Tuesday, October 9

Tunjukkan aku Jalan Pulang

Terkadang dalam hidup nie memang banyak perkara yang lucu dah terjadi kan.

Sama lah cam gua.Syawal lepas my friend Lolin ada jemput ke rumahnya untuk makan-makan.So memang dia jemput betul-betul lah dengan kereta nya yang cute lagi comey tu..hehe.. Alkisahnya,adik Si Syen turut di jemput ke rumah Lolin,So kebetulan dia datang naik LRT dan nak dijadikan cerita Si Lolin nie suruh gua g ambil adik Syen kt LRT Setiawangsa dengan motor suaminya.

So dia memang bagi peta kat gua takut gua tersesat.Al maklumlah gua mana lah biasa dengan kawasan situ. So,pergilah gua menjemput adik Syen dengan berbekalkan peta si Lolin td. 

Vrommm vrommmmm…VROMMMMMMmmm…(bunyi ekzos motor).. 

Wah bestnya naik motor nie alkmaklumlah dah lama kan tak naik motor. Guest what???gua langsung tak tengok peta tau.Main bawak je motor tu.ahahahahhaa dan akhirnya sampailah gua kat LRT tu.Tapi yang gua heran bukan LRT Setiangwangsa tapi LRT jelatek.Huishhh camne ni boleh sampai sini.Salah LRT maaaaa… So nak tak nak terpaksalah suruh adik Si Syen patah balik ke LRT jelatek sebab gua memang dah tak tau nak p ke LRT Setiawangsa tu.Mmmmmmmm Kesian kan..Salah gua gak sebab tak tengok peta…(sowi yer dear) Bila adik Syen dah sampai kt LRT tu gua pun nak bawak balik p umah Lolin la DAN sekali lagi gua tak tengok peta.Actually kan gua memang tak pandai dan tak minat lah nak tengok-tengok peta ni.tak suka tawww.. 


So memang sekali lagi sesatlah..hahahahahaha Kali ni lagi best gua sesat.Sesat dan masuk DUKE terus..wakakakakakkaka Bila dah masuk highway nie paham-paham jelah kan..memang susah lah nak u-turn balik.So gua layankan je..Pastu merah keseluruhan muka dan kesian lagi kat adik Si Syen nie dah la datang jauh-jauh dari Kelana Jaya terus gua heret dia ke lembah kesesatan nia.Kesian kan. Sebenarnya gua tak kisah sesat sebab best woo ronda-ronda KL naik motor nie.Gua pun memang minat motor,kalau nak bawak kereta gua gayat beb. Tapi hari tu kalau gua jumpa En.Polis memang masak ar,sebab: 

1. Gua tak bawak lessen 

2. Roadtax motor tinggal kt rumah 

Cukup lengkap kan kesalahan gua.Orang lain memang tak leh challenge ar..wakakakakakaa Sesat punya sesat dan akhirnya gua nampak Sign board ke Ampang. Macam Happy je tengok Ampang,terus gua pecut dan akhir gua sampai Rumah gua sendiri kat Taman Cempaka..hahahahahhahaah.. Daripada nak pergi rumah Lolin, balik-balik sampai rumah sendiri..hauhauuuuuuuhuhuuu 

So berhenti Kat Petronas (belakang rumah gua) pekena Nescafe favorite gua. 

“Ipoh white Coffee” Sedap…(walaupun dalam hati gundah gulana dah bawak anak orang sesat) Muahhahhaaaaaaaaaa 

So Lolin bersama suaminya Saiful datang menyelamatkan kami daripada terus ke lembah kesesatan.. Beberapa minit kemudian,dorang datang angkut kami naik keta dan motor tadi suaminya bawak balik.ngeeeeee Malu beb sebab sesat jauh sangat,sampai rumah sendiri kot..agagaggagagaga
Sebelum gua sesat..Bukan main pose lagi ek..hamek kau sesat...

Moral of the story:Jangan khayal masa bawak moto andddddd please fokus masa orang duk xplain.FAHAM!!!

*perasan tak banyak sangat "SO" dalam citer gua nie..

Monday, October 8

Cinta Pi Ramlee

Thanks to: 

http://www.youtube.com/watch?v=FHGxjZ-nxrQ&feature=related http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2012/10/5-tahun-pemergian-seniman-agung.html

Assalamulaikum..

Siapa yang tak kenal Seniman Negara Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, (March 22, 1929 – May 29, 1973).



Sebut je nama dia pasti ramai yang mengetahui.So nak dijadikan cerita,my opismate duk tengok kat youtube biography tentang Pi Ramlee di Playlist dari rakaman History Channel. Pada mulanya dia tak terlintas nak tengok rakaman ni tapi takdir tertengok juga sejarah tentang Pi Ramlee ni.Saya rasa rakaman ni memang sesuai untuk kita tengok sebab banyak yang dapat kita pelajari.

Suka duka kehidupan seorang Seniaman yang di agungkan selepas kematiannya. Di sebalik suka terdapat duka yang ditangungnya.Kalau nak tengok boleh click sini. 

Dokumentari ini mengisahkan kisah Pi Ramlee dari kecil sampai la beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1973. Memang bila dihayati saya rasa sedih sangat,melihat perjuangannya yang tak pernah mengenal erti putus asa. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuat kita ketawa sehingga hari ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan. 

Lihat juga bagaimana 'berjayanya' P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. Saat meningal dunia yang kehidupan beliau sungguh daif sehingga terpaksa makan nasi berlauk kicap je.Padahal beliau sungguh terkenal. 


Dalam dokementari ni juga ada dicerita pasal isteri-isteri beliau. 

1.Junaidah Daeng Harris (1950–1954, died 1998) 
2.Noorizan Mohd. Noor (1955–1961, died 1992) 
3.Saloma (died 1983) 

Before this,saya hanya tahu Saloma je isteri beliau tapi selepas tengok dokumentari tu baru saya tahu yang beliau ada isteri sebelum Saloma.

Sepanjang hayatnya P. Ramlee tidak pernah mengawini 'anak dara', isterinya ketiga-tiganya janda. Dengan isterinya yang pertama JUNAIDAH perkahwinannya hanya kekal 4 tahun. Mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 1949, dan bercerai di tahun 1953.

Pada tahun 1954, P. Ramlee menikah pula dengan NORIZAN janda Almarhum Sultan dis ebuah negeri di Malaysia, suatu pernikahan yang paling menggemparkan, tetapi perkahwinan keduanya mengalami perceraian pada tahun 1961. 

Dan akhirnya Di tahun 1961 juga P. Ramlee telah menikah dengan Saloma yang ketika itu nama Saloma sedang top, sedang mengharum! 

Tapi rasanya dalam dokumentari ni banyak berkisar tentang kisah bekas isteri kedua Noorizan yang diceritakan.Bekas Isteri 1 dan ke 2 tak banyak pun.Nape yer??

Maybe sebab Norizan paling cantik kot..ngeee 

Sanggup kan seorang permaisuri meningalkan istana untuk berkahwin dengan Pi Ramlee.Sanggup meninggalkan pangkat sebagai permaisuri.Wahhh dasyat kan.Kalau korang sanggup???ada berani buatla..wakakaka

Oke..oke.. Dalam dokumentari tu saya dapat rasa yang Pi Ramlee betul-betul cinta kan Norizan. Kalau tak percaya cuba tengok betul2 dokumentari tu selepas beliau kahwin je ngn Norizan terus namanya meletup-letup dan filemnya terus meletop ko..hebat kan.Wah kuasa cinta. Tapi sayangnya kebahagian bukan milik mereka.Perkahwinan hanya mampu bertahan selama 6 or 7 tahun je. Biasalah kan dah kahwin dengan artis so masa tu pula Pi Ramlee tengah BZ ngn Filem-filem dia so mb masa untuk bersama keluarga tu tak banyak.lebih-lebih lagi suami dia hero Malaya,mestilah ramai perempuan terpikat.Cemburu tu dah pasti. Untuk pengetahuan, Pi Ramlee nie seorang yang romantik tau,setiap isterinya ada lagu khas yang diciptakannya. 

Ketika bersama Norizan, P. Ramlee mencipta lagu Tidurlah Wahai Permaisuri. Norizan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 1992. Masa temubual dengan Norizan,Norizan ada cakap yang dia betul2 sayangkan Pi Ramlee hinggakan dia sanggup berkorban tinggalkan istana.Sedih tau. 

Pi Ramlee said “Norizan I tak mau ceraikan u.tapi kalau u nak bercerai gak I tak dapat nak buat apa-apa” Katanya Nyawa dia dalam badan Norizan. 

Tengok betapa sayangnya dia pada Norizan, tapi Norizan merasakan yang Pi Ramlee mengabaikannya dan terlalu pentingkan kerja.Dirinya rasa terabai dan tidak disayangi. Nak buat camne kan dah jodoh sampai situ je. Oke oke.. 

So sekarang kita story pasal Saloma ni plak.Beliau ni pon boleh tahan.Mencintai Pi Ramlee sangat-sangat.Dari Info yang saya dapat, beliau prnah berkahwin dengan AR Tompel,ala ayah kepada Adlin Aman Ramli tu.Tapi perkahwinan mereka juga tidak dapat bertahan lama dan dikurniakan seorang anak bernama Armali aman Ramli.

Blog nie la banyak citer pasal Saloma.Click sini http://lalala-lands.blogspot.com/2011/08/saloma-bini-ar-tompel.html .So kalau nak tahu lebih lagi boleh la click situ. So kalau nak tahu lebih tentang kisah isteri-isteri beliau sila la  Sini


OKe..untuk isteri pertama dia ni saya tak dapat banyak sangat info tapi apa yang saya tau anak Pi Ramlee yang yang bernama Nasir memang bersama isteri pertama dan anak ke dua mereka telah di bawa tinggal di Jakarta.

Sampai sini jelah cite saya yer..Nak tahu lebih lanjut lagi saya syorkan kome-kome sume tengok je dokumentari tu,pasti jadi cam kami..ok 

والله أعلم بالصواب


Pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri dan para sahabat semua:

So kita sebagai manusia biasa yang serba kekurangan ni janganlah terlampau menghukum seseorang tanpa sebab kan.kadangkala perasaan iri hati lah yang membuatkan seseorang itu hilang semangat untuk terus hidup.



Friday, September 21

Cinta Level 40

Assalamulaikum...

Masih ingat Cinta Menara TM.kalau lupa click je sini.Saya pernah berjanji untuk menyambung bercerita tentang kisah cinta mereka dan sekali lagi saya berbesar hati menamakan kisah mereka Cinta Level 40!!! Dimana ya ingin saya mulai kisah mereka,oh ya apa kata saya teruskan saja dengan kisah perkahwinan mereka ala-ala malu-malu kucing gitu. 

Kami lima beradik tiri (saya,ceni,lolin,fifi,bai)memang merancang untuk menghadiri majlis akad nikah yang akan dilangsungkan selepas isyak.Tema pakaian kami lima beradik adalah jubah. So memang sepakat dah malam tu pakai jubah HITAM.

Dan akhirnya sahabat kami Nasuha ariyani sah bergelar isteri kepada Muhammad Ammar’ tapi tak ingat berapa kali lafaz.HEHEHE Kami sentiasa doakan dia bahagia dunia akhirat.Semoga menjadi isteri yang solehah,menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya kelak.InshaALLAH. Dia sahabat yang kami sayangi. 



Mungkin kerana persahabatan ini telah lama terjalin,semakin membuatkan kami mengenali antara satu sama lain.Kenangan berkawan dari UITM Machang sehinggalah ke UITM Puncak Perdana. Terpisah seketika bilamana masing-masing menjalani Praktikal.Awa,ceni,zezek dan Fifi di Perpustakaan UiTM Kelantan manakala saya jauh terpisah di Ungku Aziz resource Centre,KLMU. Tapi itu hanya sementara bila dia kembali bersama di Kotaraya mencari kerja.Apabila tamat praktikal saya masih di KL mencari kerja dan awa datang KL bekerja sebagai kerani sementara.Dia pernah cakap gaji dia dapat entah berapa sen je sebulan tapi itulah dia seorang yang gigih berusah.Gigih mencari rezeki tanpa mengenal wang ringgit. 

Setelah beberapa minggu menganggur akhir dia ada bagi saya nombor telefon kerja sebagai customer service executive.Dalam hati berdetik macam best kerja ini. Setelah menghubungi nombor tersebut kami sepakat untuk pergi temuduga bersama-sama.saya,awa dan seorang lagi teman praktical saya wan husna. Saat ditemuga sangatlah mendebarkan kami.Mengikut perkiraan saya ini adalah temuduga PERTAMA saya selepas bergelar graduan. AKhirnya mereka BERJAYA temuduga itu dan malang sekali saya GAGAL. 

SEDIH.KECEWA.PUTUS ASA!!! 

Itu yang saya rasa ketika itu. Mereka banyak bagi kata-kata semangat.

Kenapa saya gagal masa di temuduga?

Sebab dah takdir..

Emm...sempena kejayaan mereka yang lulus temuduga itu kami seterusnya ke Wangsa Walk.Nak celebrate la tu..huhuuu..Nak nyanyi-nyanyi la pulak dahla hati sekarang tengah berduka nestapa.Layankan je masuk nyanyi-nyanyi pakai baju kurung sebab baru balik temuduga kan.

Tapi bila teringat balik tentang temuduga tu rasa kecewa sangat tapi nasib baik saya masih diberi peluang ke dua untuk sekali lagi di temuduga keesokan harinya.Hoyeahhh!!!

Dan Saya Berjaya Tuan-tuan,Puan-puan!!!
________________________________________________________________________

Kisah kami bermula sebagai Customer Service Executive untuk product streamyx(TM).
Tapi kami diwajibkan menjalani latihan selama 2 bulan sebelum layak bergelar (CS).

Penat doo duk ulang benda yang sama.

"Thank You for calling TM,Fisha speaking,How may I assist you."

Hahaa...nama saya pun dah bertukar jadi Fisha.Oh my english!!!

Tempat pertama kami untuk menjalani latihan adalah di Semua House KL seterusnya ke Menara Telekom Bangsar dan ke Menara Vads di Taman Tun Dr.Ismail KL.

Suka duka menjalani latihan ini amatlah banyak.Nanti ada masa saya story-story lagi k.
sekarang ini tangan pun rasa dah penat sangat.

Kami tak sempat pun bergelar CS sebab susah sangat nak belajar benda ni.Sampai lebam otak duk hafal semua pasal sreamyx.

Kami memang tak nak otak kami lebam so keputusan di capai untuk cabut ataupun dalam erti lain kami nak berhenti kerja.hahhahhaa...


So kami hanya sempat sampai ke Menara Telekom je.Khidmat kami terhenti disana.
Sebenarnya kami nak berhenti sebab tak larat dengan shift yang entah pape tu..

kalau shift malam start kerja dari jam 5 ptg sampai 12 malam.Kadang-kadang jam 1 pagi.
kalau yang shift malam saya dengan si awa ni naik motor.

Malam-malam buta balik kerja naik motor memanglah amat menyeramkan.
Hanya Allah saja yang tahu hati kami.

Tentulah ada yang temankan kami balik.hahahahaha.(Masa ni rasanya putik-putik cinta dah terbit di hati mereka..dah tumbuh mekar mewangi..eceh)

Sehinggalah ke hari ni mereka telah bersatu sebagai suami isteri.

Sekian...






Add caption

Thursday, September 20

Ku ingin kesana

Impian setinggi gunung .Ya benar memang benar aku punya impian.Punya cita-cita yang tinggi. Ingin menakluki seluruh dunia.Menjejakan kaki ke dunia Eropah.Sungguh aku benci dan cemburu melihat ramai pelancong dari Eropah menawan bumi Malaysia.

Ya,darah penjajah di tubuh mereka tidak pernah hilang meskipun hari berganti hari. Inginku menapak jejak ke Bumi Eropah,mencari sisa-sisa sejarah Islam yang terdampar disana. Siapa yang tidak ingin melihat Menara Eiffel,Tembok Berlin,Konser Mozart,Stadium Bola San Siro,Colosseum Rom? Sungguh aku teringin. 

Seorang teman pernah menyatakan hasratnya kepada aku.. “Aku ingin sangat ke Turki.” “Kenapa Turki?”Soalku. “Turki sebuah Negara yang sungguh unik,di sana kamu bisa melihat dua peradaban yang berbeza.Sebab ianya ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia.Budaya Eropah dan Asia ada disana.Dua gabungan budaya yang sungguh unik.”Ujarnya. 

Jika suatu hari nanti diizinkan Allah aku pasti sampai ke sana. Janji Allah itu pasti jika kita berusaha. Tapi izinkan aku mulai langkah di Bumi Istanbul~Madinah~Makkah


Seterusnya ke Bumi Eropah yang penuh misteri itu…

Tuesday, September 18

Assalamualaikum...

Saya akui bukanlah seorang pembaca yang cepat menghabiskan bahan bacaan saya tetapi jika sesuatu bahan bacaan itu menarik minat saya pasti tak sampai beberapa hari saya mampu menghabiskannya.

Buku terbaru yang sedang dalam proses pembacaan adalah “99 Cahaya di langit Eropa:menapak jejak Islam di Eropa karya HANUM SALSABIELA RAIS.

Sebenarnya buku tersebut hadiah seorang teman yang sedang menuntut di Indonesia dan sekarang sedang menjalani latihan pratikal di salah sebuah hospital di Bandung.

Terima kasihat sahabatku..

Saya sendiri tidak pasti samaada buku ini ada dijual disini atau tidak tapi yang pasti buku ini sangat sesuai untuk bacaan kita semua.





Sinopsis untuk dikongsi:

Buku ini adalah catatan perjalanan atas sebuah pencarian. Pencarian cahaya Islam di Eropa yang kini sedang tertutup awan saling curiga dan kesalahpahaman. Untuk pertama kalinya dalam 26 tahun, aku merasakan hidup di suatu negara dimana Islam menjadi minoritas. Pengalaman yang makin memperkaya spiritualku untuk lebih mengenal Islam dengan cara yang berbeda.

Aku dan Fatma mengatur rencana. Kami akan mengarungi jejak-jejak Islam dari barat hingga ke timur Eropa. Dari Andalusia Spanyol hingga ke Istanbul Turki. Dan entah mengapa perjalanan pertamaku justru mengantarkanku ke Kota Paris, pusat ibukota peradaban Eropa.

Di Paris aku bertemu dengan seorang mualaf, Marion Latimer yang bekerja sebagai ilmuwan di Arab World Institute Paris. Marion menunjukkan kepadaku bahwa Eropa juga adalah pantulan cahaya kebesaran Islam. Eropa menyimpan harta karun sejarah Islam yang luar biasa berharganya. Marion membukakan mata hatiku. Membuatku jatuh cinta lagi dengan agamaku, Islam. Islam sebagai sumber pengetahuan yang penuh damai dan kasih.

Museum Louvre, Pantheon, Gereja Notre Dame hingga Les Invalides semakin membuatku yakin dengan agamaku. Islam dulu pernah menjadi sumber cahaya terang benderang ketika Eropa diliputi abad kegelapan. Islam pernah bersinar sebagai peradaban paling maju di dunia, ketika dakwah bisa bersatu dengan pengetahuan dan kedamaian, bukan dengan teror atau kekerasan.

Perjalananku menjelajah Eropa adalah sebuah pencarian 99 cahaya kesempurnaan yang pernah dipancarkan oleh Islam di benua ini. Cordoba, Granada, Toledo, Sicilia dan Istanbul masuk dalam manifest perjalanan spiritualku selanjutnya.

Saat memandang matahari tenggelam di Katedral Mezquita Cordoba, Istana Al Hambra Granada, atau Hagia Sophia Istanbul, aku bersimpuh. Matahari tenggelam yang aku lihat adalah jelas matahari yang sama, yang juga dilihat oleh orang-orang di benua ini 1000 tahun lalu. Matahari itu menjadi saksi bisu bahwa Islam pernah menjamah Eropa, menyuburkannya dengan menyebar benih-benih ilmu pengetahuan, dan menyianginya dengan kasih sayang dan toleransi antar umat beragama.

Akhir dari perjalananku selama 3 tahun di Eropa justru mengantarkanku pada titik awal pencarian makna dan tujuan hidup. Makin mendekatkanku pada sumber kebenaran abadi yang Maha Sempurna.

Aku teringat kata sahabat Ali RA:

Wahai anakku! Dunia ini bagaikan samudra di mana banyak ciptaan ciptaan Nya yang tenggelam. Maka jelajahilah dunia ini dengan menyebut nama Allah. Jadikan ketakutanmu pada Allah sebagai kapal kapal yang menyelamatkanmu. Kembangkanlah keimanan sebagai layarmu, logika sebagai pendayung kapalmu,ilmu pengetahuan sebagai nahkoda perjalananmu; dan kesabaran sebagai jangkar dalam setiap badai cobaan.(Ali bin Abi Thalib RA)

Begitula synopsis yang diceritakan oleh sang penulis.InshaAllah saya cuba menghabiskan bacaan saya.

Moga-moga saya bisa menjejakkan kaki ke Bumi Eropa suatu hari nanti..InshaAllah..

Tuesday, September 11

Maggi ketam yang sedak lagi lazat..oh yeah!!


Maggi ketam ni dah jadi talk about dish di Kelantan. First heard about this dish last year from my ex-office mate. Then bila balik kg try tanya my brother and nak suruh dia tolong belikan tapi last2 I sendiri yang terjmpe masa p besut tyme raya baru-baru nie..and Im so hepi sebab dapat gak merasanya…Sedap memang sedap and I think you all shoud try,tak rugi tau..Tula dia meggi ketam sedap hingga menjilat jari tau..







Pesanan Khidmat masyarakat:


Cara makan maggi ketam ni ialah makan maggi dulu yer..ketam kemudian. Ini utk mengelakan maggi dari kembang semangkuk!! Heheh..



Friday, August 3

Harga Sebuah Cinta


“Cinta itu buta dan boleh membutakan..Bahawasanya kadang-kadang akal dan perasaan bercampur aduk tak tentu arah. Bahawa saya juga bukan manusia luar biasa. 


"Bahawa saya juga tidak bisa berlagak pandai sepanjang waktu, setiap hari. Bahawa saya juga punya kebodohan yang kadang-kadang susah untuk diterima dek akal. "


"Bahawa dengan segala kekurangan yang ada, saya cuma berani mencintai dia dalam diam. Bahawa saya bersedia membayar harga dari mencintai seseorang. Bahawa saya bersedia menanggung rasa sakit yang luar biasa. Bahwa saya mampu untuk tetap hidup meski rasa perih terus menjalar. Bahawa saya masih memiliki rasa takut akan kehilangan dalam hidup.Jadi saya biarkan saja perasaan cinta itu tumbuh mekar tanpa dia mengetahuinya…"