Wednesday, August 24

saya tak pernah menyesal kenal awak..

awak..







saya nak luahkan ini untuk awak, harap awak baca


macam mana kalau kite di takdirkan tak bersama?






macam mana kalau awak dan saya tak boleh bersama?






macam mana wak?






saya tak pernah menyesal kenal awak..






saya tak pernah rasa bosan bersama awak..






awak lain dari lelaki lain yang saya kenal..






tapi..






macam mana kalau saya di takdirkan bukan utk awak






kalau lah saya boleh undurkan masa wak,






mungkin kite tak kan berkenalan,






mungkin awak tak kan terseksa hidup dgn saya,






mungkin awak akan hidup lebih bahagia dgn org yang lebih layak dari saya,






dan mungkin...ini semua berlaku sebab saya di takdirkan utk hidup sorang,






saya taw,






saya bukan wanita terbaik utk awak,






awak..






saya mintak maaf,






saya dah tak dpt berada kat sisi awak pas ni,






saya taw, biar awak panggil saya kejam,






biar awak panggil saya  lupa diri,





semua mende tu tak sakit..






tapi yg paling sakit..ialah menyakitkan hati awak..






andai awak tahu betapa saya menahan segala perasaan saya waktu saya tengking awak,






andai awak tahu, yang saya menangis bila awak pergi,






andai awak tahu....






semuanya saya lakukan utk diri awak..






biarlah saya yang menderita ,






biar lah saya yg merindu,






saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia























Saturday, August 20

Cinta yang sempurna

Assalamualaikum dan selamat pagi sedare semua..

Tengah borak-borak dengan my opismate tiba-tiba terkeluar lah topic nikah kahwin..Topic ini memang best kan untuk diborakkan..betul tak??
Topic pagi tadi adalah best ke kahwin muda??

Mestila besh kan sebab dapat bersama-sama sehidup semati (kalau ditakdirkan la) dengan yang tersayang...
Tapi kan ramai muda mudi sekarang kahwin muda sebab tak tahan gelora nafsu..Tapi ada betulnya kan..


So,aku pun try la tanye opismate aku nie,dia dah kawen dan anak sorang...

"u kawen awal tak?"soal aku

"Tak awal sangat pun dalam 27 tahun..Sebenarnya kahwin ini besar tanggungjawab tau..Lebih-lebih lagi lelaki yang bergelar suami.Banyak yang dia kena tahu." Tuturnya perlahan-lahan.

"Betul tu,I setuju sangat dengan u..Tapi sekarang  kan budak-budak muda asal kenal je terus nak kahwin kan.Tak sempat nak kenal hati budi dah ajak kahwin." Tambah aku lagi.

"Sebelum kahwin tu selidik la dulu siapa kekasih kita,penting tau semua tu..jangan terus terima je.Make sure jugak yang u dan pasangan u dah ready dari segi mental dan fizikal bila dah nak kahwin nanti dan yang paling penting cuba bersikap matang dan jangan bersikap macam budak-budak.pastikan ur bakal suami tu keje dah tetap bukan apa nanti untuk masa depan u jugak,cuba u tgk masalah rumah tangga sekarang banyak yang musnah sebab duit la" Panjang lebar dia menasihati aku.

"Sesetengah pasangan ni asyik nak cepat-cepat kahwin je,tapi dari segi perangai masih lagi kebudak-budakan lagi.I try ambil contoh kawan i la k,dia umur 25Tahun dah kahwin.Masa nak kahwin tu siap buat personal loan 40 ribu..Satu angka yang banyak kan pastu siap tukar kereta lagi..Pakai keta mewah jugak.Dengan gaji yang tak seberapa,tambahan pula baru kahwin memang pokai gila la..pas kahwin, 3 bulan temenung panjang sebab fikir banyak duit habis.Kita nak kahwin kena la bijak berbelanja kan.Dapat pulak bini yang suka buat keputusan melulu,beli pulak set rumah beribu-ribu ringgit..Memang bertambah-tambah la pokai." Tokoknya lagi.

"Maknanya laki bini sama-sama boros la"teka aku 

"Ya.Bukan setakat borus tapi asyik bergaduh je.Sebab perangai tak matang la jadi camtu.I nak nasihat kan u,lau nak kahwin kena banyak plan tau,tak kisahla plan budget ke apa ke,asalkan ada plan..Bukan main hentam je bila nak kahwin.Satu lagi perangai kena la matang sebab kita menuju ke alam perkahwinan." Terus dia menasihati aku.

"Betul apa yang u cakapkan tu,InshaAllah i cuba ikut nasihat u.Tapi kan orang cakap perempuan baik untuk lelaki yang baik kan dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat rasa betul tak kata-kata tu?"Soal aku.

"Sebenarnya tak semestinya jugak.Kalau kita dapat yang tak baik pun kita bole sama-sama nasihat antara satu sama lain kan. 

Ada kena mengena ke entry ni dengan gambar diatas


Cinta yang sempurna adalah saling melengkapi antara sempurna dan yang tak sempurna.


"Owh..faham-faham?" Jawab aku lagi
So sebagai kesimpulannya
"Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya.."

Wednesday, August 17

Ada pesan untuk kalian...

Saya ade terbaca di BLOG http://aguskusuma.blogdetik.com beliau berbicara tentang CINTA..dan saya amat menyukai kata-kata beliau..


Buat sahabatku yg sedang terluka karena cinta. 
Ada pesan untuk kalian...
 
“Hidup itu bagaikan roda yang terus berputar, ketika masih berada di bawah dan hidupmu terasa begitu sulit, tetapi keadaan itu tidaklah untuk selamanya, bersabarlah dan berdoalah karena cinta yang lain akan datang dan menghampirimu dan menganugerahimu cinta yang lebih baik dari cinta sebelumnya”

Buat sahabatku yang tidak percaya akan CINTA, “Bukalah hatimu, jangan menutup mata akan keindahan yang ada di dunia ini
maka cinta akan membuat hidupmu menjadi bahagia

Buat sahabatku yang mendambakan cinta, Bersabarlah karena cinta yang indah tidak terjadi dalam sekejap. Saya yakin Tuhan sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Saya pun tak pasti saya ayat mana yang sesuai untuk saya..tapi yang pasti ia ada diatas..


Monday, August 15

"Pesan pada DIRI..


Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..Pada insan yang tak mengerti.. 
Kerana,sekali kau memberi,selamanya dia di HATI..
Kerana,sekali kau dilukai,sampai bila-bila tetap kau ingati..
Pesan lagi pada DIRI, berhati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI..."

Ingatan

Kadang-kadang kita alpa mengingati Allah, 
lantas Allah turunkan ujian dan kesedihan supaya kita beringat.. 
kalau 'buas' sgt, Allah demamkan supaya 'berehat' sebentar dari kejahatan..

kadang-kadang kita jarang memberi, maka Allah 'hantar' org kepada kita seperti peminta sedekah supaya kita beroleh pahala..

TETAPI kalau dah bagi pelbagai peluang dan hati masih tak beringat, nauzubillah, takut2 hati telah MATI sebelum jasad terkubur..
 

Sunday, August 14

Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Tahu


Assalamualaikum..



Alhamdulillah..hari ini dah genap 14 hari kita berpuasa..syukur sangat kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat bulan yang penuh Rahmat ini..

Saya pun sebenarnya dah tak sabar tau nak balik kampung,nak jumpa ayahanda bonda dan sanak sedara..wahh gitu..

Tinggal beberapa minggu ni nak balik kampung,InshaAllah jika tiada aral melintang mungkin 26 Ogos bersamaan 26 Ramadhan(Jumaat) saya akan pulang ke kampung..nak merasa nikmat berbuka bersama family tersayang..wahhh hepinya kan!!

Tapi 18 Ogos nie pun hepi gak bcoz,my company anjurkan Majlis berbuka Puasa..So dapatlah berbuka bersama2 kan..Majlis tu akan diadakan di Tupai-Tupai Restaurant kat Jalan Istana kalau tak silap lah alamatnya.Orang cakap steambot kat Tupai-tupai sedap,saya pun tak tau lah sebab tak biasa lagi ke sana.

Minggu depan juga seminggu saya outstation kat luar,kena buat mentoring kat Perpustakaan Kuala Lumpur..Ala yang kat Dataran Merdeka tu..Tau kan..kan??

So bz la sikit kan,tak dapat nak update blog ini..

So,sempena bulan puasa ini kita disarankan memperbanyakan amalan-amalan sunat..Betoi tak..
Tapi saya sering terbaca didada-dada akhbar yang menceritakan banyaknya berlaku masalah-masalah rumahtangga dan sebagainya..

Apa puncanya semua ini terjadi kan..Jika dibahaskan pun masalah ini takkan habis..Tol tak???
Tapi banyak-banyak yang saya bacalah,ini macam statistik la kan..Rata-rata yang cakap semua ini terjadi sebab adanya laman sosial..Contonya Facebook..

Apakah itu facebook??

A website that allows members of the public who register on the site to create a profile of personal information and to share messages, photos, links, videos and other content with their friends and networks of people who have also joined the site.


Itu adalah antara meaning facebook...ada banyak lagi meaning dia tapi saya suka yang ini..he3

So,apa masalahnya dengan facebook ini..adakah dia banyak menyusahkan kita...Susah sebenarnya nak jawab soalan tu..Tapi saya sendiri pun ada facebook dan saya rasa ia tak menyusahkan saya pun..Dah macam addict pun ada juga dengan facebook ni..sehari tak jumpa rindu wooo..

Dengan wujudnya facebook ini,saya dapat berinteraksi dengan kawan-kawan,sedare mara yang jauh-jauh..dan ia menolong kita merapakan hubungan silaturahim..yer dopp..

Tapi ada jugak orang yang MENYALAHGUNAKAN facebook ini!!!

So,berdasarkan pencarian saya di laman sesawang disini saya senaraikan keburukan facebook dan geng-geng social dia..

1) Leka Bermain Game

Kalau anda semua perasan la,sekarang ni dah makin banyak game baru dalam facebook.Kepada yang memang dah gila dan kemaruk sangat dengan game-game nie,apalagi memang akan hadap je la facebook tu 24 jam tanpa henti..leka main sampai semua tangjawab diabaikan..haduyaii..apa nak jadi kan..uishh uishh

2) Melalaikan

Saya sangat setuju facebook ni melalaikan..Sebab saya pun sering lalai juga tau..Huhuu..sampai je opis terus on PC dan terus je terjah facebook..Itu adalah perkara pertama yang kita buat bila sampai opis kan..Tapi bagi mereka2 yang facebook nya diBLOCK anda memang bertuah sebab tak lalai macam kami..heheeh..Kadang-kadang takde apa pon, nak kata selalu orang private message, tak juga. Nak kata kite ni glamour di facebook, tak juga. Tapi nak juga terjah walaupon takde apa-apa yang menarik. Hingga kite pon tak tau kenapa kite biarkan saje on facebook tu.

3) Memaparkan Gambar Yang Mengaibkan

Yang ini tak soh cakap ler..memang banyak gambar-gambar yang mengAIBkan diupload..Gambar-gambar sendiri kalah artis kan..? Gambar yang mengaibkan tu seperti gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat, yang pakai baju seksi-seksi, dedah sana dedah sini, ada juga gambar couple yang menjolok mata, berpeluk-peluk walaupon belum nikah, konon nak tunjuk betapa romantiknya dan loving couplenya pasangan tu. Sebenarnya gambar-gambar ni akan mengaibkan diri sendiri selain menambah biakkan saham dosa kite. Yang paling best tu, siap ada member lain tolong tagkan gambar tersebut kepada member yang lain pula. Wah makin berganda-ganda lah saham tu.

4) Menghubungkan Kembali Kekasih Lama

Ini la yang saya nak cakap tu..Wah bila dah ada facebook terus searching nama kekasih lama kan..Ini memang bahaya. Cukup bahaya kepada yang dah berumahtangga. Kalau berhubung tapi tidak menimbulkan apa-apa perasaan tak mengapalah, tapi bagaimana kalau berhubung dan menimbulkan kembali perasaaan yang pernah berputik satu tika dulu? Siap mengimbau kenangan-kenangan lama lagi tu, tak ke kes naya tu…Mintak jauh la kan..

5) Luahan Di Wall

Ada pasangan bercinta meluahkan perasaan di wall kepada kekasih. Contoh ayat-ayat seperti “Hubby, I love u so much!! Miss u like crazy, baby janji baby takkan tinggalkan hubby hingga akhir hayat”, dan si kekasih hati pon membalas, “I love u too baby, hubby pon macam tu juga”. 

Wah romantik la kunun kan..Hubby baby lagi..clas gitu..Konon-konon nak bagitau pada satu dunia la yang pasangan ni memang setia dan sehati sejawa. Kalau dah bernikah tu tak heranlah juga, ni baru bercouple. Tak perlulah nak luahkan perasaan tu pada umum, orang tau anda sedang dilamun cinta dengan melihat pada ‘Relationship status’ tu. 


Lagi satu, malu la sikit dengan golongan yang lebih tua bila membacanya. Contoh seperti adek beradek ke, ipar duai ke, makcik pakcik sedara, sepupu sepapat. Kan ke tak manis tu kan. Bukan apa, setiap percintaan tu belum tentu berakhir dengan perkahwinan. Maka kalau anda beriya-iya menulis sayang sayang di wall, tup tup satu hari hubungan ada masalah dan terputus di tengah jalan, bukan ke malu namanya tu.

Kepada pasangan yang telah berkahwin pula, ada dengan slumbernya bercerita masalah rumahtangga di wall. Tak kurang juga meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap suami di wall. Contahnya "suami i dah tak romantik macam dulu dah..sedih tau.."..Alahai, bukan tak boleh berbincang di rumah, private message ke, atau sms ke, atau email ke, tak perlulah nak cerita semua di wall, dan ini akan membuatkan orang lain membacanya. Secara tak langsung orang luar akan tau masalah dalaman dalam rumahtangga.

Ada saya penah terlihat budak ini,baru darjah 6 tau tapi bila tengok dia punya status kat facebook Married with si polan..woo kelas gitu tau..i yang dah 24 thn nie pun tak married lagi u..huhuuu..


Nak tanya sikit u dah sunat belum sampai nak married-married ni..Maafla la yer..eloknya focus dulu kat pelajaran tak soh la duk jaja sana sini tentang status ko tu..

6) Kekasih Gelap

Ada juga pasangan yang dah berkahwen mempunyai kekasih gelap di facebook. On facebook semata-mata nak berhubung atau chatting dengan kekasih gelap. Bukan tak tau yang masing-masing telah mempunyai suami atau isteri, tapi tetap juga menjalinkan hubungan dengan alasan sekadar suka-suka.  Dan alasan sekadar suka-suka itulah yang menjadikan hubungan rumahtangga menjadi berantakan. Penyudahnya, anak-anak menjadi mangsa.

7) Terjebak Dengan Bisness Online
Penah dengar tak ada satu business kat Facebook.."Buat Duit dengan Facebook."Ha ini lagi satu masalah. Betul ke idok kita pun tak tau kan..Saya pun tak pernah mencuba..Takutlah nak try sebab kita tak tau sumber duit tu datang dari mana kan..rezeki yang halal tu penting tau..

Kadang-kadang Semakin ramai peniaga online memperkenalkan barangan jualan mereka di laman facebook ini. Dan ini membuatkan golongan-golongan yang boros macam saya ni mudah terpengaruh, lantas terjadinya pembaziran. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita order barang itu ini, yerla, kebanyakan produk online ni memang cantik-cantik berbanding dengan yang jual di kedai maka mata pon menjadi rambang.  Lebih-lebih lagi ianya tidak memerlukan kos minyak, hanya pilih saje di photo album, order dan bayar secara online. Memang mudah, akan tetapi duit mengalir pon cukup mudah. Yer dopp?

Ok setakat ini sajelah yang dapat saya dapat kupas. Kalau ada pendapat yang lain, kita boleh bincangkan bersama-sama nanti yer..


So,pesanan ini untuk kita jadikan panduan bersama-sama..Saya mengingati diri saya sendiri dan tuan puan juga..Harap-harap kita sama-sama menuju ke jalan kebaikan..Hindari masalah-masalah yang akhirnya menyebabkan diri sendiri tersungguh dilembah kehinaan..OK..Janji tau kita sama-sama berubah..Gunalah facebook dengan sebaik mungkin..no scandal-scandal lagi tau..

Ha..kite tengok sapa yang menang!!!








Wednesday, August 10

Application letter saya

(Gambar saya yg cute)














Cik Kuepelita
22 Jalan 3/6
Indah Cempaka,
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya) 

Malaysia Airlines System

10 August 2011

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System

Sehubungan dengan perkara diatas, saya kue Pelita no k/p 831021-10-5394 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. 

Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan  tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Pengalaman kerja 

Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang,
Kuala Lumpur (kedai gemok)

p/s (alignment kat situ tipu) 

Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti) 

4. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan main-main lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. 

Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai. 

Sekian terima kasih.


Yang benar,

(Kuepelita)
22 Jalan 3/6
Indah Cempaka,
68000 Ampang
Selangor.