Raya 2016 vs kad nikah kami

Assalamualikum semua..

Eh terajin pulak nak update entry hari nie..Sebelum tu, belum terlambat untuk saya dan suami mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Maaf andai ada tersilap kata terlanjur bahasa tanpa sedar, separa sedar atau memang sedar. Hehehe

Untuk pertama-tamanya kami beraya sebagai suami isteri. Wah gitu. Tahun ni, juga saya julung-julung kalinya beraya buat pertama kalinya di rumah mertua (rumah suami). Hehe.. gambar raya pertama enfon rosak..huhu..suami pon tak peduli sangat enfon dia..So kami beraya tanpa enfon. Gambar entah kemana. Kalo ada pon gambar raya ke 2 3. Tak sentuh langsung enfon.So pada yang call time raya tak dapat-dapat, mohon maaf ye atas kesulitan ini.

Seronak tak raya?
ofkos la seronok sebab dapat merasa kelainan beraya tahun ni, ada dua rumah

Sebenarnya, nak cite pasal kad nikah ni..Yeayyy..Alhamdulillah

Memandangkan saya cuti raya lama, so kami curi-curi masa ke Balai Islam Lundang untuk ambil kad nikah kami. Prosesnya sangat senang, isi borang kat kaunter then bayar RM2 settle.Opss jangan lupa, kad ini akan siap dalam masa 3 bulan lepas kita akad nikah. Saya kawen bulan 2, bila tengok kad tu bulan 4 dah siap, cuma kami je lambat ambil.

Untuk yang berkahwin di kelantan, pasangan perlu mengambil kad nikah ni di daerah masing-masing, contohnya saya kahwin di daerah kota bharu, so kad ni saya ambil di Balai islam kota bharu, bagi yang kahwin di Pasir Mas anda perlu ke jabatan Agama Islam Pasir Mas

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


So taraaaa


kad nikah dan sijil nikah


1 comments:

Miss Red said...

santeknyer blog awk sekarang...i likeeeeeeeeee

@kuepelita's blog. Powered by Blogger.