Assalamualaikum.

Seperti yang dirancang dalam masa 24H kami berjaya menyatukan kaum-kaum kami untuk berkumpul beramai-ramai.Meriah dan memang sangat menyeronokan tuan-tuan dan puan-puan semua.Selalunya apa yang kami plan akan menemui kegagalan tapi kali ni tak sangka berjaya.Yeahaaaa!!!

Aku sebagai ketua kaum merangkap Ketua pengarah dan dibantu oleh  Ceni,Aina,Ila,Zeti dan Fifi.

Tak lupa jua kepada artis-artis jemputan Shera K,Aishahwarya Raimi,Wawa Nawawi& suami serta kepada artis paling hangat era 2000an Lolin Nazrin &suami.

Terima kasih semua kerana sudi datang untuk meraikan bakal pengantin baru.
Makan sampai lebam ye semua.Haahahahaha.

Sebenarnya kami telah bersetuju untuk berkumpul dan makan beramai di Restoran Q Thai  http://qthaisteamboat.blogspot.com/Taman Dagang.

Bila dikenang kembali kumpul ramai-ramai macam ni memang sangat menyeronokan apatah lagi kawan-kawan yang dah lama tak jumpa macam Shera K.

Shera sebenarnya nak datang jumpa kami tapi dia macam tak tahu sangat jalan nak ke Istana kami di Cempaka tu,so aku berbesar hati menjemput Shera di Stesen Lrt Wangsamaju.(Jemput naik LRT je)

Ada sedikit kerunsingan di hati ini untuk tunjukan jalan ke rumah kami apatah lagi aku ni memang kaki sesat.

So,Akhirnya aku berjaya membawa Shera ke jalan yang benar dan sebenar-benarnya.Tanpa sedikit pun ke jalan kesesatan.Wah bangga!!!

Kepada Lolin dan suami,I dah tak sesat lagi..wakakakakakak..

Kawan-kawan saya ada sedikit madah untuk dikongsi:

“Sahabat selalu ada untukmu, ketika kamu punya masalah. Bahkan terkadang memberi saran yang bodoh hanya tuk lihat kamu tertawa.”

Persahabatan kita ada pasang surutnya,kekadang ada rasa tak puas hati sesame kita namun ketahui bahawa itu semua mendewasakan kita.

Bertahun-tahun persahabatan ini dipupuk sehingga ke hari ni namun ia tetap utuh biarpun sampai bila-bila.

Aku mungkin bukan seorang teman yang baik namun aku akan selalu ada jika kamu masih memerlukan aku masa senang mahu pun susah.

Aku mungkin antara paling “Boloks” antara kalian tapi aku tahu kalian jua sama macam aku.

Aku akan sentiasa mendoakan kalian bahagia selamanya.

Akhir kata sambutlah salam sayang dari saya kue pelita.

0 comments:

@kuepelita's blog. Powered by Blogger.