Saturday, February 14
Keep Calm
Monday, July 21
CABUTAN GIGI GERAHAM BONGSU (ATAS)
![]() |
| sumber: al-hafizaidi.blogspot.com |
Inilah rentetan perjalanan aku dengan gigi bongsuku yang tercinta:
Pesanan khidmat masyarakat sayangi gigi anda.Lepas ni aku nak g scaling gigi plak..kasi buang itu karang-karang yang tak berfaedah.
Kadang-kadang kita selalu banyak habiskan duit beli fon mahal-mahal kan, apa kata kali ni kita berhabis duit pulak untuk gigi. Yelah gigi ni ,gigi kita, so kena lah jaga leklok kan. Sebenarnya setiap 2 kali setahun kita wajib jumpa doktor. Demi gigi ni ku rela berkorban apa saja janji gigiku sihat walafiat, lau sakit mak jugak yang susah.
Saturday, June 21
Kacang Pool Haji
Assalamualaikum...
Petang tadi kami bertiga singgah kedai kacang pool haji dekat dengan bomba Larkin.
Setelah setahun di Jb ni, akhirnya aku dapat mencuba kacang pool ni. Rasa memang sedap apatah lagi di makan dengan roti. Siapa yang datang JB silakan mencuba makanan ini. INshaAllah sedap.
Oh, kami sesat mencari kedai ni, almaklumlah tak biasa sangat jalan di sini. Hehe. Layankan gambar di bawah ye.
Thursday, June 19
Puding triffle ala-ala kadar
Tersebutlah kisah suatu hari, bila opismate aku cakap nak makan trifle, dan tiba-tiba mulut ni meleleh nak makan jugak,almaklumlah dah lama sangat tak makan puding ni kan.
So, bahan-bahan untuk buat trifle ni tak susah. ANTARA bahan-bahannya adalah:
1. 1 tin susu cair
2. 4 sudu tepung kastard
3. 5 sudu gula (ikut selera korang)
4. 1 tin air biasa
5. Jely agar-agar
6. Buahan coktail
7. Kek Appolo (nak guna kek span pon boleh)
8. Esen vanila 4 sudu kecik
LAPISAN 1
Susunkan kek Appolo tu rapat-rapat bagi padat. Then ambil air coctail untuk lembabkan kek tersebut.
Kemudian, taburkan buahan coctail tadi atas kek appolo.
Panaskan susu cair, tepung kastard, gula, air biasa, esen vanila sehingga pekat dan mendidih.
Lapiskan seLepas buahan coktail tadi dan lapisan terakhir adalah jely agar -agar (aku guna Nona). Korang boleh pilih nak warna apa.
Ikut minat masing-masing..Macam aku suka warna sirap biasa je.
Nampak merah. Nak guna perisa lain pun boleh.
No hal lah.
Untuk nampak lebih menarik anda boleh letak buah kiwi atau buah strawbery diantara jely tu,macam aku terpaksa letak buah peach sebab ala kadar je kan.
Siap untuk dimakan. Jangan lupa letak dalam peti kasi sejuk sama dia.
Sunday, June 15
Gunung Pulai
__________________________________________________________________________
Tiba-tiba lalu seorang uncle ni nyanyi-nyanyi kat kiteorang.."rain rain go away, please rain another day". Comel kan.
Nasib baik jumpa tempat berteduh bolehlah berteduh sekejap sambil borak-borak dengan uncle-uncle yang turut berhenti juga. Hujan lebat susah nak teruskan perjalanan. Kebanyakkan cina. Dorang memang ramai,orang melayu tak ramai sangat. Walaupun uncle uncle ni dah 50an (aku agaklah) tapi dia punya stamina tu memang tip top lah! Aku yang masih muda remaja (remaja ke?) ni kadang kadang rasa semput jugak la,lenguh-lenguh kaki tapi dorang steady.
Begitulah sedikit kisah aku dan gunung Pulai,sangat seronok naik atas sana. Walaupum tak banyak gambar sebab hujan tapi layankan aje gambar-gambar bawah tu.
Sedikit pesanan penaja:
1. Sediakan payung sebelum hujan (kalau tak basah kuyup macam aku)
2. Guna kasut yang bersesuaian (tapi aku tengok uncle2 steady je guna kaki ayam). So?
3. Minum pagi dulu bagi ada tenaga sikit (aku minum + makan vit. C.
4. Daki di awal pagi.
5. Kalau ada baju hujan lagi senang.
6. Jangan minum air banyak sangat sebab nanti semput dan kat atas tak ada toilet ye..lau terasa nak buang air, semak samun je jadi toilet korang.
7. Bawak baju spare (kot-kot hujan senang nak salin, jangan jadi macam aku, bawak baju lebih tapi letak dalam beg then beg aku bawak naik atas, so bila hujan semua basah. Ngok ngek x
8. Sambil daki tu eloklah kita berzikir ke, istighfar ke..dapat pahala. lagi satu rasa lebih cepat sampai daripada korang borak-borak kosong.
Sekian, terima kasih
by kuepelita
![]() |
| Entrance Gunung Pulai |
![]() |
| Kawasan pendakian |
![]() |
| Anggun tak cafe ni.. |
![]() |
| pemandangan kampung yang indah lagi permai, bawah gunung Pulai |
![]() |
| Ni aku dah lupa samaada turun @ naik.. |
![]() |
| Seronok!!! |
![]() |
| Bila dah sampai puncak di tulis STOP korang kena stop la ye..jangan naik lagi kat atas, nanti kena marah...ada erti? |








