Friday, December 30

Tentang Melly


Assalammuailaikum...

Hari ni saya terpanggil sedikit nak berkongsi pasal drama TENTANG DHIA..ala drama yang tengah HOT kt tv3 tu..





Drama nie not bad la kan..boleh la kite layannnnn...hehhee..Tapi bila diperhatikan watak melly kadang-kadang lebih menonjol daripada Dhia kan..Rasa macam Melly plak pelakon utama dalam drama nie so saya rasa pengarah patut namakan drama nie sebagai TENTANG MELLY..ok tak..nama Melly pun best jugak ala-ala artis gitu MELINA ABDUL SAMAD..hahhaa..classs kan..

Watak DHia hanya menyerlah pada penghujung plot cerite tapi watak Melly tetap kuat sampai ke penghujungnya..Memang hebat la Melly nie..

Dalam cerita nie jgak u olls perasaan tak banyak watak yang mati..SEBAB yang last-last tu kite tau ZIKIR n DHIA MATI tapi yang sebelum tu dah rmai yang mati tau..cuba baca ni

Atok Azmi=mati terkejut
Bestfriend Zikir=mati eksiden
Ayah Dhia=mati kene santau
Ayah Raffi=mati mengejut
Kawan Melly=mati kene bakar
Mak Melly=mati kene bunuh
Baby Dhia + Zikir=mati jugak la sbb gugur
Pak Boon=mati!
Pakcik Kedai Kopi=mati pas tgk Melly
Mak Dhia=mati jugak

Dhia=MAti....
Zikir=MAti......
Semua matikan..urmmmm...u ols pernah dengar tak pasangan kekasih ke pasangan suami isteri ke dorang bila berjanji nak sehidup semati la kan..So bila tengok je drama ni barulah saya faham erti sehidup semati..Ala macam zikir dengan Dhia tu yang akhirnya dua-dua mati..Memang betul-betul sehidup sematila..hahahahah

Satu lagi memandangkan semua mati lepas neh saya sarankan pengarah buat continue drama Tentang Melly lak...tapi kat slot SERAM....semua yg mati neh pi buru Ku Salmi nak balas dendam! kui3....tunggu ye hehe
 
wahhhh..wahhhh Melly...berbakat..hahahahaa
 

Monday, December 19

Saya DIAM...

Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak ,


Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di CACI atau Di MAKI oleh awak , Saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH
TAPI


Saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya ,


Saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK ABAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain ,


DAN saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya.


Saya juga seperti awak , ada HATI & PERASAAN.


Cuma satu yg saya pinta dari awak , CAKAP lah secara BERHEMAH dengan saya dan HORMAT lah saya sebagai KENALAN awak.
Ingat lah bahawa ALLAH sentiasa berada di pihak yg BENAR


Ukhwahfillah :)”






SUMBER:https://plus.google.com/117041200206315143872?hl=en&tab=h#112316618732182099107/posts

Friday, December 16

Manfaat Air Kelapa Muda


Bismillah-hir-Rahman-nir-Rahim

Merantau-rantau di laman sesawang dan terjumpa la manfaat Air Kelapa Muda :





Thanks to https://www.facebook.com/profile.php?id=1297565299 kerana sudi berkongsi info ni.(^_^)

a. Mencuci muka dengan air kelapa secara istiqamah tiap hari dapat menyembuhkan atau melenyapkan jerawat, noda-noda hitam, kerutan pada wajah, kulit mengering, dan wajah menjadi berseri.

b. Campurlah air kelapa dengan sedikit madu. Ramuan ini merupakan tonik yang murah tetapi berkhasiat.
...
c. Air kelapa berkhasiat sebagai diuretik, iaitu untuk memperlancar pengeluaran air kencing. Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis bermanfaat untuk mengatasi dehidrasi (kehilangan air dari badan), juga untuk memerangi gangguan cacing dalam perut anak-anak kecil.

d. Jika air kelapa muda yang dicampur dengan susu, boleh ditaruh ke dalam makanan tertentu untuk menjadikan makanan lebih anak. Campuran air kelapa muda tersebut mempunyai khasiat untuk mencegah penggumpalan susu dalam perut, muntah, sembelit, dan sakit pencernaan.

e. Air kelapa juga mempunyai bermacam-macam khasiat sebagai minuman kesihatan. Di antaranya, minum air kelapa muda juga dapat membantu mengatasi pengaruh racun obat sulfa dan antibiotika lain, sehingga menjadikan ubat-ubat itu lebih cepat diserap ke dalam darah.

Nota: anda dinasihatkan tidak meminum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.

Wednesday, December 14

HambaMU


Assalamualaikum dan salam sejahtera...♥♥♥

Apa khabar anda semua,harap semua sihat..Insha'Allah

Erm..apa nak kongsi hari ni ek...owh

saya nak berkongsi lagu dari Mawi feat Akhil Hayy

cuba dengar dulu..





Ini pula lirik lagu HambaMU..

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa

Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
 
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


Sebenarnya ada kisah disebalik lagu ini,masa tu saya dalam kereta bersama kakak & abang ipar dan 3 orang anak buah,tiba-tiba lagu ni muncul dalam sebuah channel radio and masa tu volume slow sangat,so budak tiga org ni tak dengar,so die cakap kat saya

"ciksu,boleh tolong kuatkan sikit volume tu sebab adek tak dengar.." katanya si Alya

"Boleh,jap ek..adek suka ke dengar lagu tu..?" saya mula bertanya

"A'a..suka sangat."jawabnya sambil mengikut melodi lagu itu..

"Nape adek suka dengar lagu tu ea?" saya sekadar mahu tahu

"ammm..ammmmm...." mungkin dia tak tau kot nak jawab apa,almaklumlah budak kecik lagi....

Budak kecik pun suka dengar lagu ini dan jika kita perhatikan betul-betul ada sesuatu yang cuba di sampaikan..Sama-samalah kita hayatinya...

Monday, December 12

Bahaya fast FOOD

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

jari-jari ni asyik picit mouse je,jalan-jalan kat muka buku orang rmai n tiba-tiba terjumpa dan terbaca ni..




Ya Allah,betul ke ni..

Ermm...saya pun makan jugak fast food tapi lepas baca post orang ni terasa takut la,ye ler sekarang ni bukan boleh makan sebarangan kan.Lebih-lebih lagi makanan segera macam tu.

So,saya mengingatkan diri saya sendiri dan anda-anda semua agar kita dapat mengurangkan makan makanan segera ni keyh..INSHAALLAH...






Friday, December 2

Ya Allah

" Ya Allah...aku terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam jenis cinta sebelum aku berjaya mendakap cintaMU...Terlalu sakit rasanya Ya Allah..jatuh tersungkur,menjerit dan menangis hanya kau yang tahu..Moga pencarian cintaku berakhir di atas sandaran cintaMU.."

Thursday, December 1

i believe


When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe


Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day



If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace



I believe I believe, I believe I believe

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody:
Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement:
Maher Zain

Lirik lagu ni mempunyai keindahannya yang tersendiri.Bila dengar je lagu ni tenang je jiwa.Allah Maha Kuasa.DIA sentiasa bersama kita walau apa pun cara.

Tuesday, November 29

JALAN KAKI BISA JINATKAN 9 PENYAKIT

Assalamualaikum...

Hari ini,saya nak bercerita  tentang faedah bila kite kerap jalan kaki.So,aktiviti jalan kaki ni memang keraplah saya buat sebab nak ke tempat kerja pun kena jalan kaki bila turun je dari bus tu dan bila turun dari rumah nak ke stesen LRT pun saya kena jalan kaki juga.So,jalan kaki ni memang dah sebati dengan KAKI buat masa ni.

Inilah sembilan manfaat yang dapat diperoleh dari aktivitas jalan kaki

(1) Serangan Jantung. Pertama-tama tentu menekan risiko serangan jantung. Kita tahu otot jantung membutuhkan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner yang memberinya makan) agar bugar dan berfungsi normal memompakan darah tanpa henti. Untuk itu, otot jantung membutuhkan aliran darah yang lebih deras dan lancar. Berjalan kaki tergopoh-gopoh memperderas aliran darah ke dalam koroner jantung. Dengan demikian kecukupan oksigen otot jantung terpenuhi dan otot jantung terjaga untuk bisa tetap cukup berdegup.

Bukan hanya itu. Kelenturan pembuluh darah arteri tubuh yang terlatih menguncup dan mengembang akan terbantu oleh mengejangnya otot-otot tubuh yang berada di sekitar dinding pembuluh darah sewaktu melakukan kegiatan berjalan kaki tergopoh-gopoh itu. Hasil akhirnya, tekanan darah cenderung menjadi lebih rendah, perlengketan antarsel darah yang bisa berakibat gumpalan bekuan darah penyumbat pembuluh juga akan berkurang.

Lebih dari itu, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spons penyerap kolesterol jahat (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh. Tidak banyak cara di luar obat yang dapat meningkatkan kadar HDL selain dengan bergerak badan. Berjalan kaki tergopoh-gopoh tercatat mampu menurunkan risiko serangan jantung menjadi tinggal separuhnya.

(2). Stroke. Kendati manfaat berjalan kaki tergopoh-gopoh terhadap stroke pengaruhnya belum senyata terhadap serangan jantung koroner, beberapa studi menunjukkan hasil yang menggembirakan. Tengok saja bukti alami nenek-moyang kita yang lebih banyak melakukan kegiatan berjalan kaki setiap hari, kasus stroke zaman dulu tidak sebanyak sekarang. Salah satu studi terhadap 70 ribu perawat (Harvard School of Public Health) yang dalam bekerja tercatat melakukan kegiatan berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, risiko mereka terserang stroke menurun duapertiga.

(3). Berat badan stabil. Ternyata dengan membiasakan berjalan kaki rutin, laju metabolisme tubuh ditingkatkan. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktivitas berjalan kaki, kelebihan kalori yang mungkin ada akan terbakar oleh meningkatnya metabolisme tubuh, sehingga kenaikan berat badan tidak terjadi.

(4). Menurunkan berat badan. Ya, selain berat badan dipertahankan stabil, mereka yang mulai kelebihan berat badan, bisa diturunkan dengan melakukan kegiatan berjalan kaki tergopoh-gopoh itu secara rutin. Kelebihan gajih di bawah kulit akan dibakar bila rajin melakukan kegiatan berjalan kaki cukup laju paling kurang satu jam.

(5). Mencegah kencing manis. Ya, dengan membiasakan berjalan kaki melaju sekitar 6 km per jam, waktu tempuh sekitar 50 menit, ternyata dapat menunda atau mencegah berkembangnya diabetes Tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Sebagaimana kita tahu bahwa kasus diabetes yang bisa diatasi tanpa perlu minum obat, bisa dilakukan dengan memilih gerak badan rutin berkala. Selama gula darah bisa terkontrol hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), obat tidak diperlukan. Itu berarti bahwa berjalan kaki tergopoh-gopoh sama manfaatnya dengan obat antidiabetes.

(6). Mencegah osteoporosis. Betul. Dengan gerak badan dan berjalan kaki cepat, bukan saja otot-otot badan yang diperkokoh, melainkan tulang-belulang juga. Untuk metabolisme kalsium, bergerak badan diperlukan juga, selain butuh paparan cahaya matahari pagi. Tak cukup ekstra kalsium dan vitamin D saja untuk mencegah atau memperlambat proses osteoporosis. Tubuh juga membutuhkan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 menit terpapar matahari pagi agar terbebas dari ancaman osteoporosis.

Mereka yang melakukan gerak badan sejak muda, dan cukup mengonsumsi kalsium, sampai usia 70 tahun diperkirakan masih bisa terbebas dari ancaman pengeroposan tulang.

(7). Meredakan encok lutut. Lebih sepertiga orang usia lanjut di Amerika mengalami encok lutut (osteoarthiris). Dengan membiasakan diri berjalan kaki cepat atau memilih berjalan di dalam kolam renang, keluhan nyeri encok lutut bisa mereda. Untuk mereka yang mengidap encok lutut, kegiatan berjalan kaki perlu dilakukan berselang-seling, tidak setiap hari. Tujuannya untuk memberi kesempatan kepada sendi untuk memulihkan diri.

Satu hal yang perlu diingat bagi pengidap encok tungkai atau kaki: jangan keliru memilih sepatu olahraga. Kita tahu, dengan semakin bertambahnya usia, ruang sendi semakin sempit, lapisan rawan sendi kian menipis, dan cairan ruang sendi sudah susut. Kondisi sendi yang sudah seperti itu perlu dijaga dan dilindungi agar tidak mengalami goncangan yang berat oleh beban bobot tubuh, terlebih pada yang gemuk.

Bila bantalan (sol) sepatu olahraganya kurang empuk, sepatu gagal berperan sebagai peredam goncangan (shock absorber). Itu berarti sendi tetap mengalami beban goncangan berat selama berjalan, apalagi bila berlari atau melompat. Hal ini yang memperburuk kondisi sendi, lalu mencetuskan serangan nyeri sendi atau menimbulkan penyakit sendi pada mereka yang berisiko terkena gangguan sendi.

Munculnya nyeri sendi sehabis melakukan kegiatan berjalan kaki, bisa jadi lantaran keliru memilih jenis sepatu olahraga. Sepatu bermerek menentukan kualitas bantalannya, selain kesesuaian anatomi kaki. Kebiasaan berjalan kaki tanpa alas kaki, bahkan di dalam rumah sekalipun, bisa memperburuk kondisi sendi-sendi tungkai dan kaki, akibat beban dan goncangan yang harus dipikul oleh sendi.

(8) Depresi. Ternyata bergerak badan dengan berjalan kaki cepat juga membantu pasien dengan status depresi. Berjalan kaki tergopoh-gopoh bisa menggantikan obat antidepresan yang harus diminum rutin. Studi ihwal terbebas dari depresi dengan berjalan kaki sudah dikerjakan lebih 10 tahun.

(9). Kanker juga dapat dibatalkan muncul bila kita rajin berjalan kaki, setidaknya jenis kanker usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih tertib. Kanker usus dicetuskan pula oleh tertahannya tinja lebih lama di saluran pencernaan. Studi lain juga menyebutkan peran berjalan kaki terhadap kemungkinan penurunan risiko terkena kanker payudara. (kompas..com)

Monday, November 21

niey Khas untuk awak sayang...

niey Khas untuk awak sayang...

sayang, saya ingat lagi first time kita berkenalan...
awak terlnggar bahu saya ..tapi awak x minta maaf pown..
malah awak marah saya pulak... awak cakap saya buta..
... sampai hati awak... ! sadisnya..
kawan saya cakap pendulikan org bodo tue.. bodo ke? x baik kata macm tue...hari ni kita temu lagi.. awak bawa buah hati awak...cantik sangat...sy tngok awak..tp awak x mpk saya..lma saya tengok awak,
tbe2 je pndangan kita bersua... redupnya pandangan mata awak.. tibe2 je awak dtg kat saya, awak g tao sy "die bukan awek saya".. :"ad aku kisah?" jwb saya dlm hati.. macam mane ntah, kita jd kawan.. dalam nakal awak, rupanya awak baik... tiap hari awak tepon saa....segan arh awak..
satu hari... awk ckap kat saya awk suka dan cintakan saya..bhgia rase nya..tp nape perngai awk liar?
...saya tak suka ar awak.... awk beruba ar sebelum terlmbt..
ary jumaat ary tu...
saya nmpk awk kat masjid..rasa mcm nak ngis je tngok perubhan awk sekarg... terharu ye saya :')
awk ckp..awk beNAR-benar nak berubah..tak saya sngka....alhmdulillah
tp, ujian allah kpda awk sngt besar
..bile awk nk berubh jd baik...semua owg mgata psal kburukan silam awk... npe jd mcm tue wak ?
..akhirya.. awk putus asa.. dan awk jd jahiliah balik...sedihnya saya..
awak..saya syg awak.. awk, saya nak jmpe jp kat tmpat biasa, bleh ye ??
lama saya tnggu awak tp nape awk x dtg?
tak kisah ar, sy nak g umah awk...takot awk sakit ...
awk..buka ar pintu...buka ar..
nape awk dingin nan saya tibe2? ap salah sy?
lma saya tunggu awk kat luar umah.. hari da gelap..hujan turun lebat..say sejuk kt luar ny wak..
nanti mak marah say...xkisah ar..aslkn sy dpt jmpe awk... 

tibe2 pintu umah awk terbuka..sy sembunyi..sy tngok awk kuar ngan perempuan cntik...seksinya dia..
saya pnggil awak..awak terkejut dan awk marah saya...knape awk?
ap salah sy? sampai hati awk..tak pe ar wak..awk pntingkn dy dr saya.. baik saya prgi...
dlm hujan lebat,dlm gelap mlm, saya lari .... tapi nape awk kejar saya..g ar kat perempuan tu...
tp sy dngr awk pnggil awk dan sy dngr dntuman kuat...tib2 je pndngan saya jd kabur... nape ngan saya awk?
saya rasa ad cecair hngat kat kple saya ...bdn saya kebas awk..... awk smbut saya..sy baring diriba awk.. saya rasa ad titisan jatuh dpipi saya..awk..awk jgn nangis ye...awk msty kuat...saya x suka awk nangis...sy tak nak tngok muka awk sedih...awk..pndangan mata saya makin kabur wak...dan terus gelap awk...

o0o0...baru saya tao..lps ny..saya da tak kn jmpe awk agy ...saya da nak pergi tinggalkn awk ntok selamanya...awk, awk jge diri eh...sy sayang awk...tp saya da xle berada disamping awk lg...maafkan saya awk..doakn saya tow..sy tunggu awk disana ye...saya syg awk sgtttttttt... ♥
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_

Sumber dari facebok

Friday, November 18

Mengenali Seseorang Melalai KENTUT!!!

1. Orang JUJUR- Orang yang mengaku setelah kentut

2. Orang TIDAK JUJUR- Orang yang kalau kentut terus menuduh orang lain

3. Orang SABAR -Orang yang menahan kentutnya sendiri sampai berjam-jam

4. Orang PERCAYA DIRI- Orang yang kentutnya bersuara keras, tetapi tanpa rasa bersalah

5. Orang SADIS -Orang yang setelah kentut lantas mengibas-ngibaskan sarungnya ke orang lain 

6. Orang TERORIS -Orang yang kentutnya tidak bersuara tetapi baunya minta ampuuuun

7. Orang PEMALU -Orang yang kalau kentut tidak berbunyi, tetapi merasa malu sendiri

8. Orang STRATEGIS -Orang yang menyamarkan kentutnya dengan cara kentut sambil tertawa-tawa

9. Orang BODOH -Orang yang sehabis kentut, terus menarik nafas dalam-dalam untuk mengganti angin yg keluar

10. Orang HEMAT -Orang yang kentutnya dikeluarkan sedikit-sedikit, sampai berbunyi “tiit-tiit-tiit”

11. Orang PELIT -Orang yang hobinya mencium bau kentutnya sendiri

12. Orang RAMAH -Orang yang suka mencium bau kentut orang lain

13. Orang KREATIF -Orang yang suka kentut di dalam air, biar bisa bunyi “blekuthuk-blekuthuk”

14. Orang SOK KUAT -Orang yang kalau kentut sambil ngeden sekuat-kuatnya

15. Orang KURANG BERGAUL -Orang yang kalau kentut sambil bersembunyi

16. Orang BERWAWASAN LUAS -Orang yang tahu kapan ia harus kentut

17. Orang MISTERIUS -Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu

18. Orang CERDAS -Orang yang bisa hafal bau kentut orang lain

19. Orang SENGSARA -Orang yang ingin kentut, tetapi tidak bisa kentut

21. Orang SIAL -Orang yang merasa mau kentut, tetapi ternyata yang keluar …… ampasnya

20. Orang KRITIS -Orang yang bertanya sambil kentut


Thursday, November 3

Bersyukurlah kamu..

Assalamualaikum Malaysia ..

Pagi tadi masa duk menungu bus nak datang office tetiba ade sorang mak cik ni tegur saya.
-
-
-
-

"Dik nak kemana?"..Tanya Mak cik

"saya nak ke Taman Tun makcik.Office kat sana".Jawab saya

"Oowh,mak cik nak ke seksyen 16 tapi tunggu bus bukan main lama lagi kan.ermm".Keluh Mak cik kagi.

"Tula pasal,bus nie pon kadang-kadang tak tentu gak datang bila tapi terpaksa la tunggu jgak." Aku pun mengeluh jugak.

So,kami menunggu hampir setengah jam jugak bus tu dan sambil makcik bercerita.
Mak cik dung dang dung dang duk bercerita kisah hidup dia.Hidup kat KL yang hanya bergaji RM400.Terkejut jugak saya dengar.Dengan gaji hanya RM400 mane cukup kan nak menampung hidup kat Kotaraya besar camni..Uhuk.. Tapi itulah realiti yang terpaksa mak cik hadapi.

Sedih jugak mendengar cerita Mak cik tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggungnya.Dengan RM400 die menyara keluarga dia.Gaji dah RM400 tambang bus RM50.Balance dah tinggal berapa.Cuba sedara sedari bayangkan.

Bila mendengar cerita yang sedemikian saya rasa bersyukur sangat.Sebab saya ada kerja dan gaji yang cukup untuk menampung kehidupan saya di sini (KL).

So,saya menasihati diri saya sendiri agar selalu bersyukur dengan kelebihan yang dikurniakan Allah.Dulu kadang-kadang saya mengeluh jugak sebab gaji tak sehebat orang lain,tapi kini saya sedar ada lagi insan yang bergaji murah dari saya.Jika nak dibandingkan dia lebih perit melalui liku-liku hidup ini.

Dulu asyik nak cuba kerja lain agar dapat gaji yang lebih besar dan sekarang saya sedar Allah mahukan saya jadi orang yang lebih bersyukur.


Bersyukur pada apa yang kamu ada Norhafisah Zakaria........
Allah menjanjikan yang terbaik untuk kamu JIKA kamu lebih bersyukur..

Tuesday, November 1

MooD Happy lorh (^_^)

Assalamualaikum sedare semua..

Rasa happy sesangat hari ni kerana bos saya dAh meluluskan cuti saya..yeyyeyeyeye!!!

So,untuk makluman semua saya akan stat bercuti pada 5/11/2011 SEHINGGA 13/11/2011...

Muahahahahaaa...!!!!suke sgt tau..
wahh..cuti-cuti malaysia


Lama kan..so saya akan cuba-sedaya upaya untuk menghargai cuti ini untuk merehatkan diri dengan sepenuh setelah penat bekerja..



SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH KORBAN UNTUK SEMUA.SELAMAT MENUNAIKAN HAJI.SEMOGA TAHUN INI LEBIH BERMAKNA UNTUK KITA SEMUA..

Monday, October 31

Tugasan yang perlu diselesaikan

Assalamualaikum n haiii uolsss..

Dah hampir sebulan lebih kot saya tak update pape kat blog nii..Almaklumlah terBz sikit ngn tugasan kerja yang melambak-lambak ni..Sebenarnya beberapa minggu lepas sayakena pergi ke beberapa tempat tapi dalam KL jer..Ada beberapa site yang memerlukan saya ke sana..Rasanya hampir 8 atau 9 buah tempat kot..Antaranya Pantai dalam,Gombak,Jelatek,Cheras dan beberapa tempat lagi..Penat memang tersangat la penat tapi tak pe yang penting kite dapat pengalaman kan..kann..

Sebenarnya apa yang saya inginkan adalah pengalaman,sebab bagi saya hanya pengalaman yang akan mematangkan kita.Tak kira lah apa jua yang kita lakukan.Okeh!!!

Antaranya yang saya ingat:

1.      Perpustakaan Kuala Lumpur
2.      Perpustakaan Kanak-kanak(KL)
3.      Perpustakaan Sri Sabah
4.      Perpustakaan Sri Pantai
5.      Perpustakaan Gombak Setia
6.      Perpustakaan Jelatek
7.      Perpustakaan Bandar Tun Razak
8.      Perpustakaan Desa Tun Razak
9.      Perpustakaan taman tun dr ismail


Pengalaman berhadapan dengan staff-staff mereka adalah perkara paling berharga untuk saya.Banyak yang telah saya pelajari.Banyak ilmu yang dikongsi bersama.Jutaan terima kasih kerana kerjasama anda semua dari saya.

LMS atau lebuh dikenali sebagai Library Management System adalah sesuatu yang sangat penting untuk setiap library.Peluang untuk mengajar mereka tentang SirsiDynix Symphony adalah perkara yang mencabar untuk saya.Sesungguhnya ia amat mencabar minda saya untuk terus menerokai Symphony.Bagi saya masih banyak lagi yang perlu saya terokai tentang system ini.

Saya harap terus diberi peluang untuk belajar dan terus belajar tentang system ini.Mungkin jika diberi peluang, saya juga boleh belajar tentang sistem-sistem yang diguna pakai di Malaysia.Saya pernah diberi pendedahan tentang sistem ILMU ketika belajar di UITM dulu.Tapi tidak banyak yang saya sempat terokai,Almaklumlah masa tu masih belajar lagi kan.

Proses pembelajaran saya tidak pernah berakhir.InshaAllah saya akan terus menerokai alam perpustakaan dan teknologi.Mereka umpama adik beradik dan tidak dapat dipisahkan.

Pustakawan pula sering dikaitkan dengan sesorang yang menjaga buku-buku diperpustakaan, ia adalah begitu sinonim antara pustakawan dan buku.Saya masih ingat lagi seorang kawan pernah bertanyakan saya tentang hal ni.

___________________________________________________________________

Kawan:Sah nanti habis belajar awak kerja ape ek..?
Saya:Librarian,sebab belajar kos ni.nape?
Kawan:Saje je tanya,erm librarian tu yang keje cop-cop buku ek..yang kat kaunter tu ke..???
Saya:Aik,belajar tinggi-tinggi tak kan cop buku je kot.

Kadang-kadang orang akan tersalah anggap tentang position kite yang sebenarnya,walaupun saya bukanlah seorang librarian sekarang tapi jiwa librarian masih menebal di hati dan jiwa saya. 

Sudah tiba masanya kita membuka mata masyarakat disekeliling betapa besarnya peranan librarian dan bukar sekadar mengecop buku semata-mata okeh..