Monday, June 11

One Card Network!!!




So entry kali ini,I nak share with u olls about ONE CARD network.
So this card actually digunakan oleh The South Australian public library. Means that yang card ini boleh diguna oleh pengguna yang berdaftar di seluruh Australia.

Function: Borrow & return items at libraries across SA with your current library card
The South Australian public library 'one card' network is connecting the systems of more than 130 public libraries across South Australia to let you borrow and return items wherever you go, using your current library card.


It's perfect for when you're out and about or travelling - carrying multiple library cards will become a thing of the past!


Access millions of books, DVDs, CDs & magazines
Yes, millions! With access to multiple libraries, the materials of all participating libraries become available to you.


If you've always wanted a wider choice of books, DVDs, CDs and magazines from your local library, you'll find lots to love about the new 'one card' network.




Borrowing what you want is just a click away

To get the quickest access to the millions of items available, simply go online and use the new reservation system of participating libraries to look up items and reserve them with a click.
With the centralised system you no longer have to separately look up multiple library catalogues.
When your items become available, they will be delivered to your preferred library.

Cuba anda bayang hanya mengunakan card ini kita boleh connect with more than 130 public libraries tapi across SA jela,nak guna kat Malaysia memang tak dapat la kan.
Alangkah bagusnya kalau Public Library kan Malaysia pun turut apply perkara yang sama kan.So tak payahlah user kena register banyak kali setiap kali nak buat peminjaman or pemulangan.Hurm..

So,jom kita sama-sama layan video khas untuk ONE CARD..



Sharing is Sweet!!Bye guyssss..muahaahhahhaa

Source: http://www.libraries.sa.gov.au/site/page.cfm?u=499

Monday, June 4

Field 242 & 880

Assalamualaikum... 

Saya sebenarnya ingin berkongsi dengan anda terutama mereka yang sama-sama dalam bidang perpustakaan. Saya berminat untuk berkongsi pengalaman saya mengunakan Field 241, Field 880 Dan Field 241,saya akui yang saya bukanlah librarian atau cataloger yang baik tapi saya hanya belajar melalui pengalaman sahaja.Jika tersalah sila betulkan saya yer..TQ Kita mulakan dulu dengan Field 241 
  
241 Romanized Title 

Sebenarnya sebelum Field 880 diperkenalkan,cataloger mengunakan Field 241 tetapi Field 241 was made obsolete when field 880 (Alternate Graphic Representation) was defined in 1982. The field contained the romanized form of a bibliographic title that was transcribed in nonroman characters in a manual catalog record. The first indicator position specified whether a title added entry should be generated (values 0, 1); the second was defined for nonfiling characters (values 0-9). The subfield codes were: $a (Romanized title) and $h (Medium). Senang cerita,field ini digunakan untuk Romanized title yang dalam bahasa lain atau sebaliknya.

Sebagai contoh Buku tersebut dalam bahasa cina (Chinese character) so gunalah Field 880 untuk Romanized.Bukan Translate tau..ingat tu.. 880 - Alternate Graphic Representation (R) Definition: Fully content-designated representation, in a different script, of another field in the same record. Field 880 is linked to the associated regular field by subfield $6 (Linkage). A subfield $6 in the associated field also links that field to the 880 field. The data in field 880 may be in more than one script. 

Example:

245 10$6880-02 $aمن أسرار المنهج الرباني : $bعرض لطائفة من أهم الأحكام الشرعية مقرونة ببيان أهم آثارها الاجتماعية / $cمحمد سعيد رمضان البوطي 

880 10 $6245-02$aMin asrar al-minhaj al-rabbani : |ba'ard li-ta'ifah min ahamm al-ahkam al-shar'iyah maqrunah bi-bayan ahamma athariha al-ijtima'iyah /|c Muhammad Said Ramadan AlBouti 

 *Kita gunakan untuk romanized bahasa arab ke dalam bahasa Melayu. 

242 - Translation of Title by Cataloging Agency (R) 
Definition: Translation of the title proper that is made by the cataloging agency when the translated title does not appear as a parallel title on the item. For a note, the introductory phrase Title translated: may be generated based on the field tag for display. Translated titles which appear on the piece as a parallel title would be recorded in field 245 (Title Statement). 

Untuk tag ini anda sebagai agency or library berhak untuk menterjemah semula bahan atau buku tersebut dalam apa jua bahasa yang anda ingin.Ok saya bagi satu contoh,bayangkan anda sebagai cataloger di Mesir dan antara mendapat satu buku yang bertajuk “الحضارة الإسلامية” so terjemahan tajuk tersebut dalam bahasa melayu iaitu “Tamadun Islam” dan Tag 242 adalah jawapannya. Tag 242 adalah jelas menunjukkan ianya digunakan untuk menterjemahkan tajuk tersebut,saya ambil contoh tajuk yang paling senangla yer, “I love you” so bila ianya diterjemahkan menjadi “saya cinta kamu” so Tag 242 adalah sebaik-baik tag untuk title tersebut.

 Example: 

245 10 $aFreedom of religion, apostasy, and Islam / $cAbdullah Saeed and Hassan Saeed. 

242 10 $a حرية الدين والردة، والإسلام/|c عبداللہ سعید اور حسن سعید. 

*Yang ini satu lagi contoh untuk tatapan anda 


 Ok,itu sahaja yang ingin saya kongsikan..InshaAllah jika ada lagi Field yang menarik saya akan kongsikan lagi dalam ruangan ini..Daaaaaaaaaaaaaaaa 



Monday, March 26

Maafkan saya Pelangi


Kalau aku pernah berjanji kemudian mungkir.Maafkanlah.


Kalau aku bukan kawan susah senang. Menyusahkan orang. Maafkanlah.

Kalau aku bukan siapa-siapa dikalangan kalian. Maafkanlah.

Pelangi sangat cantik di luar sana,tapi aku tidak pandai menghargainya..

Maafkan aku Pelangi..
Maafkan aku..




Tuesday, March 20

Ketenangan Hidup Sebenar Yang Dicari ~ Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

Ramai orang mengaitkan ketenangan hidup dgn faktor harta dgn faktor kekayaan. Walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bkn segalanya. Betapa ramai orang yg berada dlm rumah yg besar, tidur diatas katil yg empuk, tetapi lenanya tidak nyenyak, bahkan ada yg tidur di pondok buruk, kadang² dia lebih lena dari kita. Lihatlah, bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatNya...
 

Friday, March 16

Siti Munirah Punya Cerita (^__^)

Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk semua pembaca...

Harap semua sihat hendaknya..Alhamdulillah..saya pun sihat

Sebelum jari-jari saya menari dengan lebih laju lagi apa kata kita senyum dulu ekk..



Ok..Dah senyum semua..

So,alkisahnya minggu lepas saya dan gengs Cik Kiah yang terdiri daripada yewa,yeni,yezi dan yepi telah ke rumah Siti kerana beliau akan bertunang...Siti ni kawan kami semasa di UiTM,Machang lagi hingga sekarang still berhubung lagi.Kiranya kami ni gengs kamceng gak la..ehehheeh..

Saya dengan beliau pula satu bilik masa buat Diploma dulu.3 Tahun juga lah kami belajar bersama.
Saya masih ingat lagi satu kisah lawak tentang beliau,kalau cakap fon sampai tertidur-tidur hingga kan fon tu boleh terjatuh dari atas sebab katil beliau kat atas saya kat bawah,almaklumlah katil bertingkat-tingkat kan..Pernah sekali saya dengar si pemanggil duk Helo-Helo tapi dia dah ZZZZzzzzzz tanpa sedar,aduyai siti..siti..

Berbalik tentang majlis beliau tadi...

So seperti apa yang telah dirancang maka bergerak la kami menuju ke rumahnya di Seksyen 27,Shah Alam.
Kami hanya merancang Allah jua yang menentukan,hujan turun dengan begitu lebat sekali dan perjalanan kami amat sukar la jugak.

Lebih-lebih lagi menaiki kenderaan yang saya rompak seperti ini.

 

Hujan begitu lebat hingga menyukarkan perjalanan tapi dengan izin Allah kami selamat sampai ke rumah CT walaupun tersesat di Bumi Shah Alam.


Alhamdulillah semua telah berlangsung dengan selamat dan siti pun telah selamat menjadi tunangan orang.

Wah,semakin ramai yer teman gue menjadi tunangan orang.Alhamdulillah...











Nota:Tahniah kepada semua kawan-kawan yang telah bertunang mahupun berkahwin.
Ku doakan kalian bahagia dunia akhirat...(^__^)

Thursday, March 15

Seandainya...


Seandainya dia bisa berkata-kata...pasti ungkapan itu bisa dituturkan...
 

Kala dugaan itu datang, apakah kita cukup bersedia?



Mungkin kita sering terfikir..Apa kesudahanya hidup kita nanti?Saya pun tiada jawapan untuk soalan itu.Namun sebagai HambaNYA hanya DOA yang mampu kita tadahkan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Benar ungkapan Hidup ini bagaikan roda. Sekarang berada di atas dan akan sampai masa berada di bawah. Kerana kehidupan ini satu perjalanan yang singkat, untuk menuju satu alam kehidupan yang lebih panjang dan tiada pengakhiran. Sekarang didunia, akan sampai masa berada di akhirat. Dalam masa yang singkat didunia ini, kita dapat melihat keadilan demi keadilan yang Allah tunjukkan.

Hidup perlukan kesabaran yang tinggi.Saya mungkin sama dengan manusia yang lain mengeluh mengenang sesuatu yang belum dapat kita memiliki.

Bilamana sesuatu benda yang kita hajati tidak kesampaian maka mulalah hati ini merintih.

Saya perlukan jawapan untuk beberapa persoalan,lalu Allah takdirkan saya berjumpa dengan sebuah buku BILA ALLAH MENDUGA KITA..YA!!!Banyak persoalan saya terjawab dalam buku ini.

Buku ini hanya mengandungi tiga  bab sahaja, iaitu  ‘Berprasangka Baiklah Pada Tuhanmu’, ‘Iman Terhadap Takdir’ dan ‘Agar Anda Selalu Menang dan Bahagia’. Di dalam setiap bab ada subbahagian yang merupakan tajuk-tajuk kecil yang saling berturutan dan berkaitan, menyoroti setiap topik dengan santun dan tidak gopoh-gapah, dibumbui pelbagai kisah dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah apa yang kita sering hadapi pada masa kini. Di sinilah kesederhanaan itu bagi saya bertukar menjadi istimewa, kerana selitan kisah semasa membawa kedekatan masalah kepada kita, dan tidak meninggalkan kita terawang-awang mengenai peristiwa ratusan tahun lampau semata-mata. Dengan jelas, aplikasi ilmu sudah dinampakkan kepada kita secara bersahaja.

Hati saya cukup tersentuh dengan salah satu kisah dalam buku ini dimana seorang pak cik yang hanya bekerja sebagai tukang sapu  dan bekerja seawal 2.30 pagi lagi.

Dalam hati saya berdetik,awalnya pakcik itu bekerja.Saya mengutuk diri saya sendiri sebab saya sering mengeluh datang kerja awal balik lewat lepas itu tempat kerja jauh..Saya memang tidak bersyukur dengan kurniaan Allah..Astafirullahazim.. kesalnya saya..

Berbalik pada kisah pakcik tadi...

Jika sewal pagi lagi pakcik itu bekerja dan cuba kita fikir balik pukul berapa lagi pak cik terpaksa bangun untuk keluar bekerja?

"Pakcik tidur selepas isyak,sekitar jam 09.00 malam," Pakcik itu memulakan cerita.

"Kemudian bangun semula seawal jam 01.00 pagi dan pakcik sempat qiamullail,setelah itu baru pakcik bersiap untuk menyapu jalan.Sebelum itu jika ada makanan di rumah,pakcik akan makan dulu dan kalau tiada makanan pakcik akan bersarapan teh panas sahaja.Selesai menyapu dan ke tempat pembuangan sampah,jam 04.00 pagi .Alhamdulillah,masih sempat solat subuh berjemaah di masjid.Selesai solat pakcik akan membantu isteri pakcik membuat adunan tepung goreng dan sebelah petang pakcik akan membantu isteri menjual di sekolah.Alhamdulillah pakcik masih sihat dan tidak pernah sakit walaupun pekerjaan pakcik mengangkut sampah.Mungkin kerana sering cergas dan bergerak menyapu setiap hari."


Kisah pakcik merupakan satu pengajaran untuk kita semua,adakah kita dapati pakcik itu mengeluh dengan keadaannya?Cuba perhatikan baik-baik berapa kali dia mengucupkan alhamdulillah,walaupun keadaannya begitu susah namun dia masih lagi bersyukur.


Saya berpesan pada diri saya sendiri dan pembaca sekalian agar kita dapat menjauhi sifat mengeluh,mungkin sukar untuk kita menjauhi sifat mengeluh namun kita boleh cuba mulai sekarang.InshaALLAH..

Saya petik sedikit kata-kata dalam buku ini....

Kala dugaan itu datang, apakah kita cukup bersedia?- Tuan Syed Alwi Alatas

Allah telah mentakdirkannya,dan apa yang dikendakinya pasti terjadi- Tuan Syed Alwi Alatas



Nota: Semoga perkongsian penulisan ini dapat dikongsi bersama..inshaALLAH..