Friday, January 27

It's SYAINi day



Assalamualaikum...

Alhamdulillah..semuanya berjalan seperti yang dirancang...syukur Alhamdulillah..
Maka dengan itu syaini dan Fadzli sah dah bertunang..hehehheehe..
Cantik dia masa majlis itu hasil tangan dari mak andam terkenal bolok touch..Mak andam ni pun bakal bertunang gak minggu depan..

So,nanti kita sama-sama tengok gambar diorang bertunang keyh...
Kita layannnn duluuuuuuuuuuuu...



click je kt pic nie kasi besar

Mak mentua dah berkenan


aku nak terjun sebab terlalu kecewa dgn mu syaini...hahahaha

abaikan je yang bju merah tu..poyo je lebih








Wednesday, January 18

Ubat Penenang JIWA

Assalamualaikum...
nak bagi ubat penenang jiwa sikit.
Selamat menghayati keyh..
Rasa tenang je jiwa bila hayati..

Tuesday, January 17

Sistem Perpustakaan

Assalamualaikum...

Sebuah kisah mengenai Sistem Perpustakaan.

Pengalaman saya mengunakan pelbagai jenis sistem perpustakaan yang terdapat di Malaysia memberi saya inspirasi untuk berkongsi bersama anda tentang keunikan sistem-sistem ini.Semasa bergelar pelajar UITM saya didedahkan dengan ILMU (Integrated Library Management System).Sistem ini dikeluarkan oleh Paradigm System Berhad. ILMU actually is a jointly developed product of Universiti Teknologi MARA (UiTM) and Paradigm Systems Berhad.

ILMU sebenarnya satu produk yang berkualiti dan dikeluarkan oleh anak Malaysia dan bila hari berganti hari maka lahirlah pelbagai jenis produk sistem perpustakaan yang menjadi kegilaan pustakawan-pustakawan.Mereka membuat pelbagai comparison untuk memilih sistem yang paling baik untuk perpustakaaan mereka.

Semasa ditugaskan bekerja di Perpustakaan Kuala Lumpur saya mendapat peluang mengunakan Horizon dan saya diberitahu yang mereka mengunakan Horizon untuk jangka masa yang lama sebelum membuat keputusan untuk menguna sistem yang ada sekarang iaitu Symphony SirsiDynix.

Horizon juga sebenarnya dari SirsiDynix.Horizon banyak menguna shortcut keyword.Contonya bila kita tekan Alt+D ianya akan terus ke checkout item.(contoh je yer).

Kini saya berpeluang mengunakan teknologi perpustakaan yang cukup hebat bagi saya iaitu Symphony SirsiDynix.Saya cukup bertuah kerana di dedahkan dengan sistem ini.Walaupun baru 9 Bulan bersama Symphony banyak yang telah saya pelajari.Saya bukan seorang Librarian tapi mungkin saya boleh di kategorikan seorang pelajar dan pengajar.Saya masih belajar mengunakan sistem ini dan ilmu yang saya dapat akan digunakan untuk mengajar para pustakawan.Menerokai alam kecanggihan Symphony adalah sesuatu yang mencabar kerana saya bermula dari kosong dan berkat tunjuk ajar bos dan kawan sekerja saya cuba belajar dan terus belajar lagi.


Antara libraries yang mengunakan Symphony di Malaysia adalah UTHM Library,UTM Library,UIA Library dan banyak lagi..


So tidak rugi anda memilih Symphony..hokesh...

next episode kita kongsi lagi story tentang Symphony k..

Monday, January 16

Buah Zuriat @ Hawa

Assalamualaikum..

Anda pernah dengar tak kewujudan buah Hawa dan mungkin lebih di kenali sebagai buah zuriat.Ia adalah salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Buah ini tidak terdapat di Malaysia dan ianya hanya ada di negara Arab.

Saya sebenarnya tidak tahu pun kewujudan buah ini tetapi setelah diperkenal oleh kawan saya pun tahu la,so saya nak kongsi dengan anda semua.

Saya bagi gambaran sikit rupa bentuk buah ini.

Kulitnya memang amat keras..

Kawan saya sekarang tengah berikhtiar untuk mendapatkan anak secepat mungkin so dia siap tempah lagi buah ini dari Mekah.

Harganya RM58 satu set.(saya tak berapa ingat 1 set tu berapa biji)

So,semalam kami berusaha la nak membukaknya.
MasyaAllah memang mencabar sekali.
Buah ini ada 3 lapisan,so setiap lapisan kulit memang amat keras sekali.Kami mengunakan seluruh kuasa ultromen untuk membukanya dan akhirnya usaha kami berbaloi..Dan saya memang begitu semangat sekali menunjukkan kekuatan..heheheeheh


Tadaaa.......

lapisan ke-2

Macam buah kelapa tapi dia kecil je

Seterusnya misi masih diteruskan untuk membuka lapisan yang ke-3 dan akhirnya


Alhamdulilah isi dah keluarkan dan dah siap potong untuk direbus..  orang kata rebus sekurang-kurangnya 1/2 jam.. hasilnya air rebusan dah jadi macam air teh.
 

Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa..

Friday, January 13

Impian menjadi surirumah (^__^)

Salam Jumaat...

Kebetulan pagi tadi saya singgah sekejap rumah kakak saya yang memang tak berapa nak jauh dari rumah sewa saya,sebenarnya kami berdua tinggal satu taman cuma yang bezanya kakak saya blok C dan saya pulak blok D..Jalan tak sampai 5 minit dah sampai..Senang tinggal dekat sebab kalau ada apa-apa masalah mudah nak minta tolong.

Sampai je depan pintu saya terdengar anak saudara perempuan saya menagis-nagis,so dalam hati apa hal pulak nagis pagi-pagi ni kan.

Rupa-rupa nagis sebab tak nak pergi sekolah.Alya baru berumur 5 tahun,so tahun ni dia dah mula sekolah.Entah kenapa la tak nak pergi sekolah dan bila di tanya tak nak pulak cakap.

So,tiba-tiba teringat la kisah saya dulu masa mula-mula masuk sekolah tadika.Bersemangat nak sekolah memang kuat lah sampaikan tadika bukak pukul 8 dan saya pukul 7 dah terpacak kat depan pintu tadika tu.Datang awal pun bukan tadika bukak pun tapi semangat punya pasal memang sanggup la tunggu sampai orang datang.

Tapi paling saya ingat,masa saya tadika tu mak ayah saya berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan masa tu umur saya baru 6 tahun dan adik umur dalam 3 Tahun.Kecik-kecik dah kena tinggal.Terpaksa la saya bangun pagi sendiri.Sedih tau bila ingat mak tak dapat nak siapkan saya ke sekolah tapi masa itu saya seolah-olah faham pemergian mak ayah ke Mekah adalah untuk kebaikan dan pahala di akhirat.

Kita lupakan kisah saya tu ye,sebenarnya saya nak bercerita tentang Alya tadi, kecil-kecil lagi dah kena hantar ke rumah pengasuh sebab mak ayah bekerja.Kalau lah seorang ibu dapat menjaga sendiri anak-anak tentu indah kan.Melihat anak-anak bersekolah dan membesar depan mata kita.Tapi kebanyakan ibu-ibu di bandar ni banyak hantar anak-anak ke rumah pengasuh atau tempat penjagaan kanak-kanak.Saya sendiri pernah memasang impian untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dengan harap dapat melihat anak-anak membesar di depan mata.(oppss..kahwin pun belum dah ada impian nak jadi surirumah).Tak salahkan..




Budak tak nak p Sekolah

Sekurang-kurangnya anak-anak terjaga dengan selamat bila ada depan mata,jadi surirumah sepenuh masa ni kita dapat hantar anak-anak ke sekolah so mungkin mereka tak nagis sangat kalau kita ada depan mata.

Saya teringat kata-kata seorang jiran saya.Dia seorang surirumah sepenuh masa dan sanggup berhenti kerja demi anak-anak.

"Sah,tak semestinya yang jadi surirumah seorang yang tak berpelajaran dan tak semestinya yang berkerjaya mempunyai pelajaran yang tinggi"kak zura mengatur kata-kata.

Ya,memang saya akui kata-kata kak zura.Sekarang ramai yang jadi surirumah rata-ratanya mereka yang berpendidikan tinggi.Seperti kak Zura yang berkelulusan UPM dalam bidang IT.

Sebagai ibu mestilah mereka memilih untuk mendidik anak-anak memjadi seorang yang berguna dan segala ilmu yang mereka ada haruslah dicurahkan kepada anak-anak.

So saya pun sekarang memasang impian menjadi surirumah..hehehheee

Pesanan khidmat masyarakat:
Harap Alya dah tak nagis pasni kan...

Thursday, January 12

opis

Assalamualaikum..

Hai..nak citer pe ek..

kita citer sal office saya nak..he3

nak tengok picture tak 

Tu dia...
bersepah-sepah kan..aishhh2

Itulah dia meja office saya..

kat meja kecik tula saya menyiapkan segala tugasan..

kecik pun tak ape asalkan selesa..yer dop..

Dulu bos bagi PC tapi sekarang dia bagi laptop dah..Senang katanya lau kena outstation


So sekarang saya dah kemas sikit meja tu...

Ni dia

OK tak..cun dah kan..


Senangla sikit sekarang pakai laptop kat office meja pun jadi jimat space..tol tak

Ok..




Wednesday, January 11

11.01.12

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ini 11.01.12
_
_
_
_
_
_
_
_
Masih diberi nafas untuk terus hidup di bumi Allah..
Syukur Ya Allah....

Seorang ibu bertarung nyawa melahirkan ku ke dunia ini..
Ya Allah...
Sungguh besar pengorbanan IBU..
Ya Allah..aku sayang ibu..
Terima kasih ibu di atas pengorbananmu..

Semoga ku terus melangkah dengan penuh semangat dalam meneruskan hidup ini..

Semoga setiap langkahku diatur diiringi rahmat Ilahi..amin..


P/S-Terima kasih untuk semua ucapan dari kalian semua..semoga kita semua diberkati dan dirahmati ILAHI..
Amin..