Tuesday, January 10

Assalamualaikum..

Agak lama jugak tak baca novel nie,Mungkin masa tak mengizinkan saya untuk terus menghayati novel-novel.Rasanya saya bukan hantu novel sangat kot,Tapi masa muda remaja dulu agak sempat la menjadi hantu novel hinggakan sanggup habiskan novel sampai kol 5 pagi.

 So ikuti novel  nie

Sinopsis:

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-699-3
Halaman: ~480
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 15 Jul 2011


Review:

So,saya baru je habiskan sebuah novel setia hujung nyawa karya Fatin Nabila.Penulisannya agak santai dan mudah difahami so saya bagi 3* boleh..heheheh
Sememangnya dikalangan masyarakat kita sendiri terlalu ramai yang kahwin kerana terpaksa kan,so begitula jua dalam novel nie, zain dan lina berkahwin tanpa rela namun ia akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta.
Pengakhirannya biasa-biasa je so boleh la kita layan kan.So lau nak tau apa kesudahannya sila la baca yep..



ok..pesanan khidmat masyarakat

MEMBACA JAMBATAN ILMU

Monday, January 9

Senyumlah awak

Teruskan tersenyum..walaupun pahit..
Ribut akan berlalu dan langit akan kembali cerah..
 InshaAllah

 

Senyum tak perlu kata apa-apa

Doa sang pengembara 1



Dia doakan si lelaki bahagia dunia akhirat…
Doanya sentiasa mengiringi si lelaki sampai bila-bila..

Perjalanan hidupnya dari awal cerita sehingga sudah berusia 20an dipenuhi dengan pelbagai dugaan…semuanya ditelan olehnya..

Mungkin sudah tertulis di LOH MAHFUZ akan kisah hidup si gadis yang begini rumit.

Sesungguhnya, hanya ALLAH sahaja mengerti akan rasa hatinya ini.

Sejauh mana dia berlari dari kesedihan ini tetapi dia tahu ianya tidak akan berhenti menghantuinya.

Ya Allah,moga dia tabah menghadapinya…

Dia merayu pada Ya Rabb..

tinggalkan lah sedikit mimpi indah buatnya

kerana dia sebenarnya

sudah begitu lama menangis dalam derita…

Tuesday, January 3

Kenapa saya ada blog?

Assalamualaikum...

Sebenarnya blog adalah salah satu medan untuk kita menulis,meluahkan perasaan kita tapi tak semuanya kita boleh luahkan.Blog adalah tempat untuk kita berkongsi segala suka dan duka pahit manis perjalanan hidup kita.

TAPI,

tak semuanya kita boleh kongsi kan..
Bagi saya blog ini dah macam diari hidup saya sendiri dan mungkin anda suka membacanya dan mungkin juga ada sesetengah anda yang tak suka membacanya.Betul tak?
Kalau boleh di blog ini saya hanya ingin berkongsi pengalaman MANIS saya sahaja.Yang pahit-pahit mungkin kita boleh simpan di hati saja kan.InshaALLAH.
Kadang-kadang kita merancang untuk tidak menulis yang bukan-bukan,contohnya tentang hal orang lain sebab semua itu dah dikira MENGUMPAT.Tapi siapalah kita..Tapi InshaALLAH kita cuba hindari..
Benarlah seperti yang termaktub di dalam kitab suci,

Manusia merancang,Allah jua merancang TAPI perancangan Allah itu jauh lebih SEMPURNA bAHKAN YANG TERBAIK....

Selagi saya mampu, saya akan menulis, menulis sekadar berkongsi rasa, berkongsi pengalaman, sekadar mahu mengingatkan diri, agar tidak kembali mengulangi kesilapan sama berulang kali. 

Jika ada penulisan saya yang mengores hati di antara anda semua, sejuta kemaafan dipohon,maafkan saya yang hanya berstatus insan yang lemah ini...
Semoga selepas ini saya bisa menulis dengan idea-idea yang melimpah ruah dan bisa menghupdate blog ini dengan lebih semangat lagi.Hokeh..Akhir kata selamat maju jaya!!

Yang Merancang,

Dengkil

Bismillah-hir-Rahman-nir-Rahim

Assalamualaikum...

 Tanpa disangka kami telah terdampar ke sebuah tempat yang kami sendiri tak penah tahu tapi mungkin orang lain tahu kot..Tapi tak pe alang-alang dah tersesat jalan ni so kami layannnn je tempat ni..Cantik juga tempatnya sesuai sangat untuk mereka-mereka yang nak tenangkan kepala hotak masing-masing keyh..Suasana sangat tenang dan mendamaikan…

So antara tempat yang boleh kita tengok macam kawasan badak air,kolam buaya,taman burung dan antara aktiviti air macam berkayak,paddle boat,kenu.Menara tinjau pun ada tau kat sini,so boleh la tengok sekeling kawasan ini dari paras yang agak tinggi.So kami sempat tinjau kejap je dan yang paling best kami sempat naik boat.Harga RM7.00/setengah jam,tapi kami naik lebih kot setengah jam.hehehee.Di sini terdapat gak chalet untuk bermalam.Satu malam tak silap RM120 sahaja.


















Friday, December 30

Tentang Melly


Assalammuailaikum...

Hari ni saya terpanggil sedikit nak berkongsi pasal drama TENTANG DHIA..ala drama yang tengah HOT kt tv3 tu..





Drama nie not bad la kan..boleh la kite layannnnn...hehhee..Tapi bila diperhatikan watak melly kadang-kadang lebih menonjol daripada Dhia kan..Rasa macam Melly plak pelakon utama dalam drama nie so saya rasa pengarah patut namakan drama nie sebagai TENTANG MELLY..ok tak..nama Melly pun best jugak ala-ala artis gitu MELINA ABDUL SAMAD..hahhaa..classs kan..

Watak DHia hanya menyerlah pada penghujung plot cerite tapi watak Melly tetap kuat sampai ke penghujungnya..Memang hebat la Melly nie..

Dalam cerita nie jgak u olls perasaan tak banyak watak yang mati..SEBAB yang last-last tu kite tau ZIKIR n DHIA MATI tapi yang sebelum tu dah rmai yang mati tau..cuba baca ni

Atok Azmi=mati terkejut
Bestfriend Zikir=mati eksiden
Ayah Dhia=mati kene santau
Ayah Raffi=mati mengejut
Kawan Melly=mati kene bakar
Mak Melly=mati kene bunuh
Baby Dhia + Zikir=mati jugak la sbb gugur
Pak Boon=mati!
Pakcik Kedai Kopi=mati pas tgk Melly
Mak Dhia=mati jugak

Dhia=MAti....
Zikir=MAti......
Semua matikan..urmmmm...u ols pernah dengar tak pasangan kekasih ke pasangan suami isteri ke dorang bila berjanji nak sehidup semati la kan..So bila tengok je drama ni barulah saya faham erti sehidup semati..Ala macam zikir dengan Dhia tu yang akhirnya dua-dua mati..Memang betul-betul sehidup sematila..hahahahah

Satu lagi memandangkan semua mati lepas neh saya sarankan pengarah buat continue drama Tentang Melly lak...tapi kat slot SERAM....semua yg mati neh pi buru Ku Salmi nak balas dendam! kui3....tunggu ye hehe
 
wahhhh..wahhhh Melly...berbakat..hahahahaa
 

Monday, December 19

Saya DIAM...

Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak ,


Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di CACI atau Di MAKI oleh awak , Saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH
TAPI


Saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya ,


Saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK ABAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain ,


DAN saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya.


Saya juga seperti awak , ada HATI & PERASAAN.


Cuma satu yg saya pinta dari awak , CAKAP lah secara BERHEMAH dengan saya dan HORMAT lah saya sebagai KENALAN awak.
Ingat lah bahawa ALLAH sentiasa berada di pihak yg BENAR


Ukhwahfillah :)”






SUMBER:https://plus.google.com/117041200206315143872?hl=en&tab=h#112316618732182099107/posts