak izin nak balik dulu sebab kerja katanya. Ok jumpa lagi yer!!!

 Begitulah sedikit kisah aku dan gunung Pulai,sangat seronok naik atas sana. Walaupum tak banyak gambar sebab hujan tapi layankan aje gambar-gambar bawah tu.

Sedikit pesanan penaja:

1. Sediakan payung sebelum hujan (kalau tak basah kuyup macam aku)

2. Guna kasut yang bersesuaian (tapi aku tengok uncle2 steady je guna kaki ayam). So?

3. Minum pagi dulu bagi ada tenaga sikit (aku minum + makan vit. C. 

4. Daki di awal pagi.

5. Kalau ada baju hujan lagi senang.

6. Jangan minum air banyak sangat sebab nanti semput dan kat atas tak ada toilet ye..lau terasa nak buang air, semak samun je jadi toilet korang.

7. Bawak baju spare (kot-kot hujan senang nak salin, jangan jadi macam aku, bawak baju lebih tapi letak dalam beg then beg aku bawak naik atas, so bila hujan semua basah. Ngok ngek x
 
8. Sambil daki tu eloklah kita berzikir ke, istighfar ke..dapat pahala. lagi satu rasa lebih cepat sampai daripada korang borak-borak kosong. 

Sekian, terima kasih

by kuepelita

Entrance Gunung Pulai
Kawasan pendakian
 
Anggun tak cafe ni..




pemandangan kampung yang indah lagi permai, bawah gunung Pulai



Ni aku dah lupa samaada turun @ naik..
Seronok!!!

Bila dah sampai puncak di tulis STOP korang kena stop la ye..jangan naik lagi kat atas, nanti kena marah...ada erti?



Sumber fakta : http://www.forestry.gov.my/index.php?id=626&lang=my

2 comments:

Miss Red said...

bestnyer che sah..as tak pernah sampai lagi............wa3..

kuepelita said...

As..try la naik sane...penat jalan naik ats..huhuhu..lenguh dah kaki...rupenya byk gunung kat johor ni..hehehe..

@kuepelita's blog. Powered by Blogger.