Monday, February 20

SABAR ITU INDAH (^__^)

Assalamualaikum...


Bila kita di uji dengan pelbagai masalah membuatkan kita hilang sabar.Memang kekadang hati tak pernah cuba untuk bersabar.Sabarlah wahai anak muda.Allah menjanjikan yang terbaik untuk kamu jika kamu belajar untuk bersabar dengan sepenuh hati.InshaAllah akan ada sesuatu yang terbaik untuk kamu nanti.

Kite selalu merintih tentang nasib yang tak sama seperti orang lain,kita selalu mengeluh bila di uji bermacam-macam masalah.Kekadang rasa tak termampu nak menanggung pelbagai masalah itu.Menangis dan terus menangis mungkin boleh menghilangkan tekanan kita tapi sampai bila...

Allah Maha Kuasa.Minta la dengan NYA apa yang kamu inginkan,sesungguhnya DIA MAHA MENDENGAR.

Seseorang sering mengingatkan saya...
“Kita perlu belajar menerima takdir hidup kita, masa kan terus berjalan sehingga nafas terputus dari dada,andai diri lemah dan habis upaya, nescaya tangisan tiada sudahnya..bersyukurlah dengan segalanya, tiada derita yang menemani selamanya, bahagia itu ada bila kita belajar untuk redha..”


Thanks atas nasihat itu..semoga kita sama saling mengingat dan selalu berSABAR..

SABAR ITU INDAH BUKAN (^__^)




Friday, February 17

Dia seorang gadis yang cekal

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Alhamdulilah,segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam…

Assalamualaikum..

Cerita balik kampung saya...

Cuti panjang baru-baru ini saya balik kampung.Kita ingat lagi pesan seseorang,dia cakap selagi mak ayah ada kite kena luangkanlah masa kerap mana yang boleh untuk jenguk kedua-dua orang tua.So saya simpan semua ingatan sampai hari ini sebab masa raya cina hari dah balik pastu selang 2 minggu cuti Maulidur Rasul dan perayaan Thaipusam,so apa lagi selamat tinggal lah KL.

Beli tiket pun dah last minute,almaklumlah kita mmg suke buat kerja last minute ni.So tiket habis dan penyelesaian hanyalah bas tambahan je,kite memang dah pernah kena tipu dengan bas tambahan ni tapi still nak beli jugak,ada kita kisah kena tipu? Uhuk uhukk

So nak dijadikan cerita masa nak cari bas tambahan ni,rasanya macam nak sertai Amazing race.Mana taknya kena pergi setiap check point.Mula-mula depa cakap tunggu kat check point A,pastu dah sampai check point A dapat arahan kena p kat check point B lak dan last sekali sampai check point C baru dapat naik bas tu..Adoyai..macam tu sekali yer..Emm tak pe tak pe,syok apa camtu,Kite layan kan jer..Ye dop…

Bila dah dapat naik bas lega rasanya sebab apa?sebab dah tak kena tipu.
Okai,bas cantik macam bas sekolah.emmm cantik la sangat kan…Nak sedapkan hati kita cakap cantik la yer..Dapat balik pun kite dah bersyukur.

Dapat duk sebelah pompuan,lagi la rasa lega…fuhh..
Kalo sebelah lelaki bahaya..emmm takut beb!!!
So,agak malang la jugak sebab dapat seat yang dah condong,ingatkan boleh betulkan tapi tetap jugak condong.

Nasib..nasib…(tak baik tau mengeluh)…so sekali lagi saya layankan je la..control je badan seolah-olah boleh bersandar,padahal tak pon..

Gadis cekal: Awk ok ke.

Saya: Ermmm..ok2..takde pape.

Gadis cekal: Saya tau seat awk condong dan tak boleh sandarkan,meh saya betulkan.

Saya:Eh,takpela ok lagi ni.(degil jugak saya ye).

Gadis tu pun terus betulkan seat saya.

Saya: Eh,senangnya awk buat dan terus OK!

Gadis cekal: Tula,saya ingat dah tak bole tadi.

Saya: Thanks tau..ermmm awk nak balik mana?

Gadis cekal: Same-sama.Ermmm saya nak balik London.

Saya: La,samalah saya pun nak balik London gak,tak sangka kampung kita sama kan.

Gadis cekal: Tulah,satu kampung rupanya.Awk belajar lagi ke?

Saya: (Muka aku macam student lagi erk…dalam hati jela)..Saya baru je kerja kat Paris.

Gadis cekal: Owh..saya kerja kat Brisbane..

Borak punya borak sampai saya nak tidur pun dah tak jadi,badan penat sebab pas kerja tadi terus datang kat hentian Bas ni,mandi pun tak.aahahahaahaa..kantoiiii.

Gadis itu begitu peramah banyak yang saya dapat kongsi dengannya menjalani kehidupan walaupun dia kerap diuji oleh ALLAH S.W.T.

Beliau sorang anak yatim dan membesar dalam serba kekurangan.Ibunya hanya seorang pekerja kantin sekolah.Ayahnya meninggal semasa beliau kecil lagi dan ketika beliau masih tidak mengerti erti kehidupan yang sebenar.Ibunya begitu cekal membesar 9 orang anak dan sesuatu yang tidak disangka apabila adik beliau meninggal dunia akibat penyakit kencing manis yang dideritai semasa kecil lagi.

Beliau kehilangan seorang adik dan lepas itu doktor pula mengesahkan kakaknya mengidap Leukemia.

Allahuakbar…ibunya diduga dengan kakaknya.dan beliau sendiri mengidap penyakit Jantung tapi Alhamdulillah semakin berkurangan sekarang.

Ya Allah begitu hebat dugaan untuk mereka sekeluarga.Cuba bayangkan jika perkara yang sama terjadi pada kita,mampukah kita melaluinya.

Saya difahamkan kakaknya hanya bergantung kepada ubat-ubatan dan Alhamdulillah beliau masih berupaya meneruskan hidup sampai sekarang.Syukur alhamdullillah.

Beliau seorang yang cekal,segalanya diterima dengan hati yang terbuka.Saya bertuah dapat berkongsi cerita dengannya.

Dia juga bakal menamatkan zaman bujang pertengahan tahun ini dan ada lagi yang mengejutkan saya iaitu beliau pernah terkena buatan orang.

MasyaAllah,kejam sungguh manusia sehingga sanggup mengunakan ilmu hitam untuk tujuan kejahatan.Menurutnya dia menderita hampiri 2 tahun akibat sihir itu dan sekarang Alhamdulillah beliau semakin sihat.Tetapi beliau masih lagi bimbang selagi belum diijab Kabul manusia jahat itu bila-bila masa jer boleh menganggunya.

Melihat dia bercerita saya perasan dia menangis walau dalam bas dan keadaan gelap dan samar-samar tapi saya dapat lihat air mata itu mengalir sewaktu bercerita tentang pahitnya pengalaman hidup beliau.

Beliau seorang yang Tabah!!!

Menurutnya beliau sekeluarga terkena buatan orang sudah lama iaitu semenjak ayahnya masih hidup lagi.Syaitan yang bertopengkan manusia itu memang ingin melihat keluarganya hancur sehingga berjanji tiada seorang pun keturunannya akan hidup di dunia ini.

Semasa ayahnya meninggal dunia,ustaz yang datang melihat jenazah terkejut melihat rumah mereka,apa yang dilihat oleh ustaz dia sendiri tidak tahu,tapi menurut ustaz benda itu telah lama menghuni rumah mereka.

Selepas kejadian itu,mereka sekeluarga sudah tiddak tinggal dirumah itu lagi kerana pelbagai gangguan yang di alami.

Ibu beliau adalah insan yang paling sedih bila dugaan ini datang bertimpa-timpa.
Menjaga anak-anak yang sakit memang memeritkan beliau.
Dugaan datang lagi bila abangnya juga terkena buatan orang sehingga hampir-hampir menjadi kurang siuman.

Hati ibu mana yang tidak sedih bila anaknya menjadi yang demikian..

SubhanaAllah...

Si anak membenci ibunya sendiri sehingga tidak mengaku itu adalah ibunya..

Sampai begitu sekali anak itu disihir sehingga dipaksa membenci ibu sendiri...

Kejam engkau wahai manusia durjana!!!


Siapa kau sebenarnya?
Kenapa kau ingin melihat keluarga bahagia itu musnah!!!

_________________________________________________________________________


Nantikan sambungnya....




Thursday, February 9

Cinta Menara TM

Assalamualaikum...

Wah saya tersangatlah penat almaklumlah cuti 5 hari balik kampung.Sampai KL pun pagi tadi dan lepas tu terus datang kerja dan terus update blog ni..hehe..

Sebenarnya banyak cerita saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua dan sehingga saya sendiri tak tau nak story yang mana dulu.Tapi entry kali nie khas untuk sahabat saya yang bernama maryamah tijo a.k.a "A "(bukan nama sebenar)

Dan sangat saya berbesar hati menamakan entry ini sebagai Cinta Menara TM.

Alkisahnya beliau telah selamat ditunangkan dengan "A" jugak pada tanggal 4 Februari 2012 dan memang ceritera cinta mereka bermula di Menara TM dan sayalah saksinya..ahhahahaha..

Demi budak senget ini saya sanggup beli bus tambahan yang dipandu oleh keeling untuk menghadiri majlis beliau..dan saya sanggup tak balik rumah dulu dan terus pergi ke rumah beliau di pagi hari tu (saya sampai subuh,majlis beliu pukul 11) dan si syaini ala budak yang baru bertunang tu..beliau sebenarnya tak balik dan tapi beliau telah mengsuprizekan si A tu,dan si A pun mati-mati ingat si syaini tak balik sempena majlis beliau itu..Apa hal beliau banyak sangat ni.hishhhhh..

So, tema majlis beliau adalah ala-ala Arabic 60-an…semua pakai jubah ler termasuk ler I ni…nak tengok gambar ek..jap ag yer..sabau sabau…

Nak tau kisah cinta mereka ek..??

Ala biasa la cinta orang tua bila mata bertentang mata, maka timbul lah bibit-bibit cinta antara mereka berdua.ahahahhaaa…sorang pemalu dan sorang lagi “terlebih pemalu” hahahahaha..Oppss..citer banyak-banyak kan nanti balik rumah kena sekeh oleh beliau habis la..

Tak takut…tak takut…

Sebagai pemerhati bebas saya perhatikan segala persiapan di atur dengan jayanya dan Alhamdullilah mereka selamat di ijab tunangkan..(boleh ke guna bahasa ni).Makanan memang sedap sebab tukang masak diimport khas dari mana entah.Tapi saya dimaklumlah kerja masak-memasak dimulai seawal jam 5 pagi tadi.Wah dasyat…masa tu I duk buat tahi mata lagi dalam bas..ekekkeekeke..

Sekian la dulu cinta Menara TM Bahagian I so nantikan bahagian II lak k

Gambar hiasan semata-mata..


P/S:mungkin ada unsur menipu sikit untuk entry kali ini..hahahahaahaa

Thursday, February 2

Doa dapat jodoh

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah,
Kalau dia memang jodohku,
Jodohkanlah...

Tapi kalau dia bukan jodohku
Jodohkanlah jugak … 

Jika dia tidak berjodoh denganku, 

Ya Allah, 
  Maka jadikan kami jodoh..

Kalau dia bukan jodohku jugak,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selainku..

Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
 Biarkan dia tidak berjodoh sama sepertiku,

Ya Allah,

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia berjodoh dengan orang lain,
Putuskan Ya Allah...
Jodohkan denganku...

Jika dia dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biarkan orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu,
Kemudian jodohkahlah kembali dia denganku Ya Allah..

Aku nak sangat-sangat kat dia Ya Allah..

Aamin..amin...Ya Rabbal 'alamiinŲ¢




keh keh..u ols semua pernah ke doa macam ni.
Ok2..saya tak nak tipu-tipu nanti berdosa...hehehehe
Agak pernah la saya berdoa macam ni tapi tu dulu..hehehehe..
Sekarang tak dah..(yeke)

Agak-agak kejam gak kan orang yang doa macam ni..cuba hayati betul-betul ayat-ayat yang last tu..

Dia nak jugak jodoh dengan budak tu kan..ish2...




Sumber Youtube




My favourite Author

Assalamualaikum....

Semalam 1.2.12...Cantik kan tarikh tu..So tak apa ngn semalam cuma kami bercuti jela kan sebab hari wilayah kt Kolumpo nie..Syok ler tak payah pergi kerja kan kan...Tapi ada jugak budak yang tak berapa nak gembira sebab terpaksa berkerja semalam almaklumlah dia kerja area Selangor..ahahhahaaa...A bukan nama sebenar..hahahahaah...kalau dia baca entry ni nasib ler sebab i mengata dia..Kitorang p jalan-jalan kt PWTC sempena  1Malaysia Book Expo...
Saya,tazi n Lolin apa lagi singgah la kejap kat sana sambil melawat kawan kami si Ecah yang bertugas di sana..

Tiba-tiba kami ternampak booth NR Kara dan ada pulak penulis yang kami suka siapa lagi kalau bukan Norhayati Berahim..ehem ehemmmm..apa lagi kita kasi shot la sama dia..

Wah...shot je novel dia tak beli pon..hahahaha


Kenapa saya suka Norhayati Berahim,sebab penulisan dia lain dari yang lain dan tak akan sama dengan orang lain hokesh..Satu lagi dia kalau tulis novel memang agak perfect gak ler tak macam sesetengah novelis yang lain yang kadang-kadang tulis sekadar biasa-biasa jer..Wah macam la aku pandai sangat menulis..ahahahahaa..Maaf la yer termengata sikit..muahahahaha..

So,kebanyakkan novel akak yati nie (amboi-amboi senang-senang jer aku bahasakan dia ngn akak yati..hahahaha..dah nama panjang sangat)..kita sambung balik keyh,novel-novel dia banyak menyentuh perihal keluarga tau..so setiap novel mesti akan ada punyalah kisah masalah-masalah keluarga ni..nak jugak tanya dia memang dah jadi trademark dia mengupas isu-isu kekeluargaan ni.Tapi tak tertanya pun..huahuaaaaa..

Hadoi penat wes menaip ne..Sebab tu i tak minat jadi novelis..Ahahahahaa maaf ler terperasan jap..(^_^)


Tapi kan i selalu ditegur oleh my fren yang kerja kt selangor tu ala A bukan nama sebenar tu,dia cakap i menulis lintang pukang...hahahaaaa..Tapi memang pun,nasib baik dia ada sebagai pemerhati TETAP..A bukan nama sebenar adalah Mak andam yang nama Bolok TOuch tu..Sila lihat entry ini..http://nrhafisahzakaria.blogspot.com/2012/01/its-syaini-day.html



Hadoi akhir sekian la dulu yer,so kita layan jap gambar-gambar kiteorang berfuye-fuye kat PWTC & TS


Selipar i putus masa ke sana..so terpaksa la beli selipar jepun cap ayam tu..nasib ler