Monday, March 23

Kisah Naurah : Episod 1


Naurah seorang gadis biasa yang agak bijak dalam pelajaran. Berasal dari Pahang. Seorang yang lemah lembut dan baik hati. Bermula daripada keputusan yang cemerlang dalam SPM, dia menyambung pelajaran ke Matrikulasi. Ijazah sarjana muda juga dihabiskan dengan cemerlang di UKM. 



Berasal daripada keluarga yang sederhana, lalu dia berpeluang meneruskan pelajaran peringkat Sarjana di UIA. Alhamdulillah berkat doa Mak dan Abah, dia berjaya menamatkan Master dengan begitu cemerlang. 

Mendapat tawaran bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian swasta dia amat bersyukur. Sebagai seorang pensyarah dia begitu sibuk dengan kelas dan pelajar-pelajarnya. Setelah hampir beberapa tahun, dia menyuarakan hasrat pemyambung pelajaran ke peringkat PHD kepada mak dan abahnya. Sebagai seorang bapa, abahnya sentiasa menyokong usahanya untuk terus belajar. Abahnya begitu bangga dengan Naurah kerana dia berusaha untuk terus belajar. Mulai hari itu, dia nekad untuk buat PHD. Dia yakin dengan keputusannya. Lalu dia terus membuat beberapa kajian universiti yang terbaik untuknya menyambung pelajaran.

PhD adalah singkatan kepada 'Doktor Falsafah'. Ia merupakan program ijazah tahap tertinggi seseorang pelajar boleh kecapi. Sesungguhnya, PhD adalah satu penanda aras yang menunjukan kecekapan seseorang dalam bidang penyelidikan, dengan kata lain beliau menguasai sesuatu bidang penyelidikan, keupayaan untuk menjalankan penyelidikan dengan cara yang betul, keupayaan untuk menyampaikan hasil penyelidikan dan untuk mengaitkan keputusan dalam perspektif yang lebih besar (contohnya untuk mengaitkan penemuan dengan kajian terdahulu/penulisan, teori-teori dan amalan).

Sebenarnya hasrat dihati Naurah ingin menyambung pelajaran PHD di luar Negara. Ialah siapa tak nak merasa duduk belajar kat luar Negara kan? Semua orang nak, termasuk Naurah. Dia sedaya upaya cuba untuk membuat permohonan ke sana namun takdir tidak menyebelahinya. Terdapat beberapa masalah sehingga memaksanya menyambung PHD di dalam Negara sahaja. 

Alhamdulillah akhirnya dia berjaya mendaftarkan diri di UTM di salah sebuah fakulti di sana. Kedua ibu bapanya sangat gembira dengan Naurah. Perjalanannya bermuda sebagai seorang pelajar PHD.

Bila seseorang itu melanjutkan pelajaran peringkat tertinggi, maka pelbagai soalan yang ditujukan kepadanya. Contohnya, kenapa belajar sampai PHD, mesti mengejar title la tu. Alah, belajar tinggi-tinggi pun nanti ke dapur juga orang perempuan ini. Pada mulanya dia agak rimas dengan pelbagai persoalan itu. Sedang termenung dia teringkat Dekna, seorang sahabat baik yang banyak menasihatkannya semasa di UIA.

Universiti Islam Antarabangsa (2008)

Perkenalan dengan seorang kawan membuka mindanya tentang ilmu. Dia begitu pelik bila melihat Dekna begitu fanatik dengan buku. Setiap hari dia hanya menghabiskan masanya dengan membaca. Pelbagai buku yang dia baca dan paling banyak buku-buku keaagamaan. Dekna juga menghabiskan banyak masa menulis blog tentang apa sahaja buku yang dia baca,  dia akan review buku-buku yang telah dia baca. Pendek kata, Dekna ini memang ulat buku sangat. Ulat pun tak ulat buku macam dia (^_^)

Satu hari Naurah berbual-bual dengan Dekna.

“Saya tengok awak hari-hari baca buku, awak tak macam orang lain.” Tutur Naurah.

“Ya. Saya memang gemar membaca. Hidup saya tak akan lengkap kalau tanpa buku”. Ucapnya lembut.

“Boleh saya tanya satu soalan?”

“Silakan”.

“Kadang-kadang bila orang tanya saya kenapa buat Master, saya seolah-olah tiada jawapan untuk bagitau mereka. Saya nak tanya soalan yang sama pada awak. Kenapa awak buat Master sekarang?” Tanya Naurah ingin tahu.

“Sebenarnya, masing-masing mungkin ada jawapan mereka sendiri tentang persoalan awak itu. Saya buat keputusan untuk menyambung pelajaran kerana saya terlalu cintakan ilmu. Bagi saya, ilmu adalah segala-galanya untuk kita. Kita takkan rugi dengan adanya ilmu. Seharusnya kita pupuk minat belajar untuk cintakan ilmu. Tapi sekarang ramai yang belajar tinggi-tinggi sebab mengejar pangkat dan wang ringgit. Mungkin bukan semua tapi sesetengahnya sahaja. Semua itu terpulang pada niat kita. Seorang pensyarah saya pernah diajukan soalan yang sama. Dia hanya tersenyum. Baginya PHD yang dia dapat adalah bukan mengejar gelaran DR, tapi sebab dia nak ilmu. Ilmu yang tak dapat dijual beli. Ilmu yang kita usahakan atas penat lelah kita. Seharusnya kita harus perbetulkan niat kita, kenapa kita belajar sampai ke tahap ini”. Tutur Dekna dengan lembut.

Naurah tersenyum. Dia dah dapat jawapan yang sesuai.

Ya, sekarang dia harus perbetulkan niatnya. Belajar kerana Ilmu. Ya dia cintakan ilmu.
Dia pasti dengan jawapan itu.

“Terima kasih Dekna, awak telah menyedarkan saya tentang semua ini. Sekarang saya harus perbetulkan niat saya. Insha Allah”. 

Hari itu, Naurah pulang ke kolejnya sambil tersenyum puas. Dia bersyukur kerana mendapat seorang kawan seperti Dekna. Seorang kawan yang sentiasa menasihatinya. Allahuakbar!!!

Pernah sekali dalam kelas, seorang pensyarah lelaki bertanya kenapa pelajar-pelajar sambung Master.
Masing-masing memberikan jawapan masing-masing.

Tapi yang paling mengejutkan Naurah adalah jawapan pensyarahnya.

“Kita sambung belajar sebab kita nak duitkan? Sampai bila nak mengharapkan gaji RM2000 sebulan?sampai bila! Katanya.

“Ingat, awak belajar sebab duit, awak nak ubah nasib awak.” Katanya lagi

Naurah tersenyum pahit.

Dia terkejut, jawapan Dr. Rosli tidak sama dengan jawapan Dekna.
Lantas dia berfikir, ya manusia tak sama, masing-masing ada jawapan masing.
Baginya tak salah belajar tinggi untuk mengubah nasib keluarga tapi niat kita haruslah ikhlas.

Setelah berhempas pulas belajar akhirnya Master dalam gengamnya.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas kurniaan Mu!
Selepas ini dia akan berpisah dengan Dekna. Sedih. Itu yang dia rasa.

Bersambung….
                                                                
Nota: Pengalaman benar seorang sahabat menyambung pelajaran peringkat PHD, saya terjemahkan dalam bentuk penulisan hasil pengalaman melihatnya menyiapkan PHD. semoga Allah permudahkan segala urusan PHD nya..Aminn..

No comments: