Thursday, June 19

Puding triffle ala-ala kadar

Tersebutlah kisah suatu hari, bila opismate aku cakap nak makan trifle, dan tiba-tiba mulut ni meleleh nak makan jugak,almaklumlah dah lama sangat tak makan puding ni kan.

So, bahan-bahan untuk buat trifle ni tak susah. ANTARA bahan-bahannya adalah:

1. 1 tin susu cair
2. 4 sudu tepung kastard
3. 5 sudu gula (ikut selera korang)
4. 1 tin air biasa
5. Jely agar-agar
6. Buahan coktail
7. Kek Appolo (nak guna kek span pon boleh)
8. Esen vanila 4 sudu kecik

LAPISAN 1

Susunkan kek Appolo tu rapat-rapat bagi padat. Then ambil air coctail untuk lembabkan kek tersebut.

Kemudian, taburkan buahan coctail tadi atas kek appolo.

Panaskan susu cair, tepung kastard, gula, air biasa, esen vanila sehingga pekat dan mendidih. 
Lapiskan seLepas buahan coktail tadi dan lapisan terakhir adalah jely agar -agar (aku guna Nona). Korang boleh pilih nak warna apa. 
Ikut minat masing-masing..Macam aku suka warna sirap biasa je. 
Nampak merah. Nak guna perisa lain pun boleh. 
No hal lah.

Untuk nampak lebih menarik anda boleh letak buah kiwi atau buah strawbery diantara jely tu,macam aku terpaksa letak buah peach sebab ala kadar je kan.

Siap untuk dimakan. Jangan lupa letak dalam peti kasi sejuk sama dia.

No comments: