Monday, July 25

Permata

Terdampar jauh dihempas badai penghadang
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan


   Walau tiada tangan menghulur
   Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
   Tuhan, hanya engkau mengerti
   Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Ulang chorus

   Aku hanya ingin merasa
   Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
   Tuhan hanya engkau mengerti
   Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar-

nyanyian Salma Mentor 5
Ulasan kuepelita:
Bagi saya lagu ini mempunyai makna yang cukup tersirat.Ia membayangkan kehidupan seorang insan yang penuh onak dan duri..

Cuba perhatikan lirik ini:

"Terdampar jauh dihempas badai penghadang
 Hati merintih terkunci mulut membisu
 Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
 Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan"

Walaupun tiada orang yang sudi membantu,tetapi dia kuatkan diri meneruskan hidupnya,seringkali gagal dalam kehidupan tetapi dia tetap terus berusaha untuk bangkit semula meneruskan hidup walau apa pun terjadi.Lagu ini benar-benar membantu kita utk mendapatkan keyakinan.Cuba kita contohi insan seperti dalam lagu ini,dia tidak pernah kenal erti berputus asa..Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui segalanya...

" Walau tiada tangan menghulur
   Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
   Tuhan, hanya engkau mengerti
   Perjalanan hidup seorang insan"

Dan di akhir cerita,dia berjaya berdiri dengan kejayaannya sendiri.Setiap usaha pasti akan dibalas dengan kejayaan.Segala pasti akan terjawab k..

"Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya"




http://www.youtube.com/watch?v=HKB9nLrCCbw 

Curang???

Hai..


aPA Kaba???

SiHat ke??

Alhamdulillah,syukur Lau semuA sihat-siHat..

Saya poN siHat..Alhamdulillah...

Saya nak berkongsi satu cerita..mb cerita ni agak membosankan tp ia hanya sekadar pedoman untuk kita saling ingat mengingati...

Pernahkan anda semua curang??

Maksud saya curang dengan pasangan anda?

Tak PERNAH ek..bagusla

Tp bagi yang pernah sila lah buang tabiat buruk itu yer..tak elok...

Dewasa ini,sering kita dengar masalah-masalah penceraian membabitkan pasangan yang curang..So apa puncanya ia terjadi..
Saya pernah terbaca satu article yang mengatakan masalah ini berpunca dari 2 sebab..Masalah akhlak dan agama..itu sebabnya kita disarankan sebelum berkahwin hendak kite meneliti pasangan kita melalui agama dan akhlaknya..Selidik kedua-duanya sekali.

Saya bagi 1 contoh yang mudah,seorang lelaki bernama A.Beliau adalah sorang yang baik akhlaknya,sering menolong orang yang susah dan tidak mengambil kesempatan keatas pasangannya tetapi dari segi agama beliau jarang menunaikan solat..So adakan kite memerlukan lelaki sedemikian utk dijadikan calon suami?

Contoh ke2,lelaki bernama B..Sorang yang amat menitikberatkan hal2 agama.Solat setiap masuk waktu.Sering ke surau berjemaah tapi apabila bercinta bukan setakat sorang bahkan hampir 5 makwe sekaligus..Cube kite nilai akhlaknya.Walaupun dia solat 5 waktu tetapi dia beliau seringkali gagal dan malas melaksanakan tangjwab terhadap hal2 yang lain seperti malas bekerja dan kadang2 nak mtak tolong pun susah..

So,apabila kita perhatikan kedua2 jenis lelaki masing xsaling memiliki kedua2 yang kita nak iaitu agama dan akhlak..

Kata orang kita janganlah terlalu cerewet memilih pasangan tapi sebenarnya kite perlu memilih iaitu akhlak dan agama.

kedua-duanya amatlah penting bagi seseorang utk mengelakan sebarang masalah di kemudian hari..

Antara agama dan akhlak ia adalah sesuatu yang saling melengkapi...
Masalah-masalah seperti curang,penceraian dan sebagainya adalah disebabkan akhlak..


Saya huraikan sedikit maksud AKHLAK:

Mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, mentakrifkan akhlak sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan dan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat.Manakala perkataan akhlak menurut Bahasa ialah: Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama’ daripada perkataan (al- khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri.. 
Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al- Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang
amat mulia. (Al-Qalam:4) 
Manakala pengertian akhlak dari segi istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali RadiAllahuanhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syarak dan akal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk. 


Itulah serba sedikit maksudnya.

So sebelum kita lakukan apa-apa kita kena berfikir dulu semasak-masaknya..

Ingatla satu perkara,jika kita menyakiti hati orang lain mungkin suatu hari nanti ,hati kita juga akan disakiti,ingatla bahawa Allah MAHA ADIL...

Sama juga perkara bila kita berlaku curang dengan pasangan kita,tak mustahil suatu hari nanti pasangan baru kita juga akan turut sama menyakiti hati kita..Atau mungkin perkara yang sama kan terjadi pada ahli keluarga kita.Siapa tahu kan pembalasan dari Allah.

Saya sendiri pun banyak belajar dari pengalaman..Apa yang buruk kita jadikan iktibar..Jangan sesekali mengulangi perbuatan yang sama kelak nanti kita akan menyesal...

Kadang-kadang kita melihat seseorang itu cukup agamanya.Cukup Solat 5 Waktu tetapi kenapa dia masih lagi curang kepada pasangannya sedangkan ILMU agama yang dimiliki sudah cukup untuk menampilkan perwatakannya yang BAIK..Jawapannya Adalah AKHLAK..Ramai yang tak sedar tentang betapa pentingnya ilmu akhlak ini..So,saya mengingati diri saya sendiri dan anda juga sama-sama lah kita menjaga akhlak kita supaya tidak terus terpesong...


Wallahualam

Thursday, July 21

Pesona Rindu


Hi ols,

hr nie i nk upate novel yg dah lame i baca..tp still baca berulang kali...ok gak stori dia



Sape x kenal Sharifah Abu Salem kan...Novelis yg sgt terkenal dgn karya2 nya..Sekarang beliau aktif dalam meghasilkan skrip2 drama...
Novel mcm cinta 3 segi la...Adegan rampas merampas..si suami beristeri 2..isteri2 dia plak kwn baik...

Sinopsis Novel

RINDU bertandang ketika masin-masing didakap kesepian.Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangan kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa.
Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.

Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.

Selepas lima tahun di luar neara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya pada Fazlan
masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.

Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bai Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.

Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi
Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.

karya ni i bg **** ok x..


Review...
Jalan cerita memang OK..xmembosankan sgt..kadang rasa kesian kat Najmah tp kadang2 rasa dia xpatut rampas suami org kan.Tapi hakikatnya cinta tu memang buta kan..

Darina pun xpatut gak tinggal suami lame2 semata-mata nk mengejar cita2 dia tu.. Suami diabaikan..Tp betul ke ada wanita yang sudi maafkan jika suami dia dirampas kwn baik dia sendiri???Lau ada bagus la...tak semuanya sempurna kan.

So,cuba la baca sendiri..Semoga apa yang buruk kita jadikan iktibar kan.

Membaca Budaya Bangsa!!!


Sunday, July 17

TAK PUAS HATI!!!

Gue suh la mak gue kt kg bukak bank islam..Bukan ape senang kan nk msuk kan duit..cecey..hheheeh


Opis gue dkat je ngn bank Islam,so gue pun pakai bank Islam jadi ia amatlah memudahkan urusan gue ngn mak gue..


So kebetulan hr nie akak gue ade kt kg,so dia tolong temankan mak gue g bukak akaun tu.So nak dijadikan cite akaun tu kena bukak deposit min 120 hinget.Apasal mahal lak kan..


Dlu gue bukak 20 henget je kenape sekarang smpai beratus!!!


so disini ade rasa xpuas hati..


kaunter sane ckap mengikut akak guela :kat sini mmg macam tu sekarang dah xde yang 20 henget tu!!!


hai,dah xde nape akak gue ynag kt KL nie leh je bukak yang 20 hinget..Sekali lagi gue xpuah hati....


So,untuk menghilangkan rasa ingin tahu gue ape lagi terus la col 03 26 900 900 (Bank Islam Call Center)


ikuti perbualan gue:


CSR:Terime kaseh krn menghubungi bank islam,ade apa yang boleh sy bantu puan!!


GUE:same2...memg ade pun kalau xade sy dh xcol tau...(dalam hati je..hahahaa) aaaa...sy nak tye pasai nak bukak akuan ni,betoi ke sekarang deposit dah kena smpai Rm120,dah xde ek yang 20 hinget tu.Sya konpius nie bukan ape mak sy kt kampung nak bukak akaun tu so sy heran la sbb baru2 nie akak saya bole je bukak 20 hinget tup tup dah x bole sekalang,ape citer cik!!!macam bedil aku tanya..hahahaha


CSR:Puan,sebenarnya kita ade beberapa jenis akaun so setiap pembukaan akaun tu depend on branches.


GUE:ehh,satu lagi,nak bukak akaun kena bagi bil air and letrik gak ke..heran la,dia ckap nak tgk.lau dah bagi IC btoi la alamatnya,macam-macam la sekarang nie..(amboi aku garangnye...hahahaahah)


CSR:Ha!!bil air n letrik.Saya tak penah dgr pun.(Suara dia mcm takut2 je nak jwb) Puan sekejap ya..


GUE:OK!(xtau la tu,nie mesti nak tanya bos..haahaha)


CSR:Puan,sebenarnya sekarang memang ada macam tu.Sebab kite nak pastikan alamat si pengguna sama dengan alamat yang diberikan.yang pasai akaun rm100 tu mb branches kampung puan dah tetapkan macam tu.


GUE:Tp dorang xleh la buat cmtu,cube fikir org yang x berkemampuan,macam mane..adus macam2 la sekarang,semua mcm nak cekik darah je!!ape nak jadi negara kita nie..Satu lagi macam xde standarized je bank2 nie..xpe la cik terima kaseh yer!!


CSR:Same2,puan.Ade apa2 lagi yg bole sy bantu


Gue:Ermmmm..xde.bai bai




Tamatla sudah perbualan gue,masa entry nie ditulis mak gue pun dah bukak akaun die kat BANk ISLAM,So terpaksa berptah balik ke rumah utk ambil Bil air n Letrik untuk pengesahan pihak bank,macam menyusahkan je kan,cuba bayangkan lau org yg duk jauh berkilo2 meter.Mesti nek hanginkan dissebabkan hal nie,So tlgla letak notis ke ape ke senang org rmai nak tahu.

TERIMA KASIH!!!BAI BAI....












RanTing CINTA si Plato

Salam u ols,

Gue dh hmpir separuh baca novel nie..


Pada permulaan rasa mcm agak memborimkan tp akhir nie agak besh gak la..


Ape yang gue perhatikan setiap novel NB slalunya tidaklah mengecewakan.Setiap pengolahan cerite agak baik jgak la.

Macam biasa la karya NB akan mengangkat isu rumah tangga yang tiada penghujungnya..So bagi gue citer nia boleh tahan la..gue bg 3.4 * ok x..heheheehehe

Ade 1 ayat die yang gue paling suke 

“Tuhan beri beluncas untuk kita dapat rama-rama yang cantik…”

so,bersabarla ek ape yang dh terjadi...

Sinopsis:

Sukar menerima hakikat si suami pergi tak kembali. Hati Sofea galau dan ganar. Separuh nyawanya terasa melayang. Bagi dia, Alfian, si suami terlalu muda untuk mati.Namun cerita yang terbongkar selepas kematian Alfian, membuat hatinya luka parah. 

Dalam melayan duka lara, Muaz muncul seperti kilatan cahaya. Lelaki yang bertahun dahulu pernah menaruh hati padanya. Lelaki yang sering berdoa, akan berjumpa semula ranting cinta yang tertinggal di belakang. 

Tidak mudah hati Sofea akan berubah, tidak mudah cinta akan beralih arah. Tetapi Sofea sedar cerita kelam yang ditinggalkan Alfian harus dipadam.

Dia harus bangkit, berdiri semula dan melupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan..

macam tu la lebih kurang sinopsis die...

Sofea yang dlunye sorang yang redha dan pasrah tibe2 menjadi nanar selepas kematian suaminya...

Muaz hadir kembali untk menwarnai hatinya...Itulah namenya jodoh walau seribu tahun  kite berpisah dan walaupun 1000 batu jarak yang memisahkan jika diizainkan Allah ia pasti kembali bersama.OK

Chau dlu

jiwa berjaya jiwa membaca!!!



cinTa Kontrak

hai beb..

gue bru je pas hbs baca citer nie




Sebenarnya gue penah baca nvel nie kt penulisan2u tp separuh jalan je.sbb xlarat nk hadap PC 24jam..So gue ambil kputsan nk beli..so harga die RM20 tp gue dpt discount 20%.so murah la cket kan.


Penulisan novel nie muda sgt br 18 thun.Tp dah bole menulis n keluarkan novel sendiri..ANDA hebaT.Tabek spring gue sama lu beb!!!

Tp gue konpius gak tang mane yg cinta kontraknye..Macam xsesuai je tajuk die ngn isi dalam  novel nie.konpius3..

Gue bg 2* je la kt novel nie ek,nk bg banyak2 pon xbole..

Sinopsis:

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat
besar.

gue pun xfham kenape dorang tibe2 kawen pastu buat kontrak..mb gue x hayati btoi2 kot...
tp dr awal sampai akhir citernye dorang asyik gaduh jer..tensen betoi baca citer yg banyak sgt gaduh nie..uhukkk...

tp yang beshnya gaduh2 pun dapat gak anak smpai 5 org..HAHHAHAAAA

Name jer gduh or xcinta org smpai sekarang nie,tp bab2 buat anak still ON...hahaahahaha

ok chau dulu..sape2 nak beli g PERTAMA KOmpleks KL,situ ade discount setiap masa...heheehee..


membaca tambatan ILMU..


Monday, July 4

PTPTN:KAEDAH PEMBAYARAN


Tuan/Puan sedia maklum la yer..sape yg xbayar xleh terbang jauh..da ramai yg kena..Retis pon ade yg kena..So utk tidak tergolong sile la byr yer!!Yg nie sayer copy n paste je dr PTPTN punye website so sile2 la ringan2 kan mate membacanyer..seperti slogan PNM...bangsa MEMBACA bangsa BERJAYA!!!yeahh


LANGKAH 1:BAYAR KT KAUNTER
  • Ibu Pejabat PTPTN
  • One Stop Centre PTPTN, KL Sentral
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • Pos Malaysia Berhad       

MAKLUMAN (Bagi Pembayaran di Kaunter Bank & Pejabat Pos)

   1. No. Akaun Penerima     : No. Kad Pengenalan Peminjam
   2. Nama Penerima           : PTPTN-PEMBIAYAAN (No. Akaun PTPTN tidak diperlukan)
   3. No. Bil/Kontrak/Rujukan    : No. Rujukan Surat Tawaran/ No Telefon Peminjam

LANGKAH 2:POTONGAN GAJI(dgr2 taun 2013 sume nk kena bt melalui pemotongan   gaji..aduyaiii)
   SILA RUJUK---->>>Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

LANGKAH 3:PERBANKAN INTERNET (saya buat yg nie..heheehee)


LANGKAH 4:Laman Web PTPTN (e-FES) Melalui Financial Processing Exchange (FPX)

  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Maybank
  • Hong Leong Bank
 
 *YANG NI LECEH KENA BYR RM0.50 SETIAP TRANSAKSI..rugi beb,baik byr direct kot perbankan internet..jimat..

5.LANGKAH : Bayaran melalui bank deraf/ kiriman wang hendaklah berpalang dan dibayar atas nama 'PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL'. Sila poskan ke alamat berikut:
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Terimaan)
sumber yg sangat2 bole dipercayai:


okla..selamat membayar yer sedare2..muahhhh



buat renungan semua

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.